Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 12 September 2011

PROSES TURUTAN MENELEFON PELANGGAN


Empat langkah 'simple' @ asas yang perlu di lakukan apabila kita menghubungi prospek/bakal pelanggan/pelanggan melalui panggilan telefon :

i.                     Pengenalan

Perkenalkan nama dan organisasi kita di sebut dahulu untuk pengetahuan dan makluman penerima telefon tersebut.  Kejujuran dalam memaklumkan kepada mereka amat di perlukan siapa kita yang melakukan panggilan ini.

ii.                   Kelebihan Produk

Jangan sama-sekali menceritakan cirri-ciri produk yang ingin di tawarkan. Tetapi maklumkan tentang apa kelebihan-kelebihan yang ada pada produk tersebut untuk menarik minat pendengar tentang kebaikan dan keuntungan yang boleh dimanfaatkan oleh penerima panggilan telefon tersebut.

iii.                  Temu janji

Inilah matlamat kita. Tetapkan temu janji secepat yang mungkin jangan jadi memaksa prospek. Cadangkan waktu dan tarikhnya dahulu sebelum prospek memberi cadangan balas. Proaktif sedikit supaya temu janji dapat dilaksanakan

iv.                 Penutup

Biasakanlah melakukan penutupnya yang dapat membawa satu ingatan kepada prospek. Nyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas luangkan masa beliau mendengar perbualan kita. Nyatakan juga kemaafan di atas kedatangan panggilan telefon ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan