Bertemu dengan prospek/pelanggan didalam
temujanji yang telah ditetapkan sudah pasti presentasi perlu diberikan. Sesi
penerangan dan memberitahu apa yang sepatutnya adalah satu kemestian. Kalau
tidak diberitahu macam mana mereka nak tahu apa tah lagi nak faham apa yang
ingin kita tawarkan kepada mereka. Nak berikan presentasi perlukan kemahiran
bukan setakat nak bagi mereka faham sahaja tetapi bagaimana untuk mendesak hati
dan sanubari mereka untuk pada waktu akhirnya akan menerima apa yang kita
tawarkan kepada mereka.
Begitu juga kalau melakukan ceramah. Ceramah adalah gabungan dari CERITA RAMAH.
Kena bagi yang ramah dan mesra semasa melakukan presentasi. Elok dijangka
ceramah bertukar pula jadi cemarah (cerita marah) eloklah dielakkan sama
sekali. Ada peluang untuk dapatkan jualan yang disasarkan terus menjadi hilang
begitu sahaja. Kita juga yang rugi menanggungnya. Berhati-hati dalam memberikan
presentasi apabila melakukan ceramah di hadapan orang ramai.
Lakukan dengan sepenuh hati. Persiapan dari awal
perlu ada. Latihan jangan dilupakan. Mana yang kita ketahui ada
kesalahan-kesalahan yang di lakukan jangan sama sekali diulangi. Fokus
sepenuhnya. Jangan fikirkan komisen atau pendapatan tambahan yang bakal kita
perolehi dahulu tetapi fikirkan sebaik-baiknya bagaimana kita boleh dan dapat
membantu mereka yang berada dihadapan kita.
Antara asas-asas presentasi yang perlu kita
lakukan adalah
i.
Logik
Beri penerangan pastikan jangan sampai mereka begitu
berserabut dengan apa yang diberikan. Nampak mukanya macam blurr sahaja tanyakan kepada mereka sama ada mereka faham ataupun
tidak. Jangan teruskan dahulu sehingga kita dapat pengesahan yang kita
terangkan kepada mereka telah difahami. Selalukan beri penerangan secara logik
akal, yang mudah untuk difahami dan jangan beri penerangan yang terlalu lengkap
dan teknikal. Beri yang mudah mereka faham dan terima yang apa kita sampaikan.
ii.
Fakta
Bila bermain dengan angka, tunjukkan dan beri mereka
faham apa yang kita kirakan dihadapan mereka. Jangan main syok sendiri kita
sahaja yang faham. Itu bukan membantu prospek/pelanggan namanya. Berikan secara
berfakta supaya mereka mudah lagi nak faham. Selalunya perkara-perkara yang
melibatkan fakta semuanya ketahui ia nya bukan perkara yang main-main dan boleh
ditipu begitu sahaja. Kena yakin dengan apa yang dipersembahkan barulah mereka
akan yakin dengan diri kita.
iii.
Jelas
Ini yang sepatutnya. Berikan penerangannya sejelas yang
boleh dan ringkas. Bukan mengajar tapi menjual. Menjualpun kena ada sedikit
kemahiran seperti seorang guru bila beri penerangan, seorang doktor apabila
memberikan nasihat dan seorang arkitek apabila merangka apa yang
prospek/pelanggan mahukan. Pastikan setiap apa yang dipertuturkan cukup jelas
dan mudah difahami. Semakin mereka memahami apa yang kita perkatakan lebih
mudah lagi dan terbuka lebih besar lagi peluang kita untuk mendapatkan
penutupan jualan sepertimana yang dikehendaki.
iv.
Manfaat
Apa yang hebatnya tentang produk yang ditawarkan. Apa
yang boleh dirangsang di pemikiran mereka tentang kehebatan dan kelebihan
produk yang ada. Prospek/pelanggan semestinya mahu mengetahui yang ini bukannya
tentang ciri-ciri produk. Tarik hatinya untuk ketahui dan ambil berat tentang
segala yang ada dalam produk tersebut agar apabila ia telah di fahami maka
cukup mudah untuk membantu mereka menerima tawaran dari kita.
Ingat apa yang telah dimaklumkan. Pengalaman
tidak dapat dikutip selagi kita gagal melakukannya yang terbaik. Selagi tidak
peroleh penutupan jualan selagi itulah tiada sumber peransang penaik semangat
untuk bertindak selanjutnya. Kalau perkara asas ini gagal kita kuasai bagaimana
pula kita nak kuasai perkara-perkara yang lebih hebat lagi. Pastikan semasa
presentasi dan sesi penerangan diberikan, kefahaman prospek/pelanggan keatas
produk yang ditawarkan itu adalah penting bagi mengerakkan hati dan perasaan
mereka mahu kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan