Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 30 September 2012

Pengajaran dari Habil dan Qabil



Nabi Allah Adam dan Hawa dengan ketentuan Allah SWT telah memberikan zuriat yang pertama kepada manusia di mana Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama Iqlima, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama Lubuda. Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumah tangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang penternakan.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima. Cara yang telah di ilham oleh Allah, kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumah tangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah hodoh dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan dengan Habil. 

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya dia lah yang berhak menentukan pilihan jodohnya sendiri.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu. Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal sebegitu sahaja keadaannya.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu kerana korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.

Dengan hasil keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka ranaplah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima. Qabil yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan dan melakukan bantahan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan amat marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang menyimpan niat terpaksa dibunuhnya juga satu hari nanti.

Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh ke belakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang di rancang kan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan kedengkian di dalam dadanya mulai akan padam mula di pengaruhi semula oleh si Iblis agar tetap membara dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Satu kisah pengajaran yang Allah berikan kepada kita dalam Al-Quran surah Al-Ma’idah Ayat 27 hingga Ayat 32. 
 
Itulah pengajaran dan iktibar yang perlu kita ketahui. Bukan setakat seronok membaca satu sejarah yang pernah berlaku dan terjadi sahaja tetapi mengetahui apa yang sebenarnya boleh kita ambil sebagai satu peringatan dan iktibar kepada diri kita sendiri. Nama mereka tidak dinyatakan Allah dalam Al-Quran. Watak dan ciri mereka lebih penting daripada nama bagi mengetahui ciri-ciri yang perlu bagi kita ketahui sama ada yang mana satu yang perlu kita ikuti dan yang mana satu pula kita perlu tinggalkannya pula.


Terdapat ciri-ciri ke Habil an dan ke Qabil an yang berlaku sepanjang zaman dan kita perlu ketahui ciri-ciri tersebut. Antaranya

CIRI –CIRI KE HABIL AN
CIRI-CIRI KE QABIL AN
Ketaatan terhadap Allah
Berani menolak hukum Allah
Hukum Allah di jaga dan dipelihara
Nafsu mengatasi hukum Allah
Taat setia kepada ibu bapa
Derhaka kepada Ibu bapanya
Merujuk dahulu sebelum melakukannya
Merasakan diri nya betul sentiasa
Melakukan yang terbaik (korban)
Tidak lakukan yang terbaik ( korban)
Mengikuti perjanjian yang ditetapkan
Ingkar kepada perjanjian
Menjaga tatasusila segala perbuatannya
Melampau dalam tindak tanduknya
Tidak mudah terpengaruh
Mudah terpengaruh dengan bisikan

Inilah akibatnya apabila kita terlalu mengikuti hati dan perasaan kita yang tidak tentu hala hujung pangkalnya.  Tindakan kita perlu di elakkan dari menjadi ke Qabil an agar tugasan kita dalam bidang jualan ini dapat dilakukan sebaik dan sesempurna yang mungkin. Jangan diturutkan logik akal sahaja tapi turut menjadikan juga Islam sebagai satu sumber rujukan yang pasti untuk kita semua apabila melakukan sebarang tindakan. Ini adalah kerana kita adalah seorang hamba Allah yang dijadikan dan diwujudkan di muka bumi ini yang terlalu banyak kekurangannya sama sekali. Jadi fikirkanlah demi kebaikan diri kita sendiri sama ada mahu menjadikan diri kita seperti Habil atau Qabil. Anda sendiri yang menentukannya.

Read more >>

Sabtu, 29 September 2012

Bila masalah mula menjelma



Cukup bahaya rasanya jika kita merasakan tugasan jualan yang kita lakukan adalah sentiasa betul dan benar walaupun keupayaan prestasi kita mengatasi sasaran yang diberikan. Kita mudah merasakan begitu bongkak, angkuh dan berlagak tidak tentu hala merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul dan benar tanpa perlu di perhati dan diberi teguran oleh sesiapapun. Sesuailah dengan Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Sesungguhnya di dalam jasad seseorang ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jadi berhati-hatilah.


Hanya kerana hati kita lupa segala-galanya. Hanya kerana hati, nafsu bermaharajalela. Bak kata pepatah ikut kata hati mati, ikut kata rasa, binasa. Kena berwaspada sentiasa agar kita tidak mudah terjerumus dengan gerak hati kita sahaja tanpa berpandukan sebarang petunjuk yang lain. Mungkin perkara-perkara ini mempunyai tanda-tanda ada masalah yang perlu kita secara bersama-sama untuk perbetulkan semula agar kembali semula ke landasan yang sewajarnya. Antaranya adalah





i.                     Apabila ada mesyuarat jualan pasti lewat diadakan dan ahli-ahli tim jualan pula yang tentukan sama ada hendak hadir ataupun tidak.

ii.                   bila mesyuarat diadakan, interaksi satu hala sahaja yang berlaku dan bukan sebaliknya. Lebih baik berdiam diri dari bersuara walaupun meminta pendapat yang bernas.

iii.                  Prestasi tugasan tiba-tiba merudum dan jatuh menurun secara mendadak walaupun pasaran stabil dan berkembang.

iv.                 Terlalu kuat iri hati atas kejayaan orang lain walaupun peluang mendapatkan jualan adalah sama dan sekata antara satu dengan yang lain.

v.                   Dendam berdendam antara satu sama yang lain.

vi.                 Perbualan terlalu ringkas berorientasikan aktiviti jualan sahaja tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang ditemui

vii.                Lebih banyak SILENT PROTEST ( melawan dalam senyap).

viii.              Masih gagal atau tidak mahu ambil tahu mengenali isu atau rintangan yang sebenarnya harus dihadapi.

ix.                 Merasakan apa juga keputusan yang pihak atasan berikan untuk dilakukan adalah satu penyeksaan dan membebankan.

x.                   Terlalu mementingkan diri sendiri mengatasi kehendak pihak pengurusan dan rakan setugas yang lain.

xi.                 Tidak mahu berubah demi kemajuan karier dan tugasan jualan mengikut trend terkini.

Mungkin ada lagi. Memadai apa yang diperkatakan kali ini. Moga dengan apa yang dipaparkan ini sedikit sebanyak perkara-perkara di atas dapat diperbetulkan segera demi karier dan peningkatan tugasan jualan kita terhadap organisasi yang kita wakili dan prospek/pelanggan yang kita temui. Jangan mudah mendabik dada tapi per mudahkan diri kita ini sentiasa untuk merendah diri dan berhemah sentiasa. Allah SWT berfirman:“Wahai manusia! Kamulah yang fakir (sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Faathir: 15).
Read more >>

Jumaat, 28 September 2012

KUASAI APA YANG SEPATUTNYA



Menguasai prospek/pelanggan amat di perlukan. Terutama semasa penutupan jualan. Kalau kita biarkan prospek/pelanggan yang menentukan segala-galanya dikhuatiri nanti apa yang kita hajati tidak kesampaian. Berhati-hati dan berwaspada sentiasa adalah lebih baik dari kita membiarkan situasi perundingan berlalu begitu sahaja. Tabah dan tenang amat dituntut. Jangan menggelabah tetapi sentiasa COOL dalam memberikan setiap maklum balas yang dikehendaki oleh mereka.

Untuk menguasai prospek/pelanggan yang ditemui dan yang sedang berhadapan dengan kita, perkara-perkara sebegini amat diperlukan iaitu

i.                     Jangan minta izin, teruskan sahaja

Tidak perlu lagi minta izin kalau sudah di pertengahan jalan. Lakukan secara yakin minta apa yang diperlukan asalkan saja kita ketahui apa yang mereka mahukan. Tunjukkan kesungguhan kita untuk membantu sebaik yang mungkin apa yang produk kita boleh lakukan kepada mereka. Jangan merasa mudah kecewa kerana untuk menguasai mereka kena lakukan secara serius dan bersungguh-sungguh terhadap mereka.

ii.                   Ketepikan apa yang menghalang

Semakin kuat prospek/pelanggan melakukan halangan jualan bermakna semakin hampir kita kepada penutupan jualan. Halangan mereka bermakna mereka ingin mendapatkan kepastian sama ada produk yang ditawarkan kepada mereka benar-benar boleh membantu menyelesaikan permasalahan mereka atau tidak. Yakinkan mereka berikan kepuasan apa yang mereka mahukan. Sudah pasti pada akhirnya termeterai juga penutupan jualan seperti mana yang di mahukan

iii.                  Kekalkan fokus

Teruskan penghayatan terhadap prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Tanamkan keyakinan sepatutnya. Jangan goyang atau mudah luntur. Apabila kita fokus dengan apa yang kita lakukan bermakna prospek/pelanggan menyedari betapa kita bersungguh dalam melakukan tugasan menjual terhadap mereka. Ini akan memberikan keyakinan yang tinggi terhadap mereka untuk lebih mempercayai apa yang kita perkatakan kepada mereka. Bila mereka dah percaya sekurang-kurangnya 90% tugas jualan kita pasti berjaya juga kita peroleh.

iv.                 Jangan mudah mengalah

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Teruskan sahaja usaha yang ada. Jangan dibiarkan seperti hangat-hangat tahi ayam. Teruskan apa yang kita lakukan kerana prospek/pelanggan sememangnya telah mengetahui yang kita tengah menjual kepada mereka. Kita bukan mencuri hak mereka atau merampas apa yang mereka punyai. Hanya dapatkan persetujuan mereka untuk menerima tawaran kita. Selagi kita gagal peroleh persetujuan mereka selagi itulah kita tidak akan berjaya.

v.                   Bergerak bersama dengan orang yang inginkan kejayaan

Kalau hendak sentiasa bersemangat dan bermotivasi pastikan kita berkawan dengan mereka-mereka yang berjaya melakukan jualan. Berkawan dengan orang yang berjaya sudah pasti lambat laun kita kan berjaya juga. Perumpamaan ini ada di jelaskan oleh Rasulullah SAW bermaksud "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang tidak baik seumpama seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang busuk." (Riwayat Abu Daud)

vi.                 Tahu apa yang kita lakukan

Apabila kita telah yakin dengan pengetahuan produk segala kelebihan, manfaat dan ciri-cirinya itu sudah memadai. Tidak perlu terlalu komplikasi sehingga memeningkan kepala orang yang  mendengarnya. Biarkan ringkas, jelas dan padat akan apa maklumat yang ingin kita sampaikan. Jangan berjela-jela panjangnya kelak apabila prospek/pelanggan mendengarnya sudah pasti memberikan satu situasi yang membosankan dan melecehkan pula kepada mereka.



Pastikan jangan terlalu mudah membuat andaian atau syok sendiri merasakan apa yang kita lakukan orang sentiasa berminat dengan apa yang telah kita terangkan. Kerana itu kena banyak bertanya ketahui kaedah terbaik untuk membantu orang apa yang di perlukan. Jangan main hentam kromo sahaja. Kita tunjukkan yang kita benar-benar ingin membantu sudah pasti kita boleh memikat hatinya. Jangan berputus asa di tengah jalan kerana sampai bila pun penutupan jualan sudah pasti akan gagal untuk diperoleh. Teruskan usaha lipat gandakan lagi tenaga secara konsisten agar hasil yang dikehendaki akan membuahkan seperti mana yang kita mahukan.

Read more >>

Khamis, 27 September 2012

Boringnya



Salah satu sikap orang yang menjual adalah jangan putus asa memberikan presentasi dan penerangan sewajarnya. Berapa ramai prospek/pelanggan yang di temui satu kaedah yang mesra, memberikan kepercayaan, menyampaikan kefahaman dan jelas tutur kata amat diperlukan sama sekali. Jangan mudah menuding jari mengatakan prospek/pelanggan sengaja atau suka-suka buat tak faham akan apa yang telah di sampaikan. Kadang-kadang kita terlupa sebenarnya kerana tindakan kita sendirilah yang membuatkan keadaan prospek/pelanggan menjadi begitu boring dan membosankan mereka.

Keadaan seperti ini perlu diubah segera. Jangan dibiarkan berlarutan. Kelak akan memakan diri kita sendiri. Bila prospek/pelanggan merasa boring dan membosankan, sudah pasti dan tentunya kita akan gagal dalam melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki. Elakkan dari sukar menjual hanya disebabkan prospek/pelanggan mudah menjadi boring dan membosankan. Atasinya dengan segera. Berikut adalah sebab-sebabnya kenapa prospek/pelanggan mudah merasa jemu, boring dan bosan apabila kita bertemu dengan mereka antaranya adalah

i.                     Bercakap banyak tentang organisasi

Kita nak jual kena lebihkan cerita tentang apa manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan. Bukannya pada pengeluar produk atau organisasi yang kita wakili. Nak cerita pun biarlah sebagai penguat hujah. Diketahui tentang siapa pengeluarnya dan latar belakang serba sedikit tentang operasi,pengurusan dan latar belakangnya. Jangan cerita lebih-lebih kerana prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita nak tahu sangat tentang produk yang ditawarkan dan apa yang boleh produk tersebut lakukan untuk mereka

ii.                   Ciri-ciri produk

Bila dah ada minat tentang produk tersebut baru boleh maklumkan berkenaan dengan ciri-cirinya. Selagi tak di fahami oleh prospek/pelanggan adalah disarankan agar terus menjual dengan memberikan segala kelebihan dan manfaat yang sedia ada yang boleh membantu prospek/pelanggan dapat menyelesaikan permasalahan mereka. Jangan beri tahu terlalu teknikal tetapi maklumkan apa yang boleh memberi keuntungan dan mengurangkan kerugian di sebelah mereka.

iii.                  Komunikasi satu hala

Ketika memberi presentasi pastikan jangan dibiarkan komunikasi satu hala sahaja. Bagi penerangan sedikit tapi banyakkan bertanya. Konsep 70/30 kena diguna pakai. 70 peratus bertanya dan mendengar manakala 30 peratus beri penerangan kepada mereka. Lagi banyak mereka bertanya lagi banyak kita ketahui apa yang dimahukan oleh mereka. Jangan mudah melakukan andaian kerana setiap andaian yang kita lakukan kebenarannya belum boleh diterima lagi kesahihannya. Biarkan sahaja komunikasi 2 hala berlaku kerana tujuan kita ingin membantu orang dengan cara mendapat maklumat dari mereka terlebih dahulu.

iv.                 Kaedah dan cara yang sama

Tidak kira kita atau pesaing kita lakukan, cara dan kaedahnya sama sahaja ‘STEREO TYPE’ nya. Kena kreatif dan tahu apa yang pesaing lakukan bagaimana skil dan cara mereka lakukan apabila menjual. Lihatlah peniaga-peniaga kedai telefon bimbit, produk yang sama tapi gaya persembahan dan skil jualan mereka sangat berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mesti ada kekuatan dan jangan lupa mesti juga ada kelemahannya. Lakukan kajian sedikit agar prospek/pelanggan yang ditemui sentiasa mahu mendengar segala presentasi yang kita lakukan.

v.                   Tumpuan pada kita bukannya pada mereka

Kesungguhan untuk bercerita dan memberikan presentasi memberi maklumat yang dirasakan amat diperlukan oleh prospek/pelanggan sebenarnya banyak berkisar pada kehendak diri kita sendiri dan bukannya pada mereka. Sedari atau tidak, kita kena ambil tahu di mana tumpuan kita sebenarnya. Selagi mereka melihatkan tiada kepentingan untuk diri mereka selagi itulah mereka akan buat tak tahu sahaja. Buat penat sahaja kita berikan presentasi kepada mereka yang pada hakikatnya apa yang ingin kita sampaikan rupanya tak tersampai hanya kerana tumpuan lebih banyak memenuhi apa yang kita mahukan dari apa yang mereka mahukan.

Ambil tahu di mana silapnya agar boleh kita segera perbetulkan. Tiada siapa yang ingin menegur apa yang kita lakukan semasa menjual melainkan sama ada kita sedari mereka telah bosan ataupun terasa diri ini susah sangat hendak dapatkan penutupan jualan. Semakin kita tawarkan produk yang kita tawarkan selagi prospek/pelanggan yang kita temui buat serba tidak tahu sahaja. Belajar kenali kesilapan kita terlebih dahulu dari kita menyalahi sesiapapun yang kita ketahui hanya kerana kegagalan kita mendapatkan penutupan jualan.

Read more >>