Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 20 Disember 2012

ZIG ZIGLAR dalan Kenangan



Zig Ziglar yang dilahirkan pada 6hb November 1926 baru sahaja meninggal dunia pada 28hb November 2012 berusia 86 tahun di Amerika Syarikat. Semasa hayatnya pernah menganggotai pasukan tentera laut Amerika semasa Perang Dunia ke dua dan mula beralih bidang sehingga menjadi penjual terhebat dalam beberapa organisasi yang disertainya sebelum menjadi seorang jurulatih dan motivator jualan yang terkenal. Sehingga kematian beliau, Zig Ziglar telah berjaya menghasilkan lebih dari dua dozen buku-buku motivasi dan jualan dengan mempunyai berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.

Antara yang menarik pernah beliau perkatakan adalah bagaimana beliau menyokong teori bahawa setiap orang yang hidup pasti mempunyai semangat untuk hidup. Beliau sering menceritakan tentang seorang perempuan yang sentiasa konsisten dalam melakukan jualan di dalam sebuah organisasi yang mempunyai 1,200 ahli dalam tim jualan organisasi tersebut. Perempuan tersebut sering memecah rekod demi rekod jualan di dalam industri tersebut. Zig Ziglar bertanya bagaimana beliau melakukannya lalu apa yang dia berikan jawapannya adalah ‘Tuhan tidak menciptakan dirinya sebagai satu suis yang tertutup sahaja’. Satu lagi Zig Ziglar perkatakan adalah bagaimana kita mengimbangi antara tugasan dan keluarga yang cukup berharga bagi dirinya. Menurut beliau ‘Bagi setiap perkahwinan yang kekal apa yang penting adalah bagi setiap pasangan mesti jelas memahami bahawa mereka berdua adalah dalam satu arah yang sama’.

Semasa Zig Ziglar melakukan jualan seperti mana yang lain melakukan jualan, semua produk dan perkhidmatan beliau lakukan dari memberikan perkhidmatan memotong rumput kepada menjual alatan memasak seterusnya menjual insurans di mana beliau mengatakan ‘Setiap jualan pasti terdapat 5 asas dalam halangan jualan iaitu tiada wang, tiada keperluan, tidak tergesa-gesa, tiada keinginan ataupun tiada kepercayaan’. Setelah beberapa tahun melakukan jualan, barulah beliau menyedari bahawa hanya dengan sikap yang positif dan bertenaga sahaja boleh berjaya dalam melakukan jualan. Dari situlah bermulanya beliau menjadi seorang jurulatih, motivator dan penulis jualan sepenuh masa sehingga menjadi terkenal seluruh dunia.

Antara kata-kata mutiara beliau adalah 

i.                     Ingatlah kegagalan adalah kejadian bukan pada seseorang

ii.                   Anda boleh dapat apa juga yang anda mahukan dalam kehidupan anda jika anda benar-benar cukup membantu orang lain apa yang mereka mahukan

iii.                  Mereka tidak akan membeli apa yang logik. Mereka membeli hanya disebabkan emosi

iv.                Jangka yang terbaik. Persiapkan untuk yang terburuk. Pergunakan apa yang diperoleh

v.                  Jika anda mencari seorang kawan, anda hanya menyedari mereka akan risau terhadap anda tapi jika anda berkawan anda akan pasti mendapatinya di mana-mana

vi.                Setiap matlamat yang betul bermakna telah separuh anda mencapainya

vii.               Sikap anda, bukan kebolehan anda akan menentukan kesungguhan anda

viii.             Jika anda mampu lakukan impian, sudah pasti anda mampu mencapainya

ix.                 Tiada kesesakan lalu lintas jika lebihan perjalanan dilakukan

x.                  Pelajari kesilapan, anda pasti tidak menanggung apa-apa kerugian pun

xi.                 Ramai manusia tidak melihat pada kerja apabila mereka menerima tawaran kerja

xii.               Setiap apa yang anda pilih pasti terdapat keputusan akhir

xiii.              Kurangnya perancangan bukannya kurang masa, itulah masalahnya kerana kita semua mempunyai 24 jam sehari

xiv.            Tidak perlu hebat untuk bermula tapi perlu hebat bagaimana untuk memulakannya

xv.              Anda boleh memiliki apa yang anda mahukan asalkan anda sanggup membantu orang lain mahukan terlebih dahulu

xvi.            Apa juga watak yang muncul selepas tersedar dari tidur, komitmen yang akan mengerakkan tindakan dan hanya disiplin membolehkan kita mengikutinya

Beginilah resmi manusia yang telah meninggal. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa. Jasa yang boleh kita sama-sama pergunakan sebagai satu pengajaran dan iktibar yang terbaik untuk kita peroleh sebagai satu sumber manfaat dan inspirasi dalam melakukan jualan. Tiada yang senang dan mudah dalam melakukan jualan. Kena ada ilmu, semangat dan pendorong untuk melakukannya. Hanya kesungguhan dan disiplin diri sahaja yang membolehkan kita melakukan jualan dengan terbaik dengan harapan dapat membantu seramai yang termampu dan selesaikan masalah mereka sebaik yang mungkin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan