Paling mencabar keadaan dalam melakukan jualan adalah apabila kita
senang-senang dikritik orang. Macam-macam orang perkatakan. Tak reti bersembang
nak cuba menjuallah, jalan sengetlah, pakaian yang di pakai tidak berapa
menariklah dan pelbagai lagi reaksi orang lain kepada kita. Bila ada orang yang
mengkritik mengakibatkan diri kita ini terlalu mudah rasa tersinggung, memendam
rasa, kecewa dan yang paling menyedihkan merasakan kritikan seseorang tersebut
ke atas kita adalah untuk menjatuhkan maruah kita di hadapan orang lain.
Kritikan sama ada kita suka ataupun tidak, sama ada untuk perbetulkan diri
atau maruah kita sememangnya akan mudah memberikan kita rasa tersinggung dan
merasa kekecewaan sedikit walaupun kita ketahui yang memberikan kritikan
tersebut adalah begitu baik sekali
pandangan dan nasihat yang diberikan terhadap kita, mungkin kaedah atau caranya
mengkritik tidak kena caranya pada kita. Berlakunya ke tidak selesanya menerima
kritikan ini adalah kerana di sebabkan olahan kritikan yang diberikan adalah
berpandukan kepada “cara mereka” dan bukannya mereka mengkritik kita mengikut
“apa yang bersesuaian dengan kita” sahaja.
Kadang-kadang perkara yang menyakitkan hati kita itulah satu ubat yang
perlu kita pergunakan semula. Mungkin ada hikmatnya, ada sebabnya demi
kebaikan, membetulkan mana-mana yang salah dan tidak betul akan apa yang kita
lakukan dan yang paling penting mungkin ada kebenarannya. Perbaiki semula diri
kita dan jangan mudah sama sekali merasa begitu DOWN apabila dikritik. Tindakan
yang perlu di lakukan adalah
i.
Berfikir secara positif
Jangan
fikir yang bukan-bukan dan negatif. Setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmat,
ada sebabnya. Belajar katakan pada diri kita sendiri setiap apa yang di kritik
adalah demi kebaikan untuk diri kita sendiri yang perlu dilakukan dengan sabar
dan bijaksana. Sudah pasti orang yang mengkritik kita itu semestinya mahu
melihat kebaikan yang sepatutnya hadir dalam diri kita dan mengharapkan agar
kita akan mudah untuk berubah bersamanya
ii.
Tahu antara responsif dengan reaktif
Responsif
adalah satu keadaan di mana kita begitu mudah mengatakan sesuatu tindak balas
kepada mereka secara berhemah dan berbudi bahasa. Responsif akan menjadikan
seseorang berfikir ke arah yang lebih baik, memberikan input yang lebih positif
dan yakin akan apa yang diperkatakan. Contoh, apabila menerima kritikan pasti
akan berkata kepada hati, syukur Alhamdulillah ada juga insan yang sudi
memberikan pandangan yang jelas dan jujur demi kebaikan diri saya sendiri.
Tidak mengapa saya akan merubahnya secepat yang mungkin.”
Manakala
reaktif adalah satu keadaan yang hanya memendam perasaan dalam hati menunjukkan
ketidakpuasan hati. Tidak ada kemampuan untuk berubah dan masih merasakan apa
yang dilakukan selama ini adalah betul dan benar. Contoh, apabila menerima
kritikan sudah pasti akan mengatakan”pandai-pandai sahaja nak kritik orang, dia
tu perfect sangatlah ke?, tak sedar diri ada hati nak tegur orang”
iii.
Berazam melakukan yang terbaik
Bersyukur ke
hadrat Allah. Kita akhirnya tahu apa yang telah orang kritikan kepada kita
adalah betul dan benar. Berazam untuk perbetulkan diri dengan secepat mungkin
dan cuba jangan diulangi lagi di masa hadapan. Sememangnya cukup sukar untuk
berubah tapi kalau ia nya ke jalan yang betul dan benar tiada apa salahnya.
Jangan mudah apabila menganggap kritikan dari seseorang baik dari bos atau dari prospek/pelanggan ataupun dari rakan sekerja kita anggaplah ia
nya satu perkara yang positif yang boleh membina semula karier kita. Jangan
terlalu fikirkan, orang yang menegur kita itu macam dah terlalu pandai sangat
tetapi ambillah iktibar dan pengajaran daripadanya. Insya-Allah setiap
perbuatan yang baik sudah pasti ganjarannya adalah lebih Allah SWT berikan
kemudian hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan