Atasilah dengan sebaik mungkin. Ingat
pepatah orang Melayu ‘Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa’. Jangan
dengar apa orang kata atau mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain
perkatakan tentang diri kita.dimana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.
Teruskan sahaja. Selagi tindakan kita itu betul sudah pasti lambat laun perkara
yang kita inginkan pasti berlaku dengan betul jugak. Oleh itu jauhkanlah dan
hindarilah ia sama sekali dengan cara
i.
Fikirkan ia satu tanggungjawab dan amanah
Tugasan yang diberikan
oleh majikan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan
dilaksanakan. Tiada kompromi tapi mesti dilakukan. Merasai ia satu beban kerja
dan tugasan yang mesti dipikul seberat mana sekalipun atau seringan mana
sekalipun ia nya mesti dilaksanakan. Tiada sebarang alasan atau sebab untuk
diberikan. Melakukannya secara jujur dan ikhlas mengikut prosedur dan garis
panduan yang diberikan perlu dipatuhi. Jangan tunjuk handal dan pandai kerana
dikhuatiri nanti pada suatu hari nanti apa yang kita lakukan perkara tersebut
adalah salah dan tidak betul sama sekali.
ii.
Fikirkan karier dan masa hadapan
Inilah periuk
nasi kita. Asyik takut orang lain yang menabur pasir dalam periuk nasi
rupa-rupannya kita sendiri yang melakukannya. Elakkan ia. Perbaiki nawaitu dan
yang pasti tiada jalan pintas dan cepat untuk mendaki jalan kejayaan dengan
begitu mudah dan senang sama sekali. Berazamlah untuk melakukan dengan
bersungguh-sungguh dan tabah sentiasa untuk menghadapi segala rintangan, dugaan
dan cabaran dengan hati yang terbuka. Insya-Allah, Allah akan sentiasa membantu
orang-orang yang sentiasa jujur dalam tindakannya sentiasa.
iii.
Lebih bekerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri
Lebih baik
bekerjasama dengan bantu-membantu sesama rakan setugas dari bekerja dan
bertugas secara berseorangan. Melakukan jualan adalah lebih terserlah jika
dilakukan dengan cara secara berkumpulan dari berseorangan. Hindari diri dari
tamak dan pentingkan diri sendiri kerana peluang akan lebih banyak terhidang
dan terbuka jika kita bergerak dalam satu kumpulan. Kerana itulah kita amat
dituntut melakukan solat berjemaah dari solat berseorangan diri.
iv.
Kita adalah orang Islam
Orang Islam amat di cegah melakukan penipuan dan pembohongan kepada siapa
juga yang kita temui dan berkawan. Islam tidak menggalakkan kita menjadi
seorang yang menipu dan berbohong hanya semata-mata untuk kepentingan diri kita
sendiri. Elakkan ia supaya tidak sama sekali menjadi sebagai darah daging kita
sendiri. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari
kalangan ku” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
Fikirlah dahulu sebelum melakukan
apa-apa tindakan yang sebenarnya. Jangan kerana inginkan kejayaan yang singkat
dan cepat kita melakukannya dengan tidak berfikir panjang. Elakkan dari
mendapat malu hanya kerana kita seorang yang suka menipu dan berbohong. Mulut
orang bukan boleh ditutup dan ia nya boleh tersebar dengan cepat dan segeranya
tanpa kita sedari. Bila orang dah tak percayakan diri kita hanya kerana kita
suka menipu dan berbohong, bagaimana kita hendak lakukan jualan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan