Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 19 Jun 2012

Atasi penipuan dari Bakal Pelanggan


Jangan hanya kerana kita terlalu ghairah dan mahukan mendapat jualan, lurus bendul dibuatnya. Lebihkan berhati-hati agar apa yang kita lakukan kita tahu apa tindakan sewajarnya yang perlu kita ambil. Lebih baik ambil sikap yang berhati-hati dan berwaspada sentiasa agar prospek/pelanggan tidak mudah mengambil kesempatan apa tah lagi untuk membohongi apa yang kita mahukan.

Antara tindakan yang perlu kita ambil agar prospek/pelanggan yang kita temui tidak mudah memberikan sebarang penipuan dan kelentong yang bukan-bukan adalah dengan cara



i.                    Penerangan yang jelas
Semasa melakukan presentasi pastikan ia nya diberikan secara jelas, mudah difahami dan senang disampaikan. Jangan terlalu berbelit dan menyampaikan hanya untuk kita pula yang faham bukannya mereka. Kerana itu kita amat dituntut untuk mendalami tentang pengetahuan produk yang ditawarkan sebelum presentasi dapat disampaikan. Jangan ambil masa yang terlalu lama dan berjela-jela sehinggakan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita pula nanti merasa boring dan meluat pula dibuatnya. Penerangan yang baik akan memberikan hasil yang terbaik bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada prospek/pelanggan yang mendengarnya.

ii.                  Tanamkan kepercayaan kepada prospek/pelanggan
Tujuan utama kita adalah untuk menarik minat prospek/pelanggan yang dihadapi dan bantu tolong selesaikan permasalahan beliau dengan sebaik yang mungkin. Jangan sama sekali timbulkan keraguan kepadanya tapi berikan sesuatu yang berfakta dan mempunyai kebenarannya tentang produk yang ditawarkan.

iii.                Berikan fakta
Perkara yang betul dan benar sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh prospek/pelanggan. Ini akan memberikan maklum balas yang baik juga untuk kita terangkan kepada mereka tanpa perlu mengorek dan kemukakan soalan-soalan tambahan lagi untuk mengetahui apa keperluan yang mereka kehendaki. Tunjukkan penyelesaiannya dan jangan sama sekali berikan masalah lagi kepada mereka. 

iv.                 Beri kefahaman
Semakin mereka fikirkan kebenarannya dan boleh membantu produk yang ditawarkan dapat selesaikan masalah mereka sudah pasti hasilnya akan kita temui. Apabila mereka sudah yakin atas produk kita sudah pasti tiada penipuan yang boleh berlaku malah kejujuran mereka pula yang mudah untuk kita dapati. Biar lambat asal selamat. Biar faham asalkan hasilnya ada. Jangan menggelabah dan tak tentu hala dalam memberikan penerangan. Carilah jalan dan kaedahnya agar prospek/pelanggan yang ditemui merasa puas dan senang hati mendapatkan kefahaman yang dicari-cari dari diri kita sendiri.

v.                   Fokus
Konsentrasi amat diperlukan apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan yang dicari. Bila kita fokus kita akan lakukan yang terbaik. Bila kita lakukan yang terbaik sudah pasti orang nak menipu dan main-main sahaja amat sukar untuk mereka lakukan. kesungguhan kita membuktikan produk yang ditawarkan ada nilainya pada mereka. Bila mereka merasakan ada nilainya pada mereka sudah tentu dan sudah pasti tiada siapa pun yang berani untuk mempermainkan kita semula.

Walaupun mudah ditipu dan dipermainkan bukan bermakna kita akan sering ditipu begitu sahaja. Muhasabah semula pelajari apa kesilapan yang telah kita lakukan untuk kita perbaiki semula. Jangan dirisaukan tapi pelajari semula untuk tidak diulangi di masa hadapan. Setiap satu yang kita tempuh akan lebih mematangkan lagi kita menjadi seorang yang tabah dan tenang dalam menghadapi dunia jualan yang kita ceburi ini. Jangan salahkan sesiapa tapi anggaplah sebagai satu ilmu yang akan mematangkan lagi kita melakukan jualan.  Tiada siapa pun di dunia ini tiba-tiba sahaja menceburi bidang jualan ini terus menerus mencapai kejayaan. Setiap apa yang kita tempuh ini sudah pasti akan ada pelbagai dugaan, rintangan dan masalah yang perlu dan patut kita tempuhi dengan tabah, sabar dan tenang sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan