Sabda Rasulullah SAW bermaksud
‘Ziarah lah dari masa ke semasa tentu ia akan menambahkan lagi kasih sayang’
(Di riwayatkan oleh Tabrani)
Jalinan perhubungan yang mesra, akrab dan baik amat penting kita semua amalkan. Ini adalah kerana hebahan mulut pelanggan-pelanggan ini menceritakan sesuatu yang baik kepada rakan-rakan mereka amat-amat kita perlukan di samping juga akan memperbanyakkan lagi leads dan referral untuk kita juga.
Susun lah satu perancangan yang baik untuk melakukan lawatan bertemu mereka walaupun hanya sebentar sahaja kerana ianya akan dapat memberi implikasi yang positif kepada mereka. Sekurang-kurangnya kalau kita tidak dapat bertemu mereka lakukan panggilan telefon kepada mereka. Paling baik kiranya dapat di ucapkan Selamat menyambut hari Jadi, Salam Aidil Fitri ataupun Aidil Adha.
Walaupun nampak simple tapi pelanggan cukup merasakan diri beliau di hargai sepenuhnya. Belajar untuk tidak menjadi kedekut dan bakhil memberikan ucapan kepada pelanggan dan sanggup menghabiskan wang yang sedikit menghantar pesanan ataupun telefon pelanggan-pelanggan yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan