Menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli dalam tim jualan amat digalakkan sama
sekali. Bila ahli-ahli dalam tim jualan bersemangat dan sanggup bersaing bukan
setakat pesaing diluar tetapi juga sesama tim jualan secara automatiknya
prestasi tim jualan tersebut akan meningkat sama. Bagi memastikan ia nya
menjadi satu realiti dan bukannya fantasi maka pertandingan dalam persaingan
melakukan jualan sesama ahli tim jualan perlu diwujudkan.
Apa yang dimaksudkan pertandingan jualan adalah satu pertandingan secara
dalaman bagi mengalakkan lagi ahli-ahli dalam tim jualan tersebut mampu lebih
banyak lagi mencipta kejayaan dalam mendapatkan lagi penutupan jualan dengan
sebanyak yang mungkin. Mengujudkan pertandingan dan persaingan antara tim
jualan kita ini adalah dengan cara
i.
Permudahkan untuk menarik minat menyertai pertandingan
tersebut. Jangan terlalu menyusahkan dan diletakkan pelbagai syarat yang
memeningkan kepala.
ii.
Sediakan satu carta prestasi dan kedudukan semasa untuk
mereka mengetahui dengan lebih lanjut dan kedudukan semasa
iii.
Dah ada pertandingan kena pastikan kena rajin kemaskini
semasa agar masing-masing tidak berbalah mana satu yang terror dan yang mana
satu yang bukan.
iv.
Menyediakan hadiah-hadiah yang boleh menarik perhatian
mereka untuk bertindak dengan lebih proaktif dan agresif. Tidak semestinya wang
ringgit. Cukuplah sekadar memberi hadiah kemenangan berupa baucher makanan,
baucher penginapan, baucher pelancungan, baucher perjalanan, buku-buku ilmiah
dan sebagainya yang difikirkan boleh memberikan kegembiraan kepada mereka
v.
Pertandingan yang ada boleh atau tidak melakukannya untuk
berniat agar dapat merubah cara kerja tim jualan yang lebih positif lagi, tingkah
laku dan fokus dalam melakukan jualan
vi.
Jangan terlalu tinggi sangat sasaran yang ditetapkan
dikhuatiri nanti masing-masing dalam tim jualan merasa sukar langsung tidak
dihiraukannya pula.
vii.
Banyakkan memberi ucapan penghargaan seperti tahniah,
syabas, sememangnya hebat apabila pencapaian mula nampak keberhasilannya
walaupun baru 20 – 30 peratus pergerakkannya
viii.
Peringatkan sentiasa baik semasa pertemuan mesyuarat,
aktiviti jualan dilakukan bersama atau keluar minum secara bersama
ix.
Tampalkan poster tentang pertandingan yang diadakan
supaya dapat menaikkan lagi semangat dan mod tim jualan berada dalam suasana
bertanding
Manusia perlu dipuji dan begitulah dengan tim jualan, kena sentiasa dipuji
dan diberi ransangan yang sebaiknya kepada mereka. Jangan mudah sebagai ketua
tim jualan asyik peringatkan sasaran yang perlu dicapai setiap masa tetapi juga
bertindak mencari dorongan dan penguat semangat untuk tim jualan dibawah
kendalian kita. Tidak salah mencuba kepada perkara-perkara yang positif dan
yang salahnya pula adalah apabila kita langsung tidak mencubanya apa-apapun.
Itulah tindakan yang memboringkan tim jualan kerana mereka juga amat mengharapkan
kreativiti dan sanjungan dari kita kepada mereka juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan