Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 8 Disember 2012

MERANSANG PEMBELI



Menarik perhatian pembeli amat diharapkan. Adat menjual sememangnya mengharapkan kehadiran pembeli bagi melariskan produk yang dijualnya. Tidak kira pada siapa dan bagaimana dilakukan sudah pasti kehadiran mereka amat diperlukan sama sekali. Sebagai orang yang melakukan jualan dan menawarkan produk yang diinginkan sudah pasti dan tentu mengatur strategi agar kehadiran kita di pasaran mudah diketahui dan seterusnya mendapat sambutan.

Mungkin strategi-strategi begini perlu dilakukan

i.             Membiarkan agar orang ramai berkerumun di lokasi jualan kita
Orang ramai akan lebih tertumpu jika terdapat terlalu ramai orang yang berkumpul atau mengerumuni tempat yang diadakan. Lagi ramai lagi bagus. Itulah keadaannya apabila orang yang menjual dapat menarik seramai yang mungkin mengelilingi kita melakukan jualan. Lihat sahaja lah kalau ada orang yang berniaga ubat atau lelong di pasar-pasar malam ataupun di up-town. Pasti orang akan mengelilingi premis tersebut yang mana pada asalnya hanya ingin tahu terus menerus pula menjadi pelanggan pada si penjual tersebut. Itulah usaha namanya. Selagi dapat menarik perhatian selagi itulah jualan akan tercipta.

ii.            Nyatakan secara percuma atau diskaun yang besar-besar mengatasi jualan produk yang ditawarkan
Biasanya supermarket atau gedung-gedung besar meletakkan harga potongan secara besar-besaran dan bukannya produk yang ditawarkan. Harga potongan yang dibesarkan sebesar-besar yang termampu memudahkan lagi orang untuk melakukan jualan. Kerana harga yang murah seperti membeli produk di kilang yang pada asalnya bukan dalam bajet asal tetapi hanya kerana mudah tergoda dengan angka-angka yang ditunjukkan terus menerus bersetuju untuk membeli produk tersebut hanya disebabkan tarikan potongan harga tersebut.

iii.           Iklan-iklan yang menggoda dan mempunyai maksud yang tersirat
Iklan-iklan yang menggoda menarik minat seseorang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi terus ke kaunter pertanyaan bertemu dengan penjual atau promoter yang telah sedia ada. Mungkin bagi perempuan kebiasaannya ubat cantik dan kurus manakala bagi orang lelaki adalah mencari ubat kuat. Semuanya penjual akan lebih pandai mencari kesempatan yang mereka carikan asal boleh dimanfaatkan oleh mereka. Selagi ayat-ayat tersebut mencengkam dan mudah terangsang lebih baik untuk jurujual tersebut.

Tiada istilah segan silu atau malu perlu ditonjolkan dalam jualan asalkan kita sanggup lakukan sudah semestinya amat diperlukan.  Buatlah macam mana sekalipun asalkan produk laris di pasaran sudah di kira cukup baik melakukan jualan. Tiada siapa yang mahukan rugi dalam perniagaan kerana apabila melakukan jualan ia nya adalah berkait rapat dengan keuntungan sama sekali. Apabila mendapat sambutan sudah pasti menaikkan lagi semangat dalam diri kita melakukan jualan demi jualan. Itu yang kita lakukan itu yang kita sasarkan maka itulah yang akan kita peroleh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan