Tidak dinafikan menjadikan karier jualan
sebagai satu sumber pencarian rezeki dan pendapatan sememangnya tidak digemari
oleh orang yang mengetahuinya dan tidak berminat dengan melakukan jualan.
Seolah-olah seperti ada batu penghalang dan batu apinya kenapa cukup sukar dan
payah bagi memahaminya. Kalau diturut apa yang orang perkatakan sudah pasti
kita yang lemah pegangannya dan yang hangat-hangat tahi ayam sudah pasti akan
mula terikut dan mudah mencari bidang lain dari melakukan jualan seperti mana
sepatutnya.
Jangan mudah mengalah dan mudah merasa
sangsi akan apa yang telah kita lakukan dan ceburi dari awal lagi. Bulatkan
nekad kuatkan azam agar kita tahu dan boleh untuk melakukannya sama sekali.
Jangan sama sekali merasa kesal apatah lagi merasa kecewa yang bukan-bukan
hanya kerana hasil dari kata-kata pemusnah dan menjatuhkan lagi semangat kita
tidak kiralah dari kenalan-kenalan kita, rakan sekerja yang tidak mahu melihat
kejayaan diri kita, pelanggan-pelanggan walaupun kita telah membantu mereka
dengan sepenuh hati mahupun pesaing-pesaing rapat kita yang sentiasa mahukan
karier kita terkubur dan jatuh merudum dibandingkan dengan mereka.
Berubah segera dan jangan sama sekali
diturutkan apa yang telah kita alami. Setiap permasalahannya sudah pasti ada
jalan penyelesaiannya. Berikut adalah kaedah-kaedah dan cara-caranya untuk kita
atasi dengan baiknya jika terdapat perkara-perkara yang sebegini berlaku ke
atas kita iaitu
i.
Jangan sama sekali dihiraukan
Berusaha
untuk abaikan sahaja walaupun rasanya agak ada kegoncangan sedikit. Ingat
semasa mula-mula kenapa kita mahu menceburi bidang ini. Berazam untuk
menguatkan semangat kita apatah lagi tindakan kita untuk meneruskan sahaja apa
yang telah kita lakukan. ingatlah bagaimana Rasulullah SAW ketika mula-mula
menyebarkan Islam di Mekah sehingga ketu-ketua Jahiliah sewaktu itu telah
menawarkan kepada baginda dengan pelbagai hadiah yang hebat-hebat seperti
harta, emas, perempuan dan sebagainya asalkan baginda sanggup untuk meninggalkan
Islam. Tetapi semuanya Baginda SAW menolak segala usul mereka begitu sahaja.
Jadi cubalah sedaya upaya untuk menolaknya juga agar kita berada dalam
ketetapan diri kita untuk terus menerus melakukan bidang jualan ini walaupun
pelbagai perkara-perkara negatif telah datang dan hampir kepada kita
ii.
Jangan mudah merasa susah hati
Apabila kita
mudah mempercayai kata-kata orang dan apa yang kita lakukan kurang
keberkesanannya maka timbullah apa yang orang lain telah perkatakan kepada kita
dirasakan seperti ada kebenarannya. Jangan diturutkan kerana pulut santan
binasa kerana mulut badan binasa. Jauhilah ia dan berkawanlah dengan
orang-orang yang telah berjaya melakukannya. Dalami lagi ilmu dan pengetahuan
dalam bidang jualan dan jangan sama sekali dilayan perasaan yang mudah terasa
tersinggung dan boleh membawa kekecewaan dan putus asa yang amat sangat.
iii.
Teruskan usaha secara konsisten dan
berterusan
Terus-terusan
berusaha melakukan jualan seperti mana yang orang lain lakukan. Jangan lagi
pandang ke belakang. Mana-mana kegagalan yang telah ditempuhi hadapi kan ia
dengan baik dan pelajarilah semula agar ia nya tidak dilakukan dengan
sewenang-wenangnya lagi. Lakukan secara konsisten dan berterusan sehingga
kejayaan yang diingini dilihat sebagai pendorong utama dan bukannya dari
kata-kata orang lain. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak boleh?
iv.
Ikuti cara orang yang berjaya melakukannya
Jangan malu
dan segan untuk menimba ilmu. Bertanya dan berkawan dengan orang yang telah
berjaya dan ketahui bagaimana mereka melakukannya adalah lebih baik dari
berkawan dan bersahabat dengan mereka-mereka yang gagal atau hanya pandai
mengkritik sahaja. Jangan dihiraukan tapi penaik kan lagi semangat yang tinggi
untuk berjuang mencari sesuap nasi sebagai bekalan kehidupan kita di dunia ini
dan mencapai impian kita melalui karier di bidang jualan ini. Lagi ramai kita
berkawan dengan mereka lagi banyak ilmu dan pengalaman yang boleh kita ikuti
dan serapkan sebagai amalan kita apabila melakukan jualan nanti di hadapan
prospek/pelanggan nanti.
Jangan diturutkan hati dan jangan mudah
sangat terpengaruh. Tetapkan pendirian kita agar kita tahu apa yang sepatutnya
kita lakukan. Pedulikan sahaja apa yang orang lain mahu dan hendak perkatakan
tentang kita atas dasar nasihat mereka kononnya. Selagi kita tidak berjaya
selagi itulah jarum-jarum kemusnahan akan menyusuk dalam diri kita. Lakukanlah
secara berstrategi ikut pelan tindakan yang telah diaturkan dan jangan sama
sekali tidak yakin pada diri sendiri. Dalami ilmu melakukan jualan dari segi
skil dan pengetahuannya dan bergurulah dari mereka-mereka yang telah berjaya
melakukannya. Sudah pasti jika ada apa sahaja masalah, dugaan, cabaran dan
dugaan dengan senang hati sahaja kita mampu dan boleh untuk mengatasinya. Apa
yang penting selagi kita berusaha dan melakukannya secara bersungguh-sungguh
dan beristiqamah sudah pasti kejayaan yang diingini pasti akan menjelma juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan