Bagi membentuk tim jualan yang mantap dan disegani ramai, kesetiaan di
kalangan tim jualan amat diperlukan. Jikalau tim jualan tersebut terlalu kerap
bertukar ganti ahli-ahlinya tersebut maka usaha untuk pembentukan tim yang baik
di hormati lawan tentu sukar sama sekali untuk dibina. Masa akan lebih terbuang
dan hilang begitu sahaja. Bukan kerana hilangnya masa melakukan jualan tetapi
hilangnya masa dalam pembentukan melatih dan mengajar tim jualan yang baru
untuk diserapkan dalam tim jualan tersebut. Baru nak dikira pandai larilah pula
ke organisasi yang lain mencari tawaran yang lebih baik dan mempesonakan. Bagi
ketua atau pengurus tim jualan tersebut langkah awal terpaksa bermula sekali
lagi apabila ahli baru dalam tim jualan tersebut terpaksa dilatih dan diajar
pula.
Amat memenatkan dan mengecewakan jika kita setiap kali berlaku sebegini.
Pandai nya belum lagi tapi terpaksa pula mencari yang baru lagi gara-gara
kesetiaan pada ahli jualan yang ada hilang meninggalkan begitu sahaja. Oleh itu
sebagai seorang ketua atau pengurus kena pastikan perkara-perkara berikut dapat
dilakukan agar kesetiaan mereka kepada tugasan yang dilakukan, organisasi
tempat mereka bernaung dan produk yang ditawarkan dapat dilakukan dengan
sesempurna yang boleh.
Mungkin perkara-perkara ini dapat diwujudkan demi menjaga kesetiaan mereka
kepada tim jualan yang serba ada ini iaitu
i.
Pendapatan dan imbuhan
Perkara
paling utama yang tidak boleh dipisahkan. Memainkan peranan paling penting
untuk menarik minat orang bekerja dan bertugas melakukan jualan. Lagi tinggi
pendapatan, komisen, insentif dan ganjaran yang diterima lagi bersemangat
seseorang itu untuk bekerja walaupun 24 jam sehari 7 hari seminggu pun boleh
dilakukan. Sememangnya wang merupakan satu faktor yang penting bagi
menggalakkan lagi seseorang untuk melakukan tugasan bersungguh-sungguh. Kerana
itu dalam menjaga kesetiaan mereka segala pendapatan dan imbuhan kena diberi
penjagaan yang sewajarnya dan jangan sama sekali dilengah-lengahkan pembayaran
pendapatan dan segala imbuhan kepada ahli tim jualan tersebut.
ii.
Rakan setugas
Rakan
setugas yang baik adalah saling memberikan pertolongan, bantuan, memberi perangsang
dan kata-kata semangat kepada rakan setugasnya yang lain. Walaupun mereka
sama-sama berjuang untuk menambah pendapatan di poket masing-masing tetapi
semangat untuk menjaga ukhuwah, nama dan maruah tim jualan tetap bersemadi
dalam hati dan sanubari sesama mereka. Tidak sama sekali menjatuhkan maruah
sama sendiri, mengata di belakang rakan sekerja mereka apatah lagi untuk memburuk-burukkan
sesama mereka, itu yang mereka kena jaga sama sekali. Semangat ukhuwah dan
silaturahim sangat kental dan sukar untuk di pecah belah kan. Bila keadaan
seperti ini berlaku sudah tentu kesetiaan di dalam tim jualan semestinya tinggi
dan tidak mudah rapuh sama sekali.
iii.
Organisasi
Organisasi
yang menjaga kebajikan tim jualan pasti diberi keutamaan dalam kesetiaan
seseorang terhadap organisasi yang diwakili. Bukan setakat imbuhan gaji dan
pendapatan sahaja tetapi dari segi kemudahan perubatan, berehat, bersolat dan
bercuti pasti akan menarik minat ahli-ahli dalam tim jualan tersebut setia
kepada organisasi.
iv.
Ketuanya
Ketua yang
ambil berat tentang anak buahnya pasti akan lebih dihormati dan disegani dan
bukannya mencipta ketakutan dan kegusaran di kalangan ahli tim jualan. Apabila
ketua mengambil berat apa yang berlaku sudah pasti anak buahnya akan mengambil
berat tentang prestasinya. Ada masalah cuba diselesaikan, ada yang capai
sasaran raikan bersama dan ada berita yang menggembirakan penghargaan terus
diberikan. Itulah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan agar apa
juga keadaan yang berlaku dan terjadi dapat ditempuhi secara bersama dalam
semangat berkumpulan yang utuh dan kuat sama sekali.
v.
Produk yang ditawarkan
Produk
yang mudah dijual dan memberi kefahaman yang memudahkan pasti akan menyenangkan
seseorang untuk melakukan jualan. Bila dah senang untuk menjual dengan pelbagai
bantuan jualan yang diberikan seperti kit jualan, katalog dan sebagainya sudah
pasti akan memudahkan tugasan. Bila semuanya dah nampak mudah dan senang untuk
melakukan jualan sudah pasti kesetiaan terhadap kerja juga boleh dibentuk dan
dijaga tanpa perlu merasa risau.
vi.
Penghargaan
Perbanyakan
penghargaan seperti ucapan terima kasih, tahniah dan cuba lagi sering diucap
dan disampaikan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Jangan mudah melatah
tapi berilah teguran yang paling rasional dan lembut tanpa menyakitkan hati
seseorang. Lagi banyak penghargaan diberikan walaupun hanya dengan ucapan mulut
sahaja itu pun sudah dikira amat memadai kerana orang-orang jualan sememangnya
suka sangat dipuji. Biarkan mereka sentiasa merasakan tim jualan yang mereka
sertai ini adalah satu pasukan yang paling menyeronokkan dan gembira untuk
melakukan jualan demi jualan tanpa merasakan tekanan tugasan yang mendatang.
Memang akan dilalui dengan pelbagai halangan,cabaran dan dugaan dengan
penuh kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Ajarilah dengan sebaik yang mungkin
dengan cara didikan dan latihan yang betul dan wajar. Terapkan disiplin yang
tinggi tanpa perlu merasa berbelah bagi. Keikhlasan dan kejujuran melakukannya
perlu ada pada semua ahli-ahli dalam tim jualan tidak merasa di anak tiri kan
dan diambil perhatian berat sebelah sahaja. Elakkan dari diskriminasi dan
provokasi dalam tim jualan tetapi terapkan keharmonian dan semangat tolong
menolong sesama mereka. Tunjukkan kegembiraan mereka dengan memudahkan segala
tugasan jualan mereka dan jauhinya sama sekali dari perkara-perkara yang
menyukarkan tindakan mereka. Selagi boleh berkompromi dan berinteraksi selagi
itulah kekuatan ukhuwah dalam tim jualan tersebut dapat dibina dengan baik sama
sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan