Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 17 September 2012

Tak perlu adanya perundingan



Negotiation only has to occur when the customer does not see the full value of the product or service offering you’re making” Mark Hunter.

Ini pernyataan yang telah di nyatakan oleh saudara Mark Hunter tentang perundingan tidak perlu untuk dibuat ketika proses jualan sedang dilaksanakan. Tidak perlu membuang masa. Nak cerita apa lagi? Semuanya ada di persembahkan semasa presentasi dilakukan. Beri kefahaman sewajarnya, agar prospek/pelanggan benar-benar faham dan mengerti apa yang ingin kita sampaikan dan mahukan. Tarik hati dan perhatian mereka dengan presentasi yang memberikan mereka kefahaman yang sebenarnya membantu untuk selesaikan segala permasalahan mereka menerusi produk yang kita tawarkan.

Kadang-kadang, perundingan yang tidak kita mahukan adakan terpaksa terjadi juga di luar dari kemampuan kita. Tolaklah macam mana pun kalau prospek/pelanggan tetap mahukan juga terpaksalah kita hadapi dengan  tabah dan sabar sentiasa. Antara yang berlaku adalah disebabkan oleh kerana prospek/pelanggan

i.                     mencuba untuk dapatkan harga paling murah pernah ditawarkan

ii.                   beria-ia untuk mendapatkan sebarang cenderamata atau hadiah kepada mereka

iii.                  merasakan diri mereka adalah orang penting yang perlu diberi layanan istimewa

iv.                 ingin mengenali diri kita dengan lebih rapat lagi

v.                   mengetahui lebih lanjut terutamanya apa kelebihan yang ada jika dibandingkan dengan pesaing tawarkan

vi.                 sememangnya jenis orang yang payah dan sukar untuk fahami dengan segera

vii.                menguji kesabaran kita

viii.              kebetulan mereka mempunyai banyak masa terluang bersama dengan kita



Bukan semua yang kita hadapi dengan prospek/pelanggan yang indah-indah sahaja. Kadang-kadang akan dilalui juga beberapa kesukaran yang terpaksa ditempuh tanpa rela hati. Jangan mudah melatah dan melenting. Bersabar sahaja dan anggap itu semuanya adalah dugaan dari Allah SWT. Apabila kita benar-benar fahami yang ia nya satu ujian dari Allah SWT, sudah pasti segala apa juga dugaan dan cabaran yang lebih memberikan kepada kita ketabahan dan kesabaran untuk kita menempuhnya tidak kira siapa yang kita temui dan bagaimana perundingan itu berlaku dan terjadi. Tiada siapa pun boleh menghalang apa juga yang kita lakukan asalkan ia nya dilakukan secara jujur dan benar kepada prospek/pelanggan tersebut. Hasilnya pasti berakhir seperti mana yang kita mahukan.

1 ulasan: