Atasi segera agar emosi ini tidak berlarutan. Bak kata George Foreman,
bekas juara heavyweight tinju dunia mengatakan “marah dan geram seseorang
itu akan membiarkan mereka hidup bebas bersarang di kepala anda sendiri”.
Alkisah dalam sebuah peperangan, Ali bin Abi Thalib RA hampir memenggal
leher pihak lawannya. Ini berlaku apabila tiba-tiba lawannya itu meludahi
mukanya apabila Ali berjaya menjatuhkannya ke tanah. Ali sangat marah. Pada
saat itu lalu Ali justeru memacu kudanya pergi menjauh dan menyarungkan
pedangnya semula. Ia tidak ingin membunuh lawan karena nafsu amarah. Karena
membunuh dalam peperangan adalah dalam rangka menjalankan perintah Allah
untuk menegakkan keadilan bukan melampiaskan rasa amarah. Sedangkan
kemarahan yang tidak ada alasannya, iaitu kemarahan yang tidak disebabkan oleh
adanya hambatan yang mengancam terpenuhinya keperluan yang penyebab
utamanya adalah kemarahan yang tercela.
Menurut Harvey Mackay, pakar Motivasi dari Amerika Syarikat, mujurlah, terdapat beberapa strategi yang sangat
berkesan untuk mendapatkan cengkaman kawalan pada emosi kita. Ia memerlukan
latihan demi latihan, pastikan dilakukan sama ada suka ataupun tidak. Antaranya
adalah
- Mengamalkan penjagaan diri. Menjaga fizikal kita sendiri, keperluan emosi dan mental. Seseorang yang melakukan ini secara berterusan akan lebih mampu untuk mengendalikan emosi negatif dan yang penting tidak menjadi ancaman kepada orang lain. Orang Jualan kena ceria selalu.
- Mengenal pasti apa penyebab rasa marah dan kecewa. Rasakan seperti dalam kepala kita dan di dalam badan kita. Jika ada yang terputus daripada perasaan kita, maka terdapat peluang yang terdedah lebih tinggi bahawa kita akan bertindak secara terburu-buru.
- Keluar dari keadaan tekanan dengan membawa diri berjalan-jalan. Mengambil masa yang kita perlukan (bukan sampai satu hari suntuk) untuk memproses perasaan dan emosi kita. Mungkin ia adalah cukup bagi kita untuk mengambil nafas dan mengira sehingga sepuluh mungkin juga seratus secara perlahan-lahan.
- Melepaskan perasaan kepada seseorang yang sudi untuk mendengarnya tanpa menghakimi.
- Mencari kesibukan sementara dengan aktiviti di luar tugasan kita. Melibatkan diri dalam aktiviti seperti NGO, Masjid/Surau dan persatuan-persatuan yang akan meredakan fikiran kita daripada subjek tugasan jualan yang sangat meresahkan.
- Mengambil tindakan. Berfikir mencari penyelesaian tentang bagaimana keadaan akan berubah secara positif, dan kemudian menggalakkan langkah-langkah untuk membantu menyelesaikan masalah.
- Berkomunikasi secara berkehendakkan dan berkeinginan diri kita demi perubahan kepada orang lain yang boleh membantu membuat perubahan secara realiti.
- Berfikir tentang "apa yang betul," bukan daripada apa yang salah.
Lakukanlah istighfar sebanyak yang termampu jika
emosi kita dirasakan tidak stabil dan boleh mengganggu tugasan jualan kita.
Bertenang sentiasa, bersabar dalam apa juga keadaan dan tabah selalu menghadapi
segala dugaan,cabaran dan masalah yang di hadapi. Sebaik-baik perbuatan diri
kita ini sentiasa berada dalam keadaan adanya air sembahyang. Anggaplah sesuatu
perkara itu sebagai satu ujian dari Allah SWT sama ada kita boleh menghadapinya
ataupun tidak. Fikirkan secara positif dan jangan sesekali sampai kita hilang
pertimbangan diri. Teruskan kawalan diri agar emosi yang buruk dan tidak elok
boleh di kawal dan tidak diikut sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan