Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 30 September 2011

Ambil berat kekecewaan pelanggan

Kelley Robertson mengatakan "Sentiasa memberi tumpuan/fokus kepada peluang jualan anda yang telah berada di hadapan anda. Jangan bazirkan tenaga anda hanya melihat tawaran yang anda telah kehilangannya"

Kalau boleh apabila anda berurusan dengan prospek/bakal pelanggan pasti anda nak yang mudah-mudah sahaja, tidak berserabutkan dan memeningkan kepala.  Tapi apakan daya langit tidak selalunya cerah sentiasa, ada masanya pasti anda akan bertemu dengan prospek/bakal pelanggan yang pasti tidak gembira/mencemuh/tidak suka bukan kepada anda tetapi di sebabkan samada produk anda ataupun organisasi yang anda wakili.

Ada beberapa idea atau cadangan yang boleh di cuba di guna pakai oleh anda bila berhadapan dengan situasi sebegini

i.                     Terima dengan perasaan terbuka. Nyatakan kemaafan atas apa yang telah terjadi, mengakui kesilapan dan kesalahan yang berlaku, dan ambil berat semula serta beri perhatian sepenuhnya akan segala luahan hati yang anda dengari. Selalunya dengan memohon kemaafan semula akan memberikan anda satu kelebihan untuk mendapatkan semula kepercayaan prospek/bakal pelanggan nanti

ii.                   Banyakkan bertanya apa yang sebenarnya di perlukan oleh prospek/bakal pelanggan tersebut.  Menjadi seorang yang proaktif kepada mereka akan menyebabkan 

 Anda lebih memahami masalah yang di hadapi


Kemukakan semula jalan penyelesaian kepada mereka

Beri keyakinan semula kepada mereka di atas kehadiran anda

iii.                 Kenal pasti apa juga komplen yang di terima dan anggapkan bahawa ia satu mesej amaran yang perlu di jadikan iktibar dan pengajaran paling berguna buat diri anda bagi di masa hadapan supaya jangan sama sekali di ulang perkara yang sama

iv.                 Biasakan diri menerima kritikan dan kemarahan dari orang lain dan menganggap ianya satu peluang dan oportuniti untuk mendapatkan pelanggan jika tidak hari ini, mungkin pada masa mendatang kelak.

v.                   Bertemu dengan permasalahan ini akan mengajar anda erti kesabaran dan ketenangan dalam berhadapan dengan orang ramai. Kawalan perasaan dan pemikiran yang tinggi memerlukan latihan jati diri yang tinggi dan semula jadi. Ianya adalah lebih baik sebegini daripada melawan, menyalahkan, membantah atau mengatakan pendapat mereka adalah salah dan tidak benar sama sekali.




Yakin dan berusaha tanpa putus asa pasti menjanjikan imbuhan lumayan bukan sahaja untuk diri kita tetapi karier kita juga semakin berkembang dan seronok untuk melakukannya sampai bila-bila.


Read more >>

Khamis, 29 September 2011

KERENAH PELANGGAN – LAYAN SAHAJA????


Sememangnya sampai bila-bila pelbagai kerenah pelanggan akan anda temui dengan pelbagai ragam dan gaya yang tersendiri.  Bagi yang berminat rasnya begitu mudah untuk anda berurusan dengan hati yang senang, tenang dan terbuka tetapi bagi prospek/bakal pelanggan yang tidak berminat atau cenderung dengan produk kita pasti akan memberikan pelbagai alasan antaranya 


  • Memohon di kurangkan harga tawaran sewenang-wenangnya
  • Permintaan di luar batasan dan di luar bidang kuasa anda
  • Asyik menceritakan kebaikan pesaing sahaja
  • Tidak mahu bertemu, menerima panggilan atau menjawab mesej anda
  • Asyik menunggu keputusan dari orang lain walaupun sebenarnya dia sahaja boleh melakukan keputusan
  • Asyik nanti, nanti, nanti dan terus menanti

Lakulah sebaik mana pun ke atas pelanggan yang sebegini, prospek/bakal pelanggan tersebut tetap tidak bergembira dan masih tidak mahu lagi berurusan dengan anda. Ini yang akan membuatkan anda merasa patah semangat dan ‘fed-up’ untuk melakukannya, walaupun anda asyik memaklumkan bos anda dengan mengatakan baik anda bertemu sahaja dengan prospek/bakal pelanggan ini daripada tiada langsung.

Fikirlah sedalam-dalamnya adakah masih perlu lagi memperuntukkan masa dan menghabiskan masa dan waktu yang sedia ada untuk berurusan dengan orang yang seperti ini ? Fikirkan semula berapa banyak masa kita terbuang dan terluang, itu tidak masuk lagi duit minyak ke tempatnya sentiasa, duit parkir dan sebagainya. Kirakan semua kerugian yang di tanggung semata-mata mengharapkan orang sebegini yang terpaksa di hadapi.

Oleh itu jangan buang masa lagi untuk mencari dan bertemu orang-orang seperti ini. Kalau prospek/bakal pelanggan ini menekan kepada anda tentang harga tawaran contohnya, fikirkan dahulu dan berikan alasan kukuh sebaik-baiknya, Jika masih tidak mampu untuk penuhi kehendaknya eloklah berundur diri dan mencari prospek/bakal pelanggan yang lain pula bagi menampung sasaran yang di inginkan.

Ingatlah gunakanlah waktu yang ada dan sesuai ini untuk mencari dan mendapatkan prospek/bakal pelanggan yang bersesuaian yang benar-benar mahukan produk anda. 

Kalau anda masih melayan lagi ini bermakna
  • Anda sememangnya suka membuang masa
  • sampai bila-bila anda akan terlepas sasaran dan pendapatan tambahan buat anda
  • kesabaran ada batasannya bukan diturutkan sehingga merugikan anda
  • anda bukan seorang yang kreatif dan pandai mengambil oportuniti
  • orang akan mudah permainkan anda
  • bukan semua orang bekehendakkan produk anda. Sasarkan pelanggan dahulu
  • anda tidak melakukan perancangan terlebih dahulu
  • mengharapkan nasib bukannya usaha

Fikir-fikirkan demi kemajuan karier anda


Read more >>

Rabu, 28 September 2011

REFERRAL - KENAPA DI PERLUKAN

Kenapa referral ini amat di perlukan oleh anda?

Cuba ubah cara pemikiran dan tindakan anda tentang mendapatkan referral supaya pelanggan juga akan berubah untuk memberikan apa juga referral yang di kehendaki oleh anda dengan mudah dan senangnya. Perubahan amat di perlukan bagi mempertingkatkan lagi skil jualan anda.

i.                     Menjimatkan masa anda mendapatkan jualan


ii.                   Katakanlah anda mendapat 30 leads bermakna mungkin satu atau dua akan menerima penawaran produk. Berbeza dengan 30 referral dari pelanggan anda sendiri, mungkin sebanyak 50 – 70 peratus akan sudi untuk menerima penawaran anda. Mana yang lebih mudah?


iii.                  Mudah untuk menjual produk kerana kebiasaannya hebahan mulut sesama mereka sering berlaku dahulu.


iv.                 Penerangan kepada referral tidak se sukar jika di bandingkan dengan leads yang sedia ada


v.                   Lebih mesra dan mudah untuk menyampaikan maklumat yang di perlukan


Jadi selepas ini janganlah mudah dan lekas untuk merasa malu serta  membuang masa memohon kepada pelanggan referral yang boleh kita guna pakai bagi memudahkan lagi tugasan jualan anda. Biarlah ada satu cara yang mudah dan senang bagi anda mendapatkan pelanggan baru hanya semata-mata memohon dan meminta referral sahaja.   

Kalau anda tidak memulakannya dahulu agak-agak siapa?



Read more >>

Selasa, 27 September 2011

REFERRAL - Langkah-langkah yang perlu

Mendapatkan referral amat penting bagi memudahkan tugasan anda mendapatkan leads yang di perlukan. Apa yang amat harapkan agar anda sentiasa berfikiran positif dan tenang beserta dengan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan referral dengan mudah dan tenang senantiasa. Oleh itu lakukan lah langkah-langkah dengan ini jayanya iaitu :

i.                     Setiap penawaran produk yang di lakukan pasti bermula dengan proses jualan dan bukannya terus sahaja menawarkan produk tersebut kepada prospek/bakal pelanggan anda


ii.                   Mohon dengan baik dan terangkan tujuan murni anda bagi mendapatkan referral dari pelanggan anda


iii.                  Jangan jual dahulu produk yang di tawarkan tapi maklumkan apakah kelebihan-kelebihan yang mungkin di terima oleh mereka


iv.                 Jangan ceritakan yang indah-indah sahaja tentang produk anda tapi maklumkan kepada mereka tentang fakta dan kebenaran yang ada pada produk yang di tawarkan

Tiada istilah putus asa dan kecewa

Read more >>

Isnin, 26 September 2011

Ada Leads jangan di biarkan sahaja

Your energy level will determine the impact

Orang Sales perlu menghargai setiap leads yg di perolehi.
  • Masalah yang berlaku disebabkan kita mengambil sikap sambil lewa dan ambil mudah dengan leads yang di perolehi. 
  • Kita telah bersusah payah membuat program untuk mendapatkan leads, malangnya kita lambat bertindak untuk menghubungi bakal pelanggan.
  • Kadang-kadang mengambil masa berbulan-bulan sedangkan pelanggan telah menunjukkan minat dgn produk kita. Ini menyebabkan mereka lari ke pesaing yang tawarkan produk yang sama kerana menganggap kita tidak serius.
  • Sepatutnya kita perlu memberi prioriti kepada external leads berbanding internal leads (data base). Bukan bermakna internal data base tidak penting tetapi apabila dari pelanggan yag external mula menunjukkan minat tentang produk yang di tawarkan seperti leads dari online, pembukaan booth, ceramah (talk) ataupun dari sahabat handai atau kenalan rapat mahupun dari rakan sekerja jangan di lepaskan peluang begitu sahaja.
Jangan sama sekali melepaskannya, bila dah terhidang di hadapan mata pergunakan ia

Sumber : Idea asal daripada Tuan Haji Mohd Noor Jab, Ipoh, Perak 


Read more >>

Ahad, 25 September 2011

Jangan mudah mengalah

Tempah batu nisan untuk kematian

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my
pix_middle


pix_topright

IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis Ujang, pernah mengalami pengalaman perit apabila karya atau lukisannya dipatenkan oleh pemilik sebuah syarikat awal 1990-an sebagai harta inteleknya.

Kisah seperti Aku Budak Minang, Usop Sontorian dan pelbagai watak pernah menghiasi majalah humor sehingga mengangkat popularitinya tetapi syarikat berkenaan menerusi peguamnya terlebih dulu menghantar notis bahawa mereka adalah pemilik Majalah Ujang.

Walaupun sudah turun naik mahkamah dan kesnya bertukar tangan daripada seorang peguam kepada peguam yang lain bagi menghalang syarikat berkenaan, segalanya sudah terlambat.

Menurut undang-undang, dia tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam majalah itu dicetak semula dalam sebarang bentuk sama ada cetakan, penukaran, penyamaran, edaran, penyerahan atau mempamerkan dalam media cetak, digital dan pelbagai lagi tanpa kelulusan.


“Bayangkan, saya langsung tidak boleh melukis kartun yang pernah saya hasilkan menerusi watak ciptaan saya dalam sebuah majalah, sampaikan kalau lukis gambar pokok pun, saya dikenakan tindakan undang-undang.

“Cubaan mempertahankan hak saya dengan turun naik mahkamah membuatkan segala penerbitan saya terpaksa gulung tikar. Saya dihujani surat dan arahan mahkamah agar segala majalah keluaran saya ditarik balik di pasaran. Hutang dengan syarikat percetakan dan gaji kakitangan semuanya bernilai RM1.8 juta. Akhirnya mahkamah mengisytiharkan saya muflis.

“Bayangkan, saya terduduk dan rasa seakan-akan kehidupan ini direnggut sekali gus rumah tangga saya juga hampir musnah dan memaksa saya lari ke kampung untuk mencari ketenangan. Saya hampir gila dan pernah menempah batu nisan sendiri semata-mata persiapan untuk ‘kematian’ sendiri,” katanya.

Demi menghilangkan tekanan perasaan, dia pulang ke kampungnya di Kuala Pilah tanpa melakukan sebarang kerja kerana buntu memikirkan apa yang berlaku serta fikirannya menjadi kosong.

“Saya berkelana dan wang ringgit memang langsung tiada, sebaliknya hanya berharap ihsan orang ramai. Apabila pulang ke rumah semula, suatu hari emak menegur dan memarahi saya kerana mengerjakan solat dan berulang-ulang hinggakan 14 rakaat. Sebenarnya, ketika itu saya sudah tidak tahu apa yang berlaku seolah-olah dalam dunia yang amat asing,” katanya.

Hampir lapan bulan menyepi diri dan langsung tidak menghiraukan isterinya, Zaiha Abdul Rahman dan empat cahaya mata, ibunya paling banyak memberi kekuatan semangat kepadanya agar bekerja keras demi masa depan dia sekeluarga.

Ujang mengakui yang dia pernah mengusung guni mengandungi gelang untuk dijual dengan harga RM2 semata-mata mencari sesuap nasi. Bahkan, dia pernah melukis potret di kaki lima di sebuah pekan dan menjualnya kepada orang ramai untuk mencari sesuap nasi.

“Bayangkan ketika zaman kegemilangan, saya pernah memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan tetapi di zaman kejatuhan, dengan hasil jualan lukisan potret berharga RM10, saya mampu menampung hidup saya untuk dua, tiga hari. Bayangkan ketika melukis potret atau inspirasi daripada kartun saya dan mengabadikan dalam kad ucapan Hari Raya, tiba-tiba saya didatangi surat saman.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, saya sekali lagi tertekan apabila ibu meninggal dunia tiga tahun lalu. Namun segala nasihat dan doanya menjadi ubat paling mujarab buat saya meneruskan kelangsungan hidup ini,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini bercerita mengenai arwah ibu tercinta, Ramlah Omar.

Sebagai insan cekal, dia kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu bekas majikannya, pemilik syarikat Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib untuk kembali bertugas di syarikat berkenaan.

Namun katanya, selepas itu tidak putus-putus rezeki datang menggolek dan mendapat tawaran menghasilkan kartun untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kini, dia bersama syarikat Century Vantage Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor menerbitkan majalah komik animasi yang menjurus kepada bacaan untuk semua golongan dan dikenali ‘Animaxi’.

Apa yang penting dalam hidup, kita harus berfikiran positif. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun saya tidak pernah berputus asa bahkan kekuatan saya adalah sifat dalaman yang dimiliki diri ini. Saya sudah menempuh pelbagai halangan besar dan reda dengan ketentuan takdir,” katanya.



Sumber : Metro Ahad 25 September 2011
Read more >>

REFERRAL - Antara kesilapan

Mendapatkan referral dari pelanggan kadang-kadang agak melecehkan tugasan dan menjengkelkan Apa tidaknya, kadang-kadang kerana terpaksa dan di paksa, terpaksa pula mendapatkan referral bagi tujuan menambahkan perujuk (leads)  sebagai memudahkan lagi tugasan anda di kemudian hari.  Masalah timbul apabila anda hanya suka-suka sahaja menulis dan mencatat referral yang anda dapati tanpa ada apa tindakan sewajarnya dan sepatutnya dari anda. Yang penting untuk anda apabila bos bertanya tentang referral, bersusun-susun nama boleh diberikan siap dengan nombor telefon, alamat dan juga tempat ia bertugas/bekerja


Terdapat banyak kesilapan kenapa anda terlepas dan sukar untuk mendapatkan referral yang dikehendaki.  Antaranya :


i.                     Masalah yang timbul adalah anda sering melabelkan bahawa bagi mendapatkan referral sepatutnya seorang prospek/bakal pelanggan yang sudah semestinya telah dan mesti mengambil/membeli produk yang anda tawarkan.  Sebenarnya ini adalah satu pemikiran yang salah sama sekali kerana ia nya sama sekali terlepas dari proses jualan yang sepatutnya berlaku.


ii.                   Apabila ingin melakukan temu janji dengan mudah dan pantas anda merasakan prospek/bakal pelanggan yang di temui nanti pasti akan membeli produk yang di tawarkan dan bukannya mencari prospek/bakal pelanggan yang layak untuk di jual  ke atas produk yang akan di tawarkan.


iii.                  Kebanyakan hanya menjual di telefon sahaja dan bukannya mendapatkan satu tarikh tetap untuk temu janji.


iv.                 Kebanyakan anda terlalu gemar hanya untuk mendapatkan pelanggan sedia ada daripada prospek yang  layak untuk di tawarkan produk


v.                   Ada pelanggan-pelanggan merasakan tidak selesa dan tidak normal rasanya apabila memohon darinya tentang nama-nama yang perlu di berikan untuk anda berurusan pula kerana beliau merasakan namanya nanti akan di jual kepada referral-referral itu nanti.

vi.        Anda langsung tak mahu bertanya langsung

vii.       Anda hanya menantikan pelanggan anda yang memberikan nama-nama referral yang di perlukan tanpa bertanya kepada pelanggan tersebut.







Read more >>

Sabtu, 24 September 2011

MUHASABAH - LANGKAH YANG DI PERLUKAN

Umar bin Khattab ra berkata, “Hisablah diri anda semua, sebelum anda semua dihisab.” 

Sesuatu yang positif perlu dikenal pasti
Pencapaian bukan sahaja boleh di capai begitu sahaja tanpa melakukan perancangan yang rapi setiap masa.  Memperuntukkan masa yang sedikit dalam diri anda menjana kembali matlamat anda dan kenal pasti semula bagaimana cara paling baik dan mudah untuk anda kecapi dan laluinya dengan penuh bersemangat dan dahagakan kejayaan.

Kerana itulah dalam Islam menuntut agar kita sentiasa dapat melakukan Muhasabah diri terutamanya sebelum tidur memikirkan apa yang telah di lakukan seharian dari waktu pagi hingga sampai semula ke rumah adakah sepanjang hari anda telah berjaya menjadi seorang Muslim sejati menurut perintah Allah atau sebaliknya.  


Begitulah juga di dalam bidang jualan ini juga memerlukan tindakan yang sama kepada anda untuk melakukan semula secara harian samada pencapaian anda telah berjaya di laksanakan ataupun tidak.

Antara langkah-langkah yang perlu di lakukan dalam Muhasabah jualan ini adalah seperti berikut :

i.                     Tentukan secara detail dan tepat apa sebenarnya yang anda perlu lakukan dalam karier anda di bidang jualan

ii.                   Tuliskan dengan nyata, jelas dan lebih mendalam apa yang di kehendaki dan di perlukan di atas sekeping kertas

iii.                  Tetapkan dan sasarkan tarikh yang perlu di capai. Andai kata matlamat anda besar, pecah-pecahkan ia menjadi matlamat yang kecil dan mudah di capai mengikut turutan yang diingini.

iv.                 Senaraikan kesemuanya yang anda rasakan apa yang anda boleh dan pasti lakukan untuk mencapai matlamat anda.  Jika ada sesuatu yang baru anda fikirkan Cuma tambahkan sahaja dalam senarai tersebut

v.                   Susun aturkan kesemua item yang di senaraikan dalam perancangan anda dengan meletakkannya mengikut susunan keperluan dan kepentingan anda dahulu

vi.                 Segera bertindak dan di dahulukan terlebih dahulu perkara yang paling penting dalam susunan anda tadi. Jangan ada penangguhan berlaku kerana penyakit ‘tunggu sekejap’ amat merbahaya dan boleh menjejaskan matlamat yang anda telah tetapkan.

vii.                Lakukan sesuatu setiap hari yang boleh di lakukan bagi menentukan tercapainya matlamat yang di kehendaki. Kekalkan momentum tersebut dan per baikinya dari masa ke semasa.


Read more >>

Jumaat, 23 September 2011

Pipeline @ Penyimpanan Stok

Adalah menjadi tugasan kita melakukan jualan untuk memastikan adanya stok-stok yang mencukupi mengikut sasaran yang di berikan sebagai satu tanda aras pada diri kita sendiri samada kita berupaya untuk mendapatkannya ataupun tidak.  Semakin banyak stok yang di simpan bagi kejayaan mendapatkan penutupa jualan daripada pelanggan bermakna semakin hampir kita untuk mencapai sasaran yang di tetapkan.

Kenapa Pipeline ini amat di perlukan?

i.                     sebagai satu bukti kukuh di atas kejayaan kerja kita

ii.                   dapat di ketahui kedudukan kita sebelum akhir bulan sama ada berjaya atau tidak

iii.                  kenal pasti keupayaan kita mana yang berlebih dan di mana kekurangannya

iv.                 memudahkan lagi untuk membantu pelanggan kita mendapatkan wang mengikut jangka waktu yang di kehendaki

v.                   satu alat pengukur di masa hadapan mengetahui kedudukan stok kita di masa hadapan 

Apakah kelebihannya?

i.                     senang nak kira komisen yang bakal kita perolehi

ii.                   mengetahui dengan cepat berapa banyak pendapatan yang kita inginkan

iii.                  memastikan stok yang ada secara berlebihan dan berkualiti mengejar dan melengkapkan juga sasaran yang telah ditetapkan

iv.                 mudah untuk kita bercuti nanti atau di timpa dugaan seperti musibah, sakit dan sebagainya  sebagai ganti kita tidak melakukan jualan di sebabkan stok kita dalam pipeline yang banyak

v.                   tingkatkan prestasi bukan setakat diri kita tetapi juga kepada organisasi

Tambahlah stok anda sebanyak dan se maksimum yang boleh sentiasa sementara kita masih sihat dan di perlukan lagi oleh organisasi.  Jangan buang masa lagi, tambahkan koleksi anda bagi menjana pendapatan anda lebih banyak lagi. Ubah cara kerja anda supaya ia dapat memberikan apa yang di inginkan  Kejayaan anda kekayaan anda di dunia dan akhirat.  Jadikan lah satu tabiat atau habit yang mesti dan wajib di lakukan untuk memperolehi apa yang telah ditetapkan setiap hari bagi memudahkan lagi tugasan mencapai sasaran.
Read more >>

Khamis, 22 September 2011

Anda sahaja yang mengetahuinya.....


YM Prof Di raja Ungku Abdul Aziz mengatakan








Rajin Bekerja, Rajin Bercakap     -             Bagus
  
Rajin Bekerja, Malas Bercakap   -              Kena Buli

Malas Bekerja, Rajin Bercakap   -              Wayang Cina

Malas Bekerja, Malas Bercakap -              Tak guna

Malas Bekerja, Suka Mengadu   -              Lalat hijau

Malas Bekerja, Suka Ponteng     -              Lebih Baik Berhenti

Malas Bekerja, Suka termenung  -              Lebih Baik Mati


Jadi, di manakah kedudukan anda sekarang ini ????? 

Read more >>

Rabu, 21 September 2011

MINDSET DALAM JUALAN


Melakukan mindset yang betul akan memberikan impak yang positif untuk melakukan jualan secara stabil dan konsisten serta bersemangat untuk melakukannya sentiasa.  Apabila pemikiran yang positif telah di semai dalam pemikiran kita, tindakan positif juga akan menjelma juga dalam tindakan kita. Kesannya kita akan mampu untuk melakukan jualan dengan hati yang terbuka, senang dan tenang.

Bagi membina pemikiran yang sentiasa positif ini supaya setiap jualan dapat di lakukan dengan tenang, mudah dan senang perkara-perkara berikut perlu di lakukan iaitu :

i.                     Jangan di ingati sama sekali kegagalan kita di masa lepas. Semakin kita mengingatinya semakin banyak perkara-perkara negatif akan bermain-main di pemikiran anda. Jadikan ia sebagai satu iktibar yang tidak perlu di ulang sama sekali

ii.                   Gunakan purata prestasi anda dalam angka dan bukannya bergantung pada perasaan anda sebagai kayu pengukur anda mencapai kejayaan anda di masa hadapan untuk bergerak lebih maju lagi bagi mengatasi prestasi yang telah anda lalui sebelum ini.

iii.                  Tuliskan dan catatkan ia di dalam diari atau buku personal dan bukan di dalam pemikiran anda sahaja (main ingat sahaja) berapa banyak yang anda inginkan boleh anda capai atau perolehi dalam satu jangka waktu yang anda inginkan dan bandingkan ia setiap hari antara impian dan tugasan jualan yang telah di lalui samada ianya berjaya, atau gagal di capai. 

iv.                 Lakukan sasaran yang benar-benar anda boleh capai mengikut kemampuan anda setaraf dengan rakan sekerja anda yang telah berjaya melakukannya. Lakukan lah muhasabah dalam diri anda setiap kali anda gagal mencapainya supaya anda dapat mencari jalan penyelesaiannya jika anda tetap setanding atau paling tidak pun setaraf dengan orang yang telah berjaya melakukannya.

v.                   Semaikan rasa cinta dan minat yang amat mendalam di dalam perasaan anda untuk melakukan Jualan. Bergaul dengan orang yang telah berjaya dan melakukan perkara yang sama supaya lebih banyak input dan semangat yang ada padanya dapat di bawa sekali ke dalam diri kita juga

vi.                 Sasarkan aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan yang pasti memberi pulangan kepada anda dengan lumayan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anda. Perkara yang minat kita lakukan akan membolehkan kita lagi bersemangat untuk menempuhinya walaupun kita tahu ianya adalah sukar dan susah.

Hanya mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif sahaja yang mampu untuk bergerak ke hadapan dan berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi secara konsisten setiap masa.  Hanya minda kita sahaja yang mampu merangsang pergerakan kita samada kita mahu atau tidak melakukannya. Sentiasa positif, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh kearah kejayaan menunaikan matlamat yang kita idam-idamkan. Hanya mereka-mereka yang berfikiran negatif sahaja hobinya sangat suka memberi alasan dan mencari kesalahan sekeliling dirinya bagi menutup kegagalan yang di hadapi.
Read more >>

Selasa, 20 September 2011

Pertingkatkan Skil Anda

Setakat mulut ramah, muka yang cantik dan gaya yang menarik sahaja tidak mencukupi lagi untuk melakukan jualan. Skil yang ada perlu di per tingkatkan lagi untuk menjamin betapa mudahnya mendapatkan pelanggan seperti mana yang di kehendaki. Bagaikan seekor helang yang mencari mangsanya, tanpa skil yang jitu dan tepat pasti sukar si helang tersebut mendapatkan mangsanya.


Mungkin skil jualan sudah ada tetapi semua itu perlu di per tingkatkan. Mungkin segala yang di dapati itu sudah memadai tetapi sebenarnya ianya masih belum mencukupi lagi. Umpama orang yang belajar dan mencari ilmu, ilmu ini tidak akan pernah habis dan selesai di pelajari kerana ilmu yang kita dapati sekarang ini cuma dui umpamakan seperti setitik air sahaja jika di bandingkan dengan isi kandungan air di lautan.

Gilap lah dan per tingkatkan lagi skil jualan anda semua memandangkan sasaran baru dan cara kerja yang baru perlu dilaksanakan dengan serta merta. Hasil yang lumayan akan tercipta jika kita mampu menghasilkan sesuatu yang baik dan di ingini oleh prospek/bakal pelanggan/pelanggan kita sendiri. Antara yang perlu di per tingkatkan lagi skil kita adalah

i. Kenal pasti segera

ii. Pelajari menjadi pakar dalam menyelesaikan masalah

iii. Perbaiki skil komunikasi

iv. Tarik pelanggan hanya menggunakan talian telefon

v. Persembahan jualan lebih mantap dan menarik perhatian

vi. Memahami kehendak pengguna

vii. Niat membantu seramai yang mungkin

viii. Tambahkan melalui ilmu-ilmu dari orang yang berjaya, buku-buku yang berkaitan, artikel dan hadiri kursus-kursus dan seminar jualan/pemasaran/motivasi

Kehendak dan kemahuan pelanggan perlu di kenal pasti. Segala tindakan yang di buat secara membabi buta dan menjual mengikut suka hati kita sahaja akan menyebabkan lagi kesukaran dalam melakukan jualan. Kepentingan pelanggan perlu di fahami dahulu seperti menawarkan produk yang ingin di jual. Ambil kesempatan segera jika prospek/bakal pelanggan mengadu kehendak dan kemahuan mereka untuk di selesaikan masalah mereka hanya dengan penawaran produk kita.

Tanpa skil yang baik dan sempurna yang mungkin tidak pernah di ‘upgrade’kan membuatkan mungkin pada suatu hari nanti kita akan mudah merasa buntu dan kecewa di atas prestasi kita sendiri. Apabila ini berlaku, kita mula tertanya-tanya pada diri kita sendiri apa salah kita dan bagaimana pula untuk memperbetulkannya. Fikirlah bagaimana untuk memajukan diri kita sendiri supaya kita lebih yakin melakukannya biarlah segala rintangan, dugaan dan cabaran ,melanda dengan kuatnya.
Read more >>