Sememangnya sampai bila-bila pelbagai kerenah pelanggan akan anda temui
dengan pelbagai ragam dan gaya yang tersendiri.
Bagi yang berminat rasnya begitu mudah untuk anda berurusan dengan hati
yang senang, tenang dan terbuka tetapi bagi prospek/bakal pelanggan yang tidak
berminat atau cenderung dengan produk kita pasti akan memberikan pelbagai
alasan antaranya
- Memohon di kurangkan harga tawaran sewenang-wenangnya
- Permintaan di luar batasan dan di luar bidang kuasa anda
- Asyik menceritakan kebaikan pesaing sahaja
- Tidak mahu bertemu, menerima panggilan atau menjawab mesej anda
- Asyik menunggu keputusan dari orang lain walaupun sebenarnya dia sahaja boleh melakukan keputusan
- Asyik nanti, nanti, nanti dan terus menanti
Lakulah sebaik mana pun ke atas pelanggan yang sebegini, prospek/bakal
pelanggan tersebut tetap tidak bergembira dan masih tidak mahu lagi berurusan
dengan anda. Ini yang akan membuatkan anda merasa patah semangat dan ‘fed-up’
untuk melakukannya, walaupun anda asyik memaklumkan bos anda
dengan mengatakan baik anda bertemu sahaja dengan prospek/bakal pelanggan ini daripada tiada
langsung.
Fikirlah sedalam-dalamnya adakah masih perlu lagi memperuntukkan masa dan
menghabiskan masa dan waktu yang sedia ada untuk berurusan dengan orang yang
seperti ini ? Fikirkan semula berapa banyak masa kita terbuang dan
terluang, itu tidak masuk lagi duit minyak ke tempatnya sentiasa, duit parkir
dan sebagainya. Kirakan semua kerugian yang di tanggung semata-mata
mengharapkan orang sebegini yang terpaksa di hadapi.
Oleh itu jangan buang masa lagi untuk mencari dan bertemu orang-orang
seperti ini. Kalau prospek/bakal pelanggan ini menekan kepada anda tentang harga tawaran contohnya, fikirkan dahulu dan berikan alasan kukuh sebaik-baiknya, Jika masih tidak mampu untuk penuhi
kehendaknya eloklah berundur diri dan mencari prospek/bakal pelanggan yang lain
pula bagi menampung sasaran yang di inginkan.
Ingatlah gunakanlah waktu yang ada dan sesuai ini untuk mencari dan
mendapatkan prospek/bakal pelanggan yang bersesuaian yang benar-benar mahukan
produk anda.
Kalau anda masih melayan lagi ini bermakna
- Anda sememangnya suka membuang masa
- sampai bila-bila anda akan terlepas sasaran dan pendapatan tambahan buat anda
- kesabaran ada batasannya bukan diturutkan sehingga merugikan anda
- anda bukan seorang yang kreatif dan pandai mengambil oportuniti
- orang akan mudah permainkan anda
- bukan semua orang bekehendakkan produk anda. Sasarkan pelanggan dahulu
- anda tidak melakukan perancangan terlebih dahulu
- mengharapkan nasib bukannya usaha
Fikir-fikirkan demi kemajuan karier anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan