Dalam usaha mencari dan menambah penutupan
jualan, antara strategi paling baik digunakan adalah menggunakan item-item
promosi bagi menarik lebih ramai lagi untuk berurusan dengan kita. Kadang-kadang
hanya kerana sebatang pen, gelas plastik atau penanda buku sahaja cukup memadai
diberikan sebagai sebuah cenderamata kepada pelanggan. bagi pelanggan ia nya
cukup dihargai sebagai
i.
Tanda kenangan
daripada kita
ii.
Sebagai pengesahan
yang mereka adalah pelanggan kita
iii.
Sebagai pelanggan
mereka hendak untung jangan rugi walaupun mendapat hadiah yang tidak seberapa
iv.
Buah tangan sebagai
bekalan apabila mereka balik nanti
v.
Tanda kepuasan hati
kita terhadap mereka
Walaupun begitu, apakah tindakan kita bagi
mendapatkan produk-produk yang bersesuaian dengan cenderamata yang ingin kita
berikan. Cukup kah sekadar pen setiap masa atau bertukar barangan selalu
apabila setiap kali promosi atau pembukaan kaunter dilakukan? Kena tentukan
dengan segera dan betul. Antara faktor-faktor yang menentukan perkara ini
adalah
i.
Bajet
Faktor paling utama. Tak guna bagi cadangan hebat kalau
bajet nya sedikit ataupun tiada. Kena periksa terlebih dahulu. Kena tahu ada
bajet ataupun tidak. Berbuih-buih mulut keluarkan cadangan yang pelbagai dan
menarik tetapi semuanya sukar untuk dilakukan hanya kerana kesempitan atau
kekurangan bajet. Kebiasaannya tenaga kakitangan jualan yang berjaya akan
sanggup mengeluarkan duit dari wang sakunya sendiri bagi memastikan pelanggan
yang beliau dapat tidak lari ke tempat lain.
ii.
Sasaran pasaran
Nak bagi cenderamata pun kena tengok dahulu sasaran
pasarannya terlebih dahulu. Siapa pelanggan kita, apa yang dimahukan, kawasan
mana bakal pelanggan berada dengan ramainya dan sebagainya. Semuanya perlu
diketahui agar mudah mendapatkan barangan seperti mana yang di mahukan. Jangan
main ambil sahaja item-item promosi ini tanpa ketahui sasaran pelanggan.
Ditakuti nanti tersilap item atau barangan akan memenuhi bilik stor sahaja.
iii.
Menarik tapi jangan
terlalu murah
Adat nak bagi pada orang biarlah ada kualitinya sedikit.
Jangan sama sekali tengok barangan tersebut murah sakan habis kita borong
produk tersebut. bila diberi kepada orang, belum lagi pelanggan tersebut
beredar didapati ianya telah rosak atau pecah dua dan sebagainya.ini semuanya
akan melibatkan imej kita. Berhati-hati dan elakkan dari menjadi orang yang
terlalu mengira kos yang akan dikeluarkan nanti. Seimbangkan dengan kehendak
pengurusan dan permintaan pelanggan yang ingin berurusan dengan kita.
iv.
Kemudahan kita
Punya lah ghairah kita nak bagi dekat pelanggan langsung
tidak kita fikirkan bagaimana rupa hadiahnya sama ada ia nya mudah diberi atau
tidak kepada mereka. Kalau setakat payung kira mudah lagi untuk di bawa atau
diberikan kalau seperti kipas angin dan seumpamanya itu bagaimana? Biarlah ia
berbaloi untuk semua pihak sama ada mudah untuk memberi ataupun untuk
menerimanya
v.
Sikap penerima
Sentiasa melihat reaksi pelanggan semasa menerima
cenderamata daripada kita. Adakah mereka bergembira ataupun tidak. Bagaimana
tanggapan mereka menerima cenderamata tersebut. apakah cenderamata tersebut
memadai buat mereka ataupun tidak. Perhatikan agar di masa hadapan
sekurang-kurangnya kita tahu item atau barangan apa pula yang sesuai untuk
diberikan pula kepada pelanggan yang lain ataupun sama.
Pilihlah item yang sewajarnya kalau inginkan
melakukan promosi. Sebagai contoh di awal tahun mungkin boleh diberi beg pencil
atau peralatan sekolah, musim perayaan hari raya, sampul ang pow atau buah
kurma, hujung tahun kalendar dan diari tahun baru. Semuanya kena ambil tahu dan
jangan sama sekali item yang kita berikan itu langsung tiada relevan dengan apa
yang berlaku di sekeliling. Kepekaan kena ada, sensitiviti perlu dijaga dan
keprihatinan diawasi sentiasa. Barulah boleh ketahui sama ada item atau produk
yang hendak diberikan itu adakah sesuai ataupun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan