Kelley Robertson mengatakan "Sentiasa memberi tumpuan/fokus kepada peluang
jualan anda yang telah berada di hadapan anda. Jangan bazirkan tenaga anda hanya melihat tawaran
yang anda telah kehilangannya"
Kalau boleh apabila anda berurusan dengan prospek/bakal pelanggan pasti anda nak yang mudah-mudah sahaja, tidak berserabutkan dan memeningkan
kepala. Tapi apakan daya langit tidak
selalunya cerah sentiasa, ada masanya pasti anda akan bertemu dengan
prospek/bakal pelanggan yang pasti tidak gembira/mencemuh/tidak suka bukan
kepada anda tetapi di sebabkan samada produk anda ataupun organisasi yang anda
wakili.
Ada beberapa idea atau cadangan yang boleh di cuba di guna pakai oleh anda
bila berhadapan dengan situasi sebegini
i. Terima
dengan perasaan terbuka. Nyatakan kemaafan atas apa yang telah terjadi,
mengakui kesilapan dan kesalahan yang berlaku, dan ambil berat semula serta
beri perhatian sepenuhnya akan segala luahan hati yang anda dengari. Selalunya
dengan memohon kemaafan semula akan memberikan anda satu kelebihan untuk
mendapatkan semula kepercayaan prospek/bakal pelanggan nanti
ii.
Banyakkan bertanya apa yang sebenarnya di perlukan
oleh prospek/bakal pelanggan tersebut.
Menjadi seorang yang proaktif kepada mereka akan menyebabkan
Anda lebih memahami
masalah yang di hadapi
Kemukakan semula jalan penyelesaian kepada mereka
Beri keyakinan semula
kepada mereka di atas kehadiran anda
iii. Kenal pasti apa juga komplen yang di terima dan
anggapkan bahawa ia satu mesej amaran yang perlu di jadikan iktibar dan
pengajaran paling berguna buat diri anda bagi di masa hadapan supaya jangan sama
sekali di ulang perkara yang sama
iv.
Biasakan diri menerima kritikan dan kemarahan dari
orang lain dan menganggap ianya satu peluang dan oportuniti untuk mendapatkan
pelanggan jika tidak hari ini, mungkin pada masa mendatang kelak.
v.
Bertemu dengan permasalahan ini akan mengajar anda
erti kesabaran dan ketenangan dalam berhadapan dengan orang ramai. Kawalan
perasaan dan pemikiran yang tinggi memerlukan latihan jati diri yang tinggi dan
semula jadi. Ianya adalah lebih baik sebegini daripada melawan, menyalahkan,
membantah atau mengatakan pendapat mereka adalah salah dan tidak benar sama sekali.
Yakin dan berusaha tanpa putus asa pasti
menjanjikan imbuhan lumayan bukan sahaja untuk diri kita tetapi karier kita
juga semakin berkembang dan seronok untuk melakukannya sampai bila-bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan