Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 13 Disember 2012

3 KALIMAH YANG SELALU DIGUNAKAN



Dalam mendapatkan perhatian prospek/pelanggan terhadap kehadiran diri kita, pelbagai cara dan kaedah akan kita gunakan. Yang penting mereka tahu dan berminat dengan apa yang kita sampaikan. Mereka tahu kedatangan kita dengan tujuan apa. Apa yang boleh kita bantu untuk selesaikan masalah mereka. Penerimaan mereka terhadap kita merupakan satu penghormatan buat diri kita juga.

Kebiasaannya apabila berkunjung ke premis prospek/pelanggan walaupun bertemu dengan mereka tanpa dirancang dan di undang, sudah pasti beberapa perkataan ini akan dipergunakan semata-mata bagi tujuan

i.                     Menarik perhatian mereka

ii.                   Berbudi bahasa dan berhemah di hadapan mereka

iii.                  Kita begitu prihatin dengan masa mereka

iv.                Lebih mudah berinteraksi dengannya

v.                  Menutup sebarang kelemahan dan kesilapan tanpa kita sedari atau tidak

vi.                Mengharapkan sebarang respons dan maklum balas dari mereka 

Kalimah-kalimah  yang selalu di sebutkan kepada prospek/pelanggan dihadapannya adalah

i.             Minta maaf
Memohon kemaafan kepada mereka terlebih dahulu agar dengan kehadiran kita ini dirasakan tidak mengganggu masa emas mereka. Antara ayat-ayat yang digunakan adalah

Contoh :

“Mohon maaflah jika kehadiran saya ini mengganggu masa Encik”

“Mohon kemaafan jika dalam penerangan sebentar tadi ada menimbulkan kekeliruan dan kesangsian terhadap encik”

“Mungkin belum ada rezeki lagi, minta maaf jika keterlanjuran bicara atau percakapan saya yang menguris hati dan perasaan Encik”

ii.            Terima kasih
Menghargai dan memberikan ucapan kesyukuran di atas bantuan yang dihulurkan kepada mereka.

Contoh :

“terima kasih atas kesudian Encik memperuntukkan sedikit masa untuk bertemu dengan saya”

“Terima kasih dan saya cukup menghargai atas segala pandangan dan buah fikiran yang telah dikemukakan”

“Terima kasih di atas kesudian Encik menerima tawaran yang telah kami kemukakan pada Encik tempoh hari”

iii.           Minta tolong
Memohon bantuan dan pertolongan dari mereka dan mengharapkan agar mereka benar-benar dapat membantu kita akhirnya.

Contoh :

“Tak apa kalau Encik belum dapat memberikan kata putus lagi. Cuma saya nak minta tolong pada Encik agar dapat memikirkan semula tentang penawaran ini sekali lagi”

“Minta tolong ya tolong maklum pula kepada rakan-rakan sekerja Encik”

“Minta tolong agar bertanya semula kepada saya jika ada didapati pada mana-mana bahagian yang saya perkatakan ini masih lagi tidak dapat difahami”

Inilah perkataan yang sering gunakan untuk menarik perhatian orang. Cukup membantu. Perkataan keramat yang sering diperkatakan tidak kira siapa juga yang ditemui. Asalkan kita pandai menyusun kata dan bicara dengan niat yang ikhlas dan betul insyaAllah semuanya akan Allah permudahkan dan menyenangkan tugasan kita tanpa perlu merasa tertekan dan merasa susah dalam melakukan jualan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan