Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 29 Jun 2012

Lakukan dengan KOMITED


Komited dalam Kamus Dewan membawa pengertian kepada mempunyai atau menunjukkan ko­mitmen (terhadap sesuatu) atas usaha dan tanggungjawab yang diberikan dan di percayai. Jelas disini apabila seseorang yang melakukan jualan sudah pasti amat diperlukan agar kita sentiasa komited dalam melakukan tugasan yang diamanahakan dan diberikan tanggungjawab yang sepenuhnya. Sama sekali tidak dipermainkan atapatah lagi untuk memungkirinya pula.

Komited dalam mendapatkan jualan. Komited dalam memberikan penghasilan penutupan jualan membawa pelanggan-pelanggan yang berkualiti kepada organisasi. Komited menentukan sasaran yang diberikan dapat dicapai dengan sempurnanya tanpa berbelah bagi. Komited melakukannya tanpa perlu dipaksa dan di beri kata dua oleh pihak pengurusan. Komited kepada amanah dan komited bukan setakat menjaga nama sendiri tetapi juga menjaga nama baik organisasi yang di wakili.

Oleh itu, dalam memastikan kita sentiasa dalam keadaan komited pada tugasan perkara-perkara sebegini jangan di amalkan iaitu

i.                     Melakukan hanya sebagai satu tanggung jawab sahaja
Sememangnya menjadi satu tanggung jawab buat kita untuk menunaikannya. Tidak seperti melepaskan batuk ditangga. Bukan paksaan kerana kita sendiri yang memilih bidang ini untuk kita ceburi. Tiada sesiapa yang mengajak masuk secara percuma dan suka-suka hati sahaja melainkan kita telah menghadiri satu sesi temu duga yang terpaksa kita lalui dahulu. Kalau kita benar-benar merasakan ianya satu tanggung jawab yang perlu di pikul dan di laksanakan, tunggu apa lagi lakukan dengan segera. Tunjukkan kita begitu komited dengan apa yang kita lakukan.

ii.                   Takut kena marah
Kalau kita begitu komited dengan tugasan kita. Tidak perlu ditakuti untuk dimarahi apatah lagi di hemburi dengan kata-kata nista yang menyakitkan hati apabila kita gagal melakukan jualan. Memang tiada siapapun yang mahukan kegagalan tapi kalau kegagalan itu datangnya dari diri kita sendiri adakah kejayaan boleh menjelma begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Melakukan jualan bukannya umpama mengosok teko megeluarkan si Jin yang boleh mengabulkan tiga permintaan kita. Takkan dalam karier pun cerita donggeng perlu di jadikan sebagai satu sandaran dan rujukan.

iii.                  Dah kena buat
Sememangnya menjadi urusan kita untuk melakukan jualan. Karier jualan semenangnya penuh cabaran dan dugaan. Kalau bukan kita siapa lagi? Memang kena buat. Kita dah setuju terima syarat-syarat menjadi kakitangan jualan, kena tunggu apa lagi teruskan sahaja usaha kita. Lakukan dengan penuh iltizam dan konsisten dalam melakukannya. Jangan beri pelbagai dan sebarang alasan, dah kena buat tapi beri macam-macam masaalah sehingga kita lupa tanggung jawab sebenar kita melakukan jualan. Tiada segan taida malu tapi teruskan usaha sehingga kejayaan yang di ingini dapat diperolehi juga.

Perkataan paing sesuai dalam memberikan komited kita kepada jualan adalah KETABAHAN. Tabah dalam mengharungi segala dugaan, cabaran dan dugaan yang di hadapi agar segala permasalahan dan kesukaran yang kita tempuhi dapat di hadapi dengan tenang dan sabar. Itulah peranan penting dalam menuju kejayaan. Tiada siapa yang inginkan kegagalan. Komited untuk melakukannya pasti hasil yang di ingini sudah pasti menjelma juga akhirnya. Percaya pada diri sendiri yang kita pasti boleh melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud ‘Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang yang mengkhianati diri mu’ (Hadis di riwayatkan oleh Abu Daud)




Read more >>

Khamis, 28 Jun 2012

Usahakan yang besar amaunnya


Mendapatkan keputusan akhir dengan penutupan jualan sememangnya amat menyeronokkan dan membanggakan tindakan buat kita. Segala penat lelah terbalas akhirnya apabila pelanggan bersetuju untuk menerima tawaran yang telah kita tawarkan kepadanya. Sudah pasti bukan setakat kita sahaja yang bergembira tetapi juga pihak pengurusan ataupun pengeluar tidak akan bertanya dengan banyak lagi.

Tapi adakah ianya amat memadai dan berbaloi buat kita? Adakah dengan jumlah jualan yang kecil amaunnya sudah di kira memadai? Agak memenatkan. Kerja yang sama tapi sasaran untuk mendapatkan jumlah amaun yang besar gagal pula kita perolehi. Berbaloi atau tidakkah akan tugasan kita kali ini? Kenapa amaun pula yang perlu di ambil kira sedangkan jualan telahpun kita lakukan dan laksanakan sama sekali.

Mungkin perkara-perkara berikut perlu kita fikirkan bersama

i.                    Bukan setakat bilangan sahaja
Amaun yang besar ke atau amaun yang kecil ke kerjanya sama sahaja. Alang-alang melakukan kerja biasakan diri lakukan dengan menangkap amaun pembelian yang besar-besar sebesar yang boleh. Penat kalau macam ini kalau dapat amaun yang sedikit yang asyik kecil-kecil sahaja amaunnya. Walaupun dah menjadi satu tabiat dan amalan kita boleh mendapatkan penutupan jualan tapi kalau setakat amaunnya kecil bagaimana? Fikirkan tindakan kita yang sewajarnya. Jualan adalah satu permainan angka.

ii.                  Memenatkan
Pada sesiapapun yang di temui pasti penerangan dan presentasi yang dilakukan tetap sama sahaja. Namun hasilnya bagaimana? Kena tenguk berapa banyak amaunnya juga jangan asyik fikir penutupan jualan sahaja yang diterima. Dah melakukannya kena pastikan juga amuannya biar turut sama besarnya juga sepenat dengan apa yang telah kita lakukan. Biar amaun yang kita dapat nanti dapat sebesar yang boleh sehebat tenaga dan masa yang telah kita curahkan dan luangkan kepada mereka.

iii.                Kena ada ‘WORK SMART’
Setakat ‘WORK HARD’ tidak di susuli dengan ‘WORK SMART’ mana cukup. Kedau-duanya kena ada. WORK HARD bagaimana mendapatkan sasaran pelanggan dan menarik minat mereka manakala WORK SMART dalam memberikan penerangan dan mencuit hati serta perasaan mereka mendapatkan lagi amaun yang semaksima yang boleh bersesuaian dan berkelayakan maksima mengikut prosidur untuk kita lakukan. 

iv.                 Tarik minat
Bukan tarik perhatian sahaja tapi dapatkan minatnya selesaikan permasalahan yang dihadapinya agar pelanggan nampak yang kita menawarkan kepadanya satu solusi membantu selesaikan masalah yang di hadapinya. Tunjukkan dan lakukan  produk yang di tawarkan memang cukup relevan padanya. Kena kreatif. Bukan paksaan dan tidak perlu merayu. Kebenaran dalam memberikan fakta sudah memadai. Tarik kemahuan dan keperluannya agar menumpukan perhatian sewajarnya. Dua dalam satu. Penyelesaian membantu masalah mereka dan keberkatan dari Allah SWT. Itu senjata kita yang perlu di pergunakan.

v.                   Biar lebat komisen dan pulangannya
Satu produk dapat jual sehari cukup berbeza rasanya dengan 5 produk sehari pendapatan yang di terima. Lakukan semaksima yang termampu dapatkan seorang pelanggan tapi menerima tawaran tiga atau empat produk yang lain ditawarkan sama sekali. Semakin banyak produk berjaya di jual bermakna semakin bertambah pendapatan kita. Tak tergugat iman di buatnya! Sentiasa kira komisen kita agar kita tahu berapa banyak komisen yang boleh kita perolehi dan di mana kedudukan sebenar kita. Kalau rakan seperjuangan kita yang lain boleh banyak dapatkan komisen, apa lagi kekurangan yang ada pada kita. Tak perlu buat ‘MEDICAL CHECK UP’ pada doktor perubatan. Cukup hanya lakukan Muhasabah di mana silap dan salahnya pada diri kita. Perjuangan bukan setakat mengejar sasaran tapi perjuangan sebenar dalam jualan adalah perolehi komisen setinggi yang boleh dan semaksima yang termampu. Bukankah telah di perkatakan jualan adalah satu permainan angka! Lakukan sebaik mungkin.

Kerana itu kita di saran agar sentiasa mencari ‘AMAUN YANG BESAR’. Cari amaun harga produk yang besar-besar dan PERATUSAN pulangan komisen yang tinggi kepada kita bagi seseorang pelanggan yang kita temui. Pujuk pelanggan lakukan pembelian demi pembelian berdasarkan produk-produk yang bersesuaian. Kerana itu kita di saran memberikan penerangan yang betul, memujuk secara profesional dan mempengaruhi keputusannya memaksimakan kemahuan dan kehendaknya pada produk organisasi yang kita wakili. Teruskan usaha lakukan tanpa gagal dapatkan amaun komisen dan perolehan yang besar-besar sebesar impian dan idaman kita.




Read more >>

Rabu, 27 Jun 2012

MENGHADAPI KRITIKAN


Semasa kita berdepan dan bertentangan mata menghadapi prospek/pelanggan, tidak dinafikan lagi situasi berhadapan dengan satu kritikan yang pedas dan melemahkan lagi semangat kita untuk menjual pasti kita tempuhi juga. Berdesing telinga dibuatnya menyirap darah dirasakan apabila mendengarnya tapi apakan daya apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan kesabaran dan ketenangan kita merupakan satu faktor paling penting untuk kita hadapinya. Tenteramkan dahulu suasana yang dihadapi tetapi jangan sama sekali kita pula yang melenting yang bukan-bukan walaupun kita merasakan apa yang diucapkan itu adalah salah dan tidak benar sama sekali.

Tidak dinafikan ia nya adalah hak setiap individu untuk mengkritik tetapi kadang-kadang orang yang mengkritik tersebut tidak memikirkan tentang hati dan perasaan seseorang apabila ia nya dikritik dengan teruk sekali. Apa yang penting mereka merasakan apa yang dikritik itu adalah betul dan ada kebenarannya menurut pada pandangan peribadi mereka. Inilah tugasan kita untuk perbetulkan semula apa yang dikritik oleh prospek/pelanggan yang kita hadapi.  Antara tindakan-tindakan yang sepatutnya kita ambil adalah

i.                    Bersabar dan jangan terlalu cepat melenting
Bawa bertenang dahulu dan jangan sama sekali mudah melenting dan menunjukkan ke tidak puasan hati. 

Firman Allah bermaksud “Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaran mu itu.” (Surah Ali Imran Ayat 200). Apabila kita bersabar bermakna kita masih dapat mengawal situasi yang dihadapi dan tunjukkan ketenangan kita di hadapan prospek/pelanggan yang ditemui.

ii.                  Terima kebenarannya terlebih dahulu
Walaupun tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan, bertenang dahulu dan jangan sama sekali mudah melatah dan bertikam lidah pula. Sentiasa kena ingat, orang yang tahu tentang produk yang ditawarkan sebenarnya adalah kita sendiri dan bukan sama sekali mereka. ‘Ya’ kan sahaja dahulu supaya prospek/pelanggan tersebut merasa begitu puas dan selesa apa yang diperkatakannya. Jangan pula mencelah kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

iii.                Pertahankan dan nyatakan sebabnya
Temui masa yang bersesuaian apabila keadaan telah reda. Tunjukkan kebenarannya melalui perkara-perkara yang berfakta ataupun testimonial pelanggan yang gembira dengan produk kita. Perbaiki keadaan dengan ucapan yang penuh dengan berhemah dan lemah lembut agar situasi yang dihadapi prospek/pelanggan yang mengkritik tersebut sudah mula boleh menerima kehadiran diri kita. Selagi kita turut kecoh selagi itu keadaan tidak dapat diselamatkan. 

Jangan sama sekali berdolak dalih ataupun memberikan satu auta kepada prospek/pelanggan tersebut untuk menyedapkan hati mereka bagi tujuan melenyapkan kritikan yang dihadapi. Mungkin ada kebenarannya. Yang penting kita sedia untuk mendengarnya dahulu dan menghadapinya sebaik mungkin. Menghadapi kritikan ini baik daripada menghadapi prospek/pelanggan yang panas baran kerana apabila seseorang yang kita hadapi ini mengkritik sekurang-kurangnya kita tahu yang orang yang kita temui ini telah tahu tentang produk kita hanya menunggukan sahaja waktu yang bersesuaian untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Yang penting jangan sama sekali bertindak putus asa dan kecewa yang amat sangat apabila menghadapi situasi yang begini.

Daripada Anas ra beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “Bantulah saudara mu, sama ada dia itu menzalimi atau dizalimi.” (Seorang sahabat) bertanya, “seorang lelaki itu wahai Utusan Allah, aku membantunya jika dia dizalimi. Bagaimana pula boleh seorang yang menzalimi itu aku membantunya?” Baginda Rasulullah SAW menjawab, “Engkau menyekat atau menghalangnya daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya demikian itu adalah bantuan untuknya” [Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari]




Read more >>

Selasa, 26 Jun 2012

Pelaburan Peribadi Jangan di sisihkan


Sebut sahaja pelaburan pasti semua kita akan menyangka kan satu pelaburan yang boleh mendatangkan dan menghasilkan pendapatan lumayan dan banyak kepada kita. Sememangnya kita amat disarankan agar segala pendapatan yang kita terima dan perolehi sebahagian kecil atau besar amat diperlukan bagi melakukan pelaburan baik untuk satu jangka masa panjang atau pendek. Tidak kiralah samada membeli aset tetap seperti rumah kediaman ataupun rumah kedai mahupun pelaburan dalam Amanah Saham yang kita kehendaki. Yang penting asalkan ianya memberikan pulangan yang baik itu sudah dikira cukup berbaloi. Asyik kita sahaja yang bekerja keras rasanya bilalah duit pendapatan yang kita perolehi pula yang bekerja dan berbakti untuk kita pula.

Walaupun begitu, jangan sama sekali kita lupakan satu lagi pelaburan yang perlu kita lakukan iaitu pelaburan pada diri kita sendiri. Sudah kah kita semua melakukannya? Rasanya belum terlewat lagi untuk kita lakukan. Bagi sesiapa yang telah melakukannya, syukur alhamdulillah. Apa yang dimaksudkan dengan pelaburan untuk diri kita sendiri adalah pelaburan dalam

i.                    Perhubungan
Jalinan persahabatan dan berkawan dengan semua orang yang kita temui baik prospek mahupun pelanggan. Tidak satu pun dikecualikan. Samada dijemput menghadiri kenduri ataupun kita mengadakan kenduri ini semuanya akan merapatkan lagi silaturahim sesama insan. Berkongsi pengalaman bertukar-tukar idea dan pandangan agar lebih mudah lagi interaksi kita melakukan jualan. Labur masa kita demi merapatkan lagi hubungan kemanusiaan. Pergunakan luangan masa kita bersama mereka sedikit sebanyak dapat juga mengetahui perkembangan semasa, pasaran sekarang, kehidupan mereka dan minat apa yang mereka seronok lakukan. Ini semua boleh digunakan kemudian hari ketika kita melakukan jualan. Firman Allah SWT bermaksud “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.” (Surah An Nisa Ayat 114)

ii.                  Kesihatan
Seperti orang bersukan, kesihatan perlu dijaga. Asyik cuti sakit memanjang sahaja tidak sihat bagaimana nak lakukan tugasan jualan. Kena pertahankan kesihatan badan kita supaya ia nya sama sekali tidak memberi kesan yang tidak baik pula ke atas diri kita sendiri. Kerana itu kita di saran supaya sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit. Mungkin juga boleh kita pergunakan lebihan wang pendapatan bagi membeli pemakanan tambahan asalkan ia nya cukup bersesuaian dengan diri kita menjaga kesihatan dengan lebih baik dan sempurna lagi. Mencegah adalah lebih baik dari berubat.... Sabda Rasulullah SAW bersabda “Tidak ada sesuatu yang diminta yang lebih disukai oleh Allah dari afiat (kesejahteraan)” Riwayat At Tarmizi)

iii.                Pemikiran
Peruntukkan wang pendapatan yang kita perolehi untuk membeli buku-buku seperti yang berkaitan dengan jualan, pemasaran, perhubungan manusia, ekonomi dan motivasi agar masa terluang kita dapat kita isikan dengan pembacaan bagi menambah ilmu sebanyak yang boleh. Bagi yang rajin melayari internat di rumah atau di cyber cafe mungkin boleh melakukan pencarian ke laman-laman web yang berkaitan dengan tugasan jualan kita. Paling baik adalah berguru, cari sifu seorang. Masuk mana-mana seminar, taklimat ataupun kursus pun di kira baik juga untuk di hadiri. Jangan harapkan majikan sahaja yang panggil diri kita untuk menghadiri kursus tetapi kita sendiri kena ada inisiatif untuk mencari ilmu dan mendalami apa yang kita lakukan. Melabur sedikit, ilmu yang diberkati pulangannya pasti mewah di kemudian hari. Rasulullah SAW bersabda "Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam" (Riwayat Ibnu Majah)

iv.                 Ke jalan Allah
Jangan sama sekali kita lupakan agar sentiasa rajin taburkan wang pendapatan kita ini terus menerus bersedekah walaupun seringgit sehari kepada badan-badan amal, rumah-rumah Allah, pembelian Al-Quran untuk disedekahkan, menderma kepada peminta sedekah, anak-anak yatim, orang tua dan sebagainya. Paling penting lakukan pelaburan dengan menderma kepada kedua iba bapa kita setiap kali kita menerima pendapatan. Apabila orang suka termasuk ibu bapa kita menerima wang dari kita, doa mereka paling bermakna buat kita. Pasti setiap kebajikan dan kebaikan yang kita lakukan mesti ada imbuhan yang paling besar kurniaan dari Allah SWT tanpa kita sangka-sangka kan sama sekali. Firman Allah SWT bermaksud “Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kedekut); sedang Allah menjanjikan untuk kamu ampunan daripada Nya dan kurnia Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al Baqarah Ayat 268)

Ayuh sama-sama kita lakukan pelaburan yang dinyatakan agar tugasan kita melakukan jualan lebih dipermudahkan lagi. Tanpa melakukan pelaburan mana nak datang hasilnya. Jangan terlalu berkira kerana ditakuti nanti Allah pula yang akan berkira sakan pada kita. Peruntukkan sedikit wang dari pendapatan kita agar kita sentiasa ke hadapan memilih satu kejayaan buat diri kita juga. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak kita. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.




Read more >>