Bertemu dengan prospek/pelanggan dalam sesuatu keadaan dan situasi amat
memerlukan pengawalan emosi yang terbaik.
Perlunya kawalan emosi yang terbaik adalah semata-mata bagi memastikan
prospek/pelanggan yang ditemui merasa cukup selesa dan kepercayaan kepada diri
kita. Seperti mana orang sekarang berkata “EMO kena jaga Bro….”, begitulah
betapa pentingnya untuk kita menjaga dan mengawasi emosi kita selalu terutama
sekali apabila kita berhadapan dengan orang.
Elakkan menjadi terlalu emosi tanpa sebarang kawalan. Fahami apa yang
berlaku bukannya merasai atau rasa apa yang terjadi. Kalau dibiarkan berlarutan
sudah pasti kita akan sukar untuk mendapatkan prospek/pelanggan. Bila dah payah
mendapatkan mereka sudah pasti sampai bila-bila penutupan jualan akan gagal
begitu sahaja.
Terdapat beberapa situasi yang akan menyebabkan emosi tidak begitu stabil
keadaannya. Emosi benar-benar bergantung kepada keadaan
I.
Pengalaman
Pengalaman
mengajar segala-galanya. Pengalaman adalah guru kepada kehidupan. Sekali
terkena sampai bila-bila pengalaman akan terus mengingatkan diri kita jangan
mudah percaya. Kerana itu ia nya boleh menentukan emosi seseorang sama ada
boleh bertindak berani, takut, malu dan sebagainya apabila berhadapan dengan
seseorang. Sentiasa belajar apa yang telah kita tempuhi selama ini bagi
memastikan setiap pengalaman yang diterima dan dikutip itu adalah benar-benar
guru terbaik buat diri kita sendiri.
II.
Prestasi
Apabila
prestasi dalam keadaan baik dan meningkat, emosi juga akan turut bersemangat
mengikut apa yang terjadi ada berlaku. Kegembiraan dan kesungguhan untuk
melakukannya benar-benar mempengaruhi prestasi kita. Amat berlawanan kalau kita
dalam keadaan prestasi tugasan yang sedang merudum. Jelas terpancar riak muka
kekecewaan dan kehampaan akan menjelma di sebabkan prestasi kerja yang begitu
sukar untuk dicapai. Merasakan sasaran yang diberikan ini terlalu tinggi dan
sukar untuk dicapai lebih menambah derita dan kekecewaan yang amat sangat.
III.
Keadaan kewangan
Kena lebih
berhati-hati dengan keadaan ini. Tiada siapa pun di dunia ini akan suka kalau
tiada wang. Ada wang ada kegembiraan. Ada kegembiraan emosi kita akan terkawal
dengan baiknya sama sekali. Kerana itu, jangan berhutang terlalu banyak. Hutang
ikut kemampuan, jangan suka-suka hati berhutang tak tentu hala. Bila kewangan
kita yang sepatutnya menjadi positif bertukar tangan kepada menjadi negatif sudah
tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi kerja kita. Berwaspadalah dan
jaga struktur kewangan peribadi kita sendiri
IV.
Masalah kehidupan
Jangan
dibiarkan segala masalah bersarang dalam diri kita. Punyalah baik hati
sehinggakan masalah orang lain pun kita juga yang kena fikir dan menanggung
beban masalah tersebut. Ada masalah jangan lari tapi hadapilah dia dengan
sebaik yang mungkin. Jangan kerana ada masalah terus emosi kita terganggu.
Setakat emosi terganggu tidak mengapa lagi, ini tugasan jualan habis terganggu
sama sekali. Musnah karier musnah masa depan hanya disebabkan gangguan emosi
yang tidak boleh dikawal lagi. Elakkan ia sama sekali. Cari Jalan penyelesaian
setiap kali masalah timbul agak tidak melarat pula kepada tugasan melakukan
jualan nanti
V.
Kesihatan
Jaga lah
kesihatan dengan sebaik yang mungkin. Mana yang dah ada penyakit kekal jangan
sama sekali putus makan ubat setiap hari. Yang pada badannya penyakit belum
singgah lagi kepadanya pastikan diri kita ini dibawa sentiasa untuk melakukan senaman
dan berikan badan kita pemakanan tambahan atau vitamin-vitamin yang
bersesuaian. Lebih dah sakit emosi kita akan lemah dan boleh menyebabkan
prestasi tugasan kita juga akan turut terjejas.
Kawal emosi kita dengan sebaik yang mungkin agar orang-orang di sekeliling
kita seperti ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan rakan sekerja
dapat menerima kita sebaik yang mungkin sebelum kita bertemu dan melakukan
jualan kepada prospek/pelanggan yang ditemui. Belajar untuk mengawal emosi kita
sendiri sebelum kita sibuk dengan emosi orang lain. Semua manusia tiada
kesempurnaannya tetapi ia nya bukan satu pasport kepada diri kita sendiri untuk
membiarkannya pula terjadi dengan sewenang-wenangnya. Nak mudah dapatkan
pertemuan dan penutupan jualan kena pastikan emosi kita sentiasa menunjukkan
keceriaan dan kegembiraan sentiasa di hadapan prospek/pelanggan. Yakinkan dan
beri kepercayaan kepada mereka untuk jalinan perhubungan sentiasa mudah dan
senang untuk kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan