Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 10 Jun 2012

Contoh skrip dalam penetapan temujanji


Berikut adalah skrip yang mungkin kita semua boleh manfaatkan untuk diguna pakai.


Assalamualaikum En Johan’
Nama saya Juara, konsultan jualan dari Syarikat ABC’
Tahniah di ucapkan kepada Encik kerana nama Encik telah terpilih untuk program terbaru kami dalam mendapatkan kaedah memenuhi impian mencapai kekayaan Encik Johan
Kalau Encik Johan bersetuju bolehkah kita bertemu pada Hari Rabu ini jam 10.30 pagi di pejabat Encik?
Andai kata prospek/pelanggan tidak bersetuju tanyakan ‘Bila masa yang bersesuaian untuk Encik?
Berikan peluang kepada prospek/pelanggan tersebut menetapkan temu janji yang diinginkan.
Bila tarikh sudah di tetapkan, ulangi semula untuk mendapatkan persetujuan. ‘Terima kasih En Johan, kita akan bertemu nanti pada hari Khamis ini jam 11.00 pagi di pejabat Encik
Nyatakan penghargaan kita sebelum menutup perbualan ‘Terima kasih sekali lagi atas kesudian Encik meluangkan masa untuk kita bertemu lagi dan mohon kemaafan jika panggilan saya ini mengganggu tugasan kerja Encik Johan. Terima kasih.
Jangan terus ditutup panggilan tersebut dan biarkan prospek/pelanggan tersebut yang menutup talian telefon tersebut terlebih dahulu.

Jangan disukarkan tetapi permudahkan agar segala urusan kita untuk mendapatkan satu temu janji cukup mudah untuk kita perolehi. Sasarkan segera leads-leads yang ada agar kita lebih mudah mendapatkan temu janji. Jangan putus asa tapi berusaha dengan lebih konsisten dan bertanggung jawab sepenuhnya. Semakin banyak kita mendapatkan temu janji semakin mudah untuk kita mendapatkan penutupan jualan. Selamat berjaya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan