Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 14 September 2011

KEMAHIRAN MENDENGAR


Kadang-kadang kita terlupa, apabila kita bercakap atau bersembang dengan prospek/bakal pelanggan kita bersembang se olah-olah kita bersembang dengan rakan karib kita sahaja.  Yang penting kita faham apa yang di perlukan bukan prospek tersebut faham apa yang kita tawarkan kepadanya. Itulah kesilapan kita yang tak sepatutnya terjadi. Gunakanlah kemahiran ini apabila kita berhadapan dengan prospek nanti
Antara skil yang perlu ada apabila kita mendengar adalah seperti berikut :

i.                     Duduk menegak dan diam mengikut keselesaan

ii.                   Tunjukkan minat

iii.                  Sandar ke hadapan

iv.                 Dengar dengan penuh konsentrasi

v.                   Ambil berat

vi.                 Angguk kepala menunjukkan kita mengikuti dan faham perbualannya

vii.                Mata tepat memerhati kepadanya


Pantang larang yang perlu dilakukan

i.                     Jangan menyampuk, membantah dan melawan

ii.                   ‘Silence’kan telefon bimbit anda

iii.                  Orang lain yang bercakap orang lain yang anda perhatikan

iv.                 Jangan di tanya soalan yang sama berulang kali

v.                   Jangan bersiul, bertepuk tangan, mengerak-gerakkan kaki kita

vi.                 Jangan asyik tersengih sahaja

Sentiasa amalkan konsep 70/30, biarkan prospek yang bercakap lebih banyak dari kita. Nak tahu apa yang diperlukan oleh pelanggan memerlukan dahulu penceritaan prospek kepada kita, jadi mudahlah kita untuk melakukan penawaran yang terbaik ke atas produk kita kepadanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan