Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 13 September 2012

Kena tahu aktiviti paling menguntungkan



Antara perkara yang perlu dilakukan dalam jualan adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Kadang-kadang kerana terlalu tertekan ataupun tekanan kerja yang diberikan oleh pihak atasan akan membuatkan kita hilang pedoman dan merasakan serba tak kena dan menjadi apa yang dilakukan walaupun tindakan yang di ambil dengan segera dan secepat yang mungkin. Main hentam kromo sahaja. Tak fikir apa yang nak dan dah jadi, janji lakukan sahaja aktiviti yang sepatutnya asalkan hasil boleh didapati tidak kiralah sama ada leads (perujuk) atau terus mendapatkan penutupan jualan.

Fikirkan dulu. Mana satu aktiviti yang boleh memberikan pulangan yang tinggi dan yang mana satu aktiviti yang dirasakan memberikan pula pulangan yang rendah. Kena tahu bezakan. Jangan main hentam saja. Nak buat fikir betul-betul. Carilah aktiviti jualan yang boleh memberikan pulangan yang banyak dan cepat kepada kita mendapatkan penutupan jualan. Kenal pasti segera dan sebaik-baiknya lakukan dari apa yang telah kita lalui melalui pengalaman kita sendiri ataupun dari pengalaman dari orang yang berjaya.

Ada dua jenis aktiviti yang perlu di fahami

i.                    Memberikan pulangan yang tinggi

Ketahui ia nya sangat penting dan perlu dilakukan secara konsisten dan ketekalan tanpa henti. Contoh terbaik aktiviti yang memberikan pulangan tinggi adalah seperti melakukan panggilan ‘COLD CALL’ tetapkan temu janji, edaran flyers, membuka booth ataupun taklimat. Aktiviti-aktiviti seperti inilah sepatutnya perlu diisikan dengan penuhnya dalam jadual kalendar diari jualan kita. Kalau ini yang kita lakukan sudah pasti tidak akan berlaku kekeringan prospek/pelanggan yang kita ingin sasarkan.

ii.                  Memberikan pulangan yang rendah

Kurang pentingnya tapi suka atau tidak kita kena lakukan juga. Walaupun berkemungkinan memberikan pulangan yang agak rendah tapi ia nya tidak mustahil untuk mendapatkan prospek/pelanggan. Antara aktiviti yang memberikan pulangan rendah adalah seperti penghantaran e-mel, faks ataupun surat jemputan atau promosi kepada bakal pelanggan/pelanggan. Kena tetapkan juga dalam diari aktiviti kita untuk dimasukkan sekali. Mana tahu mungkin hasil dari perkara seperti ini boleh mengakibatkan kita menerima hasil yang tidak di sangka-sangka.

Kenal pasti dahulu. Tentukan segera, jangan di tangguhkan lagi. Pilih yang mana mudah mendapatkan prospek/pelanggan. Ingat, penutupan jualan matlamat utama. KPI kena tahu agar sasaran yang diberikan dapat dicapai dari awal lagi dan tidak sama sekali menunggu di saat akhir baru terhegeh-hegeh nak capai atau lakukan. Bila nak tercapai lagi itu yang buat kita mudah menjadi tension, kerja kelam kabut dan asyik mengharapkan tuah sahaja. Elakkan sama sekali. Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa merancang dahulu dan buat apa yang telah beliau rancang kan agar ia nya menjadi satu realiti. Usaha secara konsisten dan bersungguh adalah kunci segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan