Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 18 Disember 2012

APABILA GAGAL MENJELMA



Setiap kejayaan yang diingini sudah pasti bermula dengan kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal segala-galanya. Semuanya bergantung kepada usaha asalkan hendak berusaha dan mencuba tidak ada salahnya. Yang penting teruskan perjuangan melakukan jualan dengan konsisten dan bersungguh tidak kira apa juga halangan, rintangan dan dugaan yang mendatang. Semuanya pasti ditempuhi dengan baik sama sekali.

Walaupun begitu kegagalan cukup kuat mempengaruhi seseorang dalam melakukan tugasan jualan. Hilang segala rentak dan kekuatan diri untuk melakukan jualan. Hanya kerana gagal kita mudah hanyut dibawa arus sehingga kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah semata-mata salah dan silap dari diri kita sendiri. Biarlah sedikit tidak mengapa asalkan kejayaan pasti datang katanya pula. Inilah kata-kata yang tidak mustahil kegagalan pasti akan menjelma semula kerana

i.                     Takut menghadapi kegagalan yang berulang dan sama sahaja kejadiannya

ii.                   Takut untuk mencuba terus dinyatakan tidak akan berjaya kalau dilakukan

iii.                  Mungkin perkara yang terbaik untuk mendapatkan kejayaan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh

iv.                Risau apa orang akan kata jika kegagalan sentiasa hadir pada kita

v.                  Sentiasa merendah diri merasakan orang lain lebih baik dari diri kita

vi.                Terlalu berada dalam ‘Comfort Zone’ (Zon Selesa) 

vii.               Tidak berani untuk berubah demi kemajuan dan kejayaan

viii.             Sanggup lakukan teknik jualan yang sedikit dari melakukannya dengan banyak dan pelbagai

ix.                 Perkara-perkara yang dianggap berisiko terus dielakkan sama sekali walaupun  rakan sekerja ataupun pesaing berjaya melakukannya

x.                  Gagal untuk mencuba sesuatu yang baru yang tiada kepastiannya sama ada boleh atau tidak untuk melakukannya

xi.                 Suka mendengar pandangan-pandangan atau suara-suara dari orang-orang yang berfikiran negatif dan tiada kemajuan diri sendiri

Inilah antara penyebab kegagalan yang menimpa. Tidak berani mencuba. Seperti kata-kata Billy Lim ‘Berani Gagal’ tapi kita langsung tidak berani untuk menempuh kegagalan. Kalau boleh biarlah gagal mainan orang lain dan bukannya diri kita. Elakkan persepsi dan perspektif dari orang lain yang menilai keupayaan diri kita. Inilah sikap yang perlu kita jaga sama sekali agar tidak merebak dengan teruknya di masa-masa hadapan. Berfikirlah dan jangan diturut hati yang tidak menentu. Kerana itu ilmu amat diperlukan untuk kita tambah dan isi setiap masa sekurang-kurangnya kita tahu dan boleh untuk melakukannya dengan keyakinan dan keberanian untuk mencubanya asalkan kejayaan yang kita idam-idamkan itu akhirnya menjelma juga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan