Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 20 September 2012

SILATURRAHIM KENA JAGA



Selain dari komunikasi yang diperlukan dalam jualan, perhubungan yang baik dan rapat amat diperlukan juga. Tanpa perhubungan yang jitu sememangnya agak sukar bagi membina perhubungan seperti mana yang diharapkan. Perhubungan yang baik sesama manusia bukannya boleh dipaksa-paksa atau di suruh untuk bermesra dan bersuka-ria begitu sahaja. Mesti ada jalan dan caranya bagi merapatkan hubungan yang baik sesama insan apa tah lagi dalam bidang jualan ini. Di dalam Islam pun merapatkan silaturahim amat dituntut sama sekali.

Dalam memastikan agar perhubungan kita dengan prospek/pelanggan yang ditemui dapat dijalinkan dengan erat penuh kemesraan yang sepatutnya, beberapa langkah dan kaedah perlu untuk kita lakukan bagi memastikan perhubungan yang baik dapat dijalinkan. Jangan sama sekali mengharapkan nasib atau tuah sahaja tanpa dari diri kita dahulu untuk perbetulkannya. Antara tindakan-tindakan tersebut  adalah

i.                    Perbetulkan niat kita terlebih dahulu
Niat adalah penting. Nak buat apa sekalipun kena berniat terlebih dahulu. Macam ambil wuduk dan melakukan solat kena ada niat. Tiada niat macam mana nak di kira sebagai satu ibadah. Sama lah kita dengan prospek/pelanggan. Kena ada niat untuk membantu mereka terlebih dahulu. Bukan nak ambil kesempatan di atas kelemahan atau kekurangan mereka terlebih dahulu. Bila prospek/pelanggan menyedari yang niat kita adalah betul dan ikhlas untuk membantu mereka dengan sendirinya timbul di hati mereka untuk mempercayai dan membantu kita semula.

ii.                  Kenali diri kita dahulu
Muhasabah sentiasa. Perbaiki mana-mana yang ada pada kelemahan kita sendiri. Perbetulkan segera. Nak perbetulkan kena ada ilmu dan pengalaman di samping ada mentor bagi memberikan pendapat, teguran dan nasihat untuk diri kita sendiri. Kita bukannya sempurna dan ‘PERFECT’. Memang Allah dah jadikan kita seperti ini. Perbaiki sentiasa setiap detik dan saat. Nak buat perhubungan dengan orang lain kena perbetulkan diri kita dahulu. Hanya tingkah laku yang baik, bersopan santun dan berhemah sahaja prospek/pelanggan akan lebih percaya dari orang yang tiada mempunyai adab dan tata cara yang sewajarnya.

iii.                Kenali organisasi
Bina rasa keyakinan diri dan kepercayaan yang tinggi ke atas organisasi tempat kita bernaung dan mencari rezeki. Jangan pandang lekeh. Berkhidmat bukan setakat nak terima gaji sahaja tapi lebih dari itu. Bila dah tak yakin dengan organisasi bagaimana nak menjual produk yang hendak ditawarkan. Diri sendiri dah tak suka tempat kita kerja ini bagaimana orang lain boleh terima hujah dan presentasi kita kepada prospek/pelanggan? Semuanya membawa makna yang mendalam. Pastikan sebelum kita kenal kepada produk yang ingin ditawarkan, organisasi tempat kita bernaung dan wakili ini kena ambil tahu dan ambil berat sepatutnya.

iv.                 Tunjukkan apa yang kita perlukan dari mereka
Bila bertemu dengan prospek/pelanggan, kehadiran kita untuk membantu mereka dengan cara memberikan satu presentasi dan kefahaman yang jitu kepada mereka mengharapkan agar apa yang kita sampaikan kepada mereka difahami dengan jelas dan mudah. Tunjukkan kepada mereka tujuan sebenar kita. Apa yang kita perlukan dari mereka untuk mereka fahami pula dari mereka. Kena ceritakan dan maklumkan perkara sebenarnya. Jangan main sorok-sorok. Selagi kita tidak maklumkan selagi itulah mereka tidak akan ambil berat apa yang kita mahukan dari mereka. Selagi kita tidak membantu mereka sampai bila-bila pun mereka akan sukar untuk membantu kita semula.

v.                   Bentuk mereka agar mempercayai diri kita
Nak dapatkan kepercayaan orang kena berikan kepercayaan kita kepada prospek/pelanggan terlebih dahulu. Nak bagi orang percaya kena jaga penampilan diri. Bercakap lembut, bersopan santun dan berhemah ketika dari mula melontarkan suara kepada mereka. Bahasa badan dan mainan pergerakan mata perlu diawasi dan dijaga dengan sebaik yang mungkin. Tunjukkan yang kita sememangnya bersungguh untuk membantu dan menolong mereka. Jika semuanya dapat kita lakukan kepada prospek/pelanggan yang kita temui ini, insyaAllah dengan mudah dan senang mereka akan lebih cepat untuk mempercayai diri kita.

vi.                 Hubungan yang mendalam
Perhubungan yang baik akan memberikan perhubungan yang mendalam tanpa kita sedari. Menyempurnakan hajat seseorang akan memastikan hubungan bukan berakhir setakat tawaran diterima sahaja tetapi lebih daripada itu. Bila perhubungan yang mendalam dapat dibina sudah pasti apa yang kita perkatakan tentang produk dan nasihat kita tentang perkara-perkara yang lain akan lebih mudah diterima oleh mereka. Mengujudkan suasana yang harmoni dan disegani oleh kedua-dua pihak amat diperlukan agar hubungan yang mendalam dapat dimeterai dengan sebaik yang mungkin.

vii.               100% percaya
Jangan menipu dan berbohong. Buruk padahnya nanti. Bantu orang dan jangan sama sekali fikirkan tentang kepentingan diri sendiri mengatasi segala-galanya. Bila dah tamak dan nampak perangai buruk kita sampai bila perhubungan yang baik yang kita idamkan selama ini tidak akan berkekalan untuk selama-lamanya. Berikan perhatian sewajarnya kepada mereka 100% komitmen dahulu yang kita benar-benar bersungguh membantu mereka dengan produk yang kita tawarkan. Jangan tunjukkan kita menjual tetapi tunjukkan apa yang produk kita boleh lakukan untuk selesaikan masalah mereka. Bila kita bersungguh dan jujur apa yang kita perkatakan sudah pasti 100% kepercayaan akan terserlah akhirnya.

viii.             Saling memerlukan antara satu sama yang lain
Perhubungan yang baik mendatangkan kepercayaan yang mendalam menyebabkan satu keperluan antara satu sama yang lain. Bagi kita mengharapkan penutupan jualan dan jualan berulang boleh berlaku lagi di masa hadapan. Bagi pelanggan mereka nampak dan merasakan produk yang kita tawarkan boleh memberi manfaat dan menyelesaikan permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Kerana itu perhubungan yang baik dan mesra amat penting kerana masing-masing di kedua-dua belah pihak saling memerlukan tanpa perlu adanya paksaan dan pengaruh dari seseorang. Selagi kita ikhlas dan jujur dengan apa yang kita lakukan selagi itulah orang akan menerima kehadiran diri kita di pasaran.



Lakukan sebaik mungkin dalam membina perhubungan yang baik seperti mana yang dikehendaki. Tanpa adanya perhubungan yang baik bagaimana untuk mendapatkan jualan seperti mana yang dikehendaki. Bila telah wujudnya perhubungan yang kita mahukan, bukan setakat jualan sahaja yang kita boleh dapati, jualan bersilang dan jualan berulang dengan begitu mudah juga boleh kita lakukan. Referral daripadanya janganlah pula kita risaukan kerana dengan mudah pelanggan tersebut sudah pasti akan memberikan kepada kita jika kita mahukan. Yang penting jangan segan silu dan merasa cukup malu kepada nya untuk kita membuka mulut. Selagi tidak di minta selagi itu pelanggan pasti tidak akan mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan