Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 19 September 2011

Kain rentang @ Banner

Ajak makanpun pakai banner inikan pula nak perkenalkan produk, buat tak tahu sahaja....

Bukti pentingnya kenapa banner amat di perlukan sebagai satu bahan untuk

   i.  di perkenalkan

  ii.   pemakluman

  iii.  tarik perhatian orang

  iv.   senang untuk di hubungi

 Petua-petua untuk melakukan

i.                     Kenal pasti lokasi yang strategik dan tempat laluan yang paling sibuk bagi tujuan per letakkan kain rentang bagi tujuan orang ramai senang melihatnya walaupun berada di dalam kenderaan mereka yang sedang bergerak.

ii.                   Pastikan setiap kali membuka meja bagi tujuan pameran ataupun di premis pelanggan, streamer ataupun bunting terutamanya yang ada logo bank di letakkan di tempat yang berhampiran bagi tujuan orang ramai yang melalui tempat tersebut menyedari kehadiran orang kita di situ.

iii.                  Pastikan ianya mudah untuk di lihat dan di baca dengan font bersaiz besar walaupun dari jauh  orang ramai masih boleh melihatnya juga

iv.                 Designnya biarlah mudah dan ringkas yang penting sekali orang ramai mudah untuk melihat dan membacanya.

v.                   Pastikan bila terdapat sebarang perubahan seperti contoh kadar keuntungan, nombor telefon ataupun sebagaimananya ianya perlu di lakukan perubahan secepat mungkin

vi.                 Jika ianya satu kempen yang mempunyai tempoh tamat, pastikan ianya apabila telah sampai kepada tempoh yang di nyatakan, sila jangan di tayangkan lagi untuk tatapan umum kerana ianya nanti akan di kira boleh menjejaskan reputasi organisasi.

vii.                Sentiasa memastikan per letakkan kain rentang untuk tatapan umum di lakukan secara berkala dan konsisten.

Walaupun ianya adalah tatapan untuk orang ramai, paling-paling tidak pun orang ramai akan sentiasa mengetahui dan memahami yang kita juga ada menawarkan produk yang sepertimana kita maklumkan kepada mereka.  Pembaca-pembaca kain rentang tersebut pasti tidak akan pening kepala untuk mencari no telefon atau tempat-tempat untuk di buat rujukan apabila mereka benar-benar memerlukannya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan