Dalam mendapatkan temu janji yang
segera boleh di perolehi adalah disarankan agar kita dapat melakukan satu
teknik atau kaedah yang mudah dan senang untuk kita lakukan. Sememangnya bila
kita ingin menghubungi seseorang apatah lagi seseorang yang sama-sama tidak
mengenali antara satu sama yang lain cukup sukar untuk dilakukan. Apa yang
penting adalah bagaimana kaedah yang sepatutnya boleh kita lakukan bagi menarik
minat prospek/pelanggan yang kita hubungi.
Menurut Gary Hankins seorang pakar komunikasi dalam video
pendeknya bertajuk “3 steps of a killer cold call”
telah menyarankan agar kita semua dapat melakukan tiga langkah yang mudah untuk
kita dapatkan satu temu janji dengan cepat dan segera. Tiga langkah tersebut
adalah
Pertama - Id benefit (Menyatakan pengenalan diri)
Bermakna
apabila kita melakukan panggilan telefon pastikan kita kena perkenalkan diri
kita terlebih dahulu kepada prospek/pelanggan tersebut. Tidak perlu mengambil
masa yang lama untuk perkenalkan diri kita tetapi cukuplah si penerima telefon
berkenaan tahu dan faham siapa dan dari mana si pemanggil tu menelefonnya.
Kedua - Reason benefit (Menyatakan sebab utama)
Habis sahaja
perkenalkan diri terus menerus nyatakan sebabnya kenapa kita melakukan
panggilan kepadanya. Nyatakan sebabnya dengan ringkas, padat dan mudah
difahami. Pastikan sebab utama kita adalah untuk menarik perhatiannya terlebih
dahulu bagi mendapatkan temu janji.
Jangan sama sekali meleret-leret, memberitahu tentang penawaran produk
apatah lagi ingin mengambil tahu latar belakangnya terlebih dahulu. Sentiasa
ingat tujuan utama adalah menarik minat beliau dan dapatkan persetujuan satu
temu janji.
Ketiga - Ask for appointment (Dapatkan temu janji)
Prospek/pelanggan
berminat terus menerus kita tetapkan temu janji dengan segera. Jangan ditanya
bila prospek/pelanggan tersebut masa percumanya tapi kita yang tetapkan dahulu.
Andai kata prospek/pelanggan tersebut tdak bersetuju dengan tarikh dan masa
yang kita tetapkan barulah kita bertanya kepadanya bila temu janji tersebut
dapat diadakan.
Cukup mudah dan boleh
dipraktikkan dengan segera. Tidak sampai tiga
minit, kita sudah mampu mendapatkan satu temu janji dengan segera dan pantas.
Jimatkan masa dari berbual terlalu lama dengan prospek/pelanggan. Habiskan masa
kita lebih banyak dengan melakukan temu janji dari menghabiskan banyak masa
kita dari berbual-bual di talian telefon. Ingat matlamat utama kita adalah
mendapatkan minat dan perhatiannya mereka bagi mendapatkan penutupan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan