Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 4 Disember 2012

PULIHKAN KESILAPAN




Paling ‘best’ dalam melakukan jualan adalah dengan melakukan kesempurnaan sebaik yang mungkin seelok yang memikat pada prospek/pelanggan yang mendengar dan melihat setiap presentasi dan penerangan yang diberikan. Tindakan terbaik adalah mengelakkan sama sekali dari melakukan kesalahan dan kesilapan semasa melakukan jualan. Elakkan ia sama sekali. Jangan kerana terlalu ghairah nak  dapatkan penutupan jualan ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Apabila terdapat kesilapan dan kesalahan prospek/pelanggan sudah pasti tidak akan berminat sama sekali untuk menerima tawaran yang ditawarkan.

Muhasabah dan selidikilah segera jika apa yang kita lalui dan lakukan terdapat kesilapan atau kesalahan walaupun sedikit. Matlamat dalam memberikan presentasi dan penerangan adalah bagi memastikan kesempurnaan telah diberikan dan disampaikan dengan sebaik mungkin. Jangan mudah mendabik dada apatah lagi merasakan apa yang dilakukan semuanya betul belaka. Sekali sekala kena periksa balik betul atau tidak apa yang kita lakukan selama ini. Lebih baik kita berhati-hati daripada main hentam tak tentu hala. Bila dah tahu ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan pastikan kita segera kesan kenal pasti  agar apa yang salah di mana silapnya dapat diperbetulkan segera dan jangan sama sekali dibiarkan berlarutan begitu sahaja. 

Apabila dah diketahui maka tindakan sepatutnya adalah

i.                     Akui segera
Dah tahu mana yang salah dan silapnya akui lah dengan cepat dan segera. Jangan di tangguh lagi melakukannya semula dan seterusnya. Kena hentikan agar tidak menjadi tabiat yang tidak elok pula untuk dibawa sampai mati. Belajar akui kesilapan sendiri dari belajar cari kesalahan orang lain. Selagi tidak kita akui mana yang silap dan mana yang salah sudah pasti sampai bila-bila kita akan tidak sama sekali memperbetulkannya.

ii.                   Dengar nasihat
Carilah seorang mentor dan rakan se jualan kita yang berpengalaman serta boleh dipercayai memberikan pandangan yang bernas dan nasihat yang boleh diterima akal agar segala kesilapan dan kesalahan kita boleh diperbetulkan dan diperkemaskan sebaik yang mungkin. Jangan salah pilih penasihat sudahlah kerana kesannya bukan pada orang yang memberi nasihat tetapi kita sendiri yang menanggungnya. Hanya orang yang kita percaya dan yakin atas keupayaannya sahaja yang boleh kita jadikan penasihat terbaik untuk diri kita.

iii.                  Ingatkan sentiasa
Dah tahu dan dapatkan jalan penyelesaiannya pastikan kita ingat kesalahan dan kesilapan tersebut agar tidak sama sekali diulangi lagi di masa hadapan. Andai kata kita lakukan lagi kesilapan dan kesalahan tersebut maka tak gunalah kita akui dan minta nasihat orang lagi untuk perbetulkan semula. Buat buang masa sahaja. Kena ingat sentiasa jadikan satu pengajaran dalam pengalaman kita melakukan jualan dan berjanji untuk tidak sama sekali dilakukan perkara yang sama pada prospek/pelanggan yang lain pula kita temui.

iv.                Berazam
Berazam yang membawa maksud tujuan yang hendak dicapai dengan sepenuh hati dan jiwa raga memastikan agar segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan tidak sama sekali dilakukan dan diulangi sama sekali. Kena tanamkan sungguh-sungguh dalam fikiran dan kepala otak kita agar mana-mana yang tidak betul dipastikan dibuang jauh-jauh. Belajar dari pengalaman agar semakin lama semakin baik kita melakukan jualan.

v.                  Berdoa pada Allah
Mintalah pada Allah agar setiap perbuatan dan tindakan kita dipermudahkan Allah setiap masa dan ketika. Jangan disukarkan sama sekali. Minta pada Allah agar setiap prospek/pelanggan yang ditemui dibukakan hatinya untuk mudah menerima apa yang kita tawarkan. Kuatlah semangat kita dalam melakukan jualan dan elakkan sama sekali daripada perkara-perkara yang menyukarkan perjalanan tugasan kita apabila melakukan jualan. Sesungguhnya hanya Allah tempat kita berlindung dan tempat kita meminta pertolongan dan tiada tuhan melainkan Allah. Firman Allah bermaksud “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian Nya“ (Surah Ali Imran  Ayat 8).

Jangan mudah susah hati dan merasa kecewa jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan tidak boleh diperbaiki dan diperbetulkan semula. Kesan balik dan selidikilah sebaik yang mungkin agar segala kesalahan dan kesilapan tersebut tidak sama sekali diulangi. Lakukanlah kesempurnaan dalam jualan agar prospek/pelanggan yang ditemui ternyata begitu yakin dan terpesona dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan