Kemahiran dalam melakukan jualan amat
dituntut sama sekali. Tak guna rasanya apabila kita melakukan jualan kemahiran
yang sepatutnya kita buat dan lakukan langsung tiada apa pun yang boleh kita
praktik kan. Seperti pemain bola sepak
nak main bola kena ada kemahiran, kena ada skil baru boleh main dengan mudah
dan senangnya. Tiada kemahiran sampai bila-bila tidak boleh lakukannya walaupun
impian dan harapan begitu meninggi dan menebal di dalam hati.
Sentiasa kena per baharui dan kemas
kini kemahiran kita yang ada. Jangan main hentam sahaja ikut sesuka hati apa
yang perlu kita lakukan. Ketahui apa kemahiran yang sepatutnya kita perlu ambil
perhatian agar apabila bertemu dengan
prospek/pelanggan kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan dengan baik dan
sesempurna yang sepatutnya. Jangan diabaikan. Jangan main mudah. Janganlah pula
buat tidak tahu sahaja.
Mentang-mentang dah boleh dua tiga kali berjaya
mendapatkan penutupan jualan langsung kita tidak mahu pelajari lagi kerana kita
menganggap apa yang telah kita lakukan ini sudah memadai. Pengalaman dah cukup
lah tu dirasakan. Ingat selau dan berwaspada sentiasa, itu tindakan sewajarnya.
Suasana selalu berubah inikan pula manusia yang kita temui. Lain orang lain
kerenahnya. Tidak semuanya sama sahaja cara dan tindakan mereka terhadap kita.
Antara skil jualan yang perlu kita
ketahui supaya mudah bagi kita mempertajamkan lagi kemahiran kita adalah
i.
Kenal pasti
prospek
Sasaran prospek perlu di kenal pasti
dengan sebaik yang mungkin. Sasaran kena betul melakukan pemilihan prospek yang
dikehendaki. Dapatkan temu janji adalah matlamat utama dalam proses pencarian
ini. Sebaik-baiknya ketahui latar belakang prospek tersebut terlebih dahulu
tentang pendapatannya, pekerjaannya dan sebagainya yang berkait rapat dengan
tawaran produk kita. Gunakan konsep ‘SALES FUNNEL’ bagi memastikan pemilihan
yang dilakukan terkawal dan sasaran kenal pasti prospek boleh dilakukan. Kena
ingat, dapat temu janji bermakna peluang cerah untuk penutupan jualan
diperoleh.
ii.
Kemukakan soalan
Lebih baik banyak mendengar dari banyak
melakukan presentasi. Nak banyak mendengar kena kemukakan soalan-soalan yang
boleh memberikan jawapan balas kepada kita tentang apa yang prospek/pelanggan
mahukan. Lagi banyak mereka berkata dan bercakap lagi terperinci akan apa yang
mereka mahukan untuk kita ketahui bagi disesuaikan dengan produk yang kita
tawarkan. Soalan perlu menarik perhatian mereka dan elakkan sama sekali
kemukakan soalan-soalan yang boleh memberikan kemarahan dan bercorak peribadi
kepada prospek/pelanggan yang ditemui.
iii.
Presentasi
Gaya kena ada. Bukan cakap-cakap kosong
atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Kena pandai ambil perhatian. Ambil
hatinya dengan penerangan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. Kita dah
faham dah produk kita dan ini tugasan kita bagi memastikan setiap orang yang
kita lakukan presentasi kepada mereka turut sama fahamnya seperti kita.
Tunjukkan manfaat produk kita dan apa nilai tambah yang boleh mereka dapati
dari produk kita. Tiada siapa di dalam dunia ini yang akan menerima tawaran dari
sesiapapun jika ia merasakan tidak berbaloi dan mempunyai keuntungan kepada
dirinya sendiri.
iv.
Pembinaan
perhubungan
Jalinan silaturahim amat digalakkan dalam Islam. Bukan mencari musuh atau
bermusuhan. Lagi ramai kita kenal orang lagi baik untuk kita lakukan jualan.
Jualan berteraskan perhubungan adalah lebih baik dan mudah kerana mereka telah
mengenali kita dan percaya kepada kita. Wujudkan kepercayaan kepada mereka atas
keupayaan dan kebolehan kita kepada mereka. Bila perhubungan dan kepercayaan telah
ada apa juga yang kita perkatakan pasti akan dipercayai dan diterima oleh
mereka dengan lebih mudah dan senangnya. Yang pasti selepas mereka akan
menyusul pula rujukan-rujukan dari kenalannya sebagai satu peluang yang lebih
terbuka kepada kita dari mereka pula.
v. Kegigihan
Jangan bila dah berjaya tiga empat kali
kita dah mula lupa diri. Rasa takbur dan riak jelas terpancar merasakan kita
amat mudah untuk melakukannya. Lain padang lain belalangnya. Semua
prospek/pelanggan tidak sama kerenahnya. Kita perlu berterusan per kemaskan
diri mendalami lagi ilmu yang ada tentang melakukan jualan. Ilmu semakin
meningkat dan dibaiki sentiasa akan memberikan kita satu dorongan dan semangat
untuk sentiasa gigih mencari oportuniti tanpa merasa ragu, bimbang dan takut.
Betulkan niat kita
agar sentiasa membantu prospek/pelanggan penuhi keperluan dan kemahuan mereka
terlebih dahulu. Ada skil terbaik sekalipun kalau tidak difikirkan tentang apa
yang boleh dimanfaatkan dan dibantu dengan menunjukkan produk kita begitu relevan
dan dapat menyelesaikan segala permasalahan mereka sudah pasti sampai bila pun
tidak akan laku dan diterima. Niat yang ikhlas menghasilkan keputusan yang di
kehendaki. Niat sahaja betul tapi kemahiran tak ke mana juga. Seperti kita
bersolat, niat sahaja tapi tak tahu bagaimana nak bersolat macam mana? Kena ada
ilmu dahulu pelajari bagaimana solat boleh dipraktikkan. Barulah sempurna solat
tersebut.
Teruskan usaha dengan
pertamanya dalami lagi ilmu yang ada dan keduanya per tingkatkan lagi kemahiran
jualan yang telah ada pada diri kita. Kena berusaha per tingkatkan sentiasa.
Demi karier, masa depan dan kehidupan ambil tindakan segera agar segala
pengetahuan dan kemahiran yang ada pada kita selama ini harus dipertingkatkan
sentiasa dari masa ke semasa agar apa yang kita peroleh dimanfaatkan dan di
amalkan selari dengan pengalaman yang kita tempuh selama ini. Bukan senang
untuk menjadi senang. Tapi bila dah senang lakukan sahaja tanpa perlu menoleh
ke belakang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan