“Saya dah usaha dah ni, tapi nak
buat macam mana tak boleh nak dapat” dengan nada yang sayu.
“kehulu kehilir ke sana ke sini dah
saya pergi, penat dah saya ni, pelbagai usaha dah dilakukan”
“kalau masih tak dapat keputusan
yang dikehendaki bermakna tak cukup lagilah usaha itu” sapa bos
“Betul bos, saya cakap betul dan
benar, memang saya dah usaha bersungguh-sungguh” (muka monyok jer....)
Dalam hati “ Isssh orang tua ni,
tak percayalah pula aku dah berusaha ni, dah tak boleh nak dapat pelanggan nak
buat macam mana, agak-agak kalau tak percaya buatlah sendiri”
Ayat yang biasa didengari apabila
ditanya kenapa tiada hasil seperti mana yang diperlukan pasti alasan yang
dikemukakan adalah sudah berusaha, berusaha dan berusaha tetapi malangnya hasil
tiada yang masuk, hendak buat macam mana. Inilah antara alasan terbaik yang
sering didengari untuk menunjukkan betapa bersungguhnya seseorang melakukan
tugasan jualan baik secara ‘tele marketing’, direct approach ataupun di saat
penutupan jualan dilakukan. Semuanya asyik gagal sahaja.
Kenapa ini boleh berlaku? Apa
penyebabnya? Apa lagi tindakan yang harus dilakukan. Seolah-olah seperti tidak
mampu untuk dilakukan dan merasakan bahawa alasan yang dikemukakan benar-benar
kukuh dan cukup berwibawa ditonjolkan. Yang penting berusaha seperti mana yang
diminta untuk mendapatkan penutupan jualan. Apa lagi yang hendak diperkatakan
lagi, alasan sesiapa sahaja boleh diberikan tetapi hasil yang dikehendaki
bagaimana? Fikirkan supaya selepas ini sebarang alasan yang akan dikemukakan
dapat diberikan biarlah secara yang sukar untuk diberikan jawapannya.
Apabila usaha yang dilakukan tetapi
hasil masih sukar didapati pasti ada jalan penyelesaiannya yang perlu
dilakukan. Yang pasti setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang
pentingnya janganlah keputusan dijadikan alasan untuk berhenti berusaha. Antara
perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah
i.
Perbaiki lagi usaha yang dilakukan lagi
Jangan mudah
berputus asa apatah lagi merasa kecewa. Fikir semula tindakan yang telah
dilakukan. Jangan diulang mana tindakan yang telah kita telah silap dan salah
melakukannya. Jangan kita tidak sedari apa kesilapan dan kesalahan yang telah
kita lakukan pasti keputusan akhir yang dikehendaki bermakna masih gagal
mendapat keputusan seperti yang dimahukan. Berusaha dan lihat semula bagaimana
di masa yang lepas apa tindakan yang pernah kita lakukan telah berjaya
mendatangkan hasil. Lakukannya semula mana yang baik boleh mendatangkan hasil
di samping bertanya kepada rakan sekerja yang berjaya melakukannya.
Sesungguhnya perkongsian ilmu dan pengetahuan amatlah penting bagi memastikan
segala usaha dan tindakan yang dilakukan
ii.
Terdapat halangan yang perlu ditempuhi
Orang yang berjaya
sudah semestinya setiap halangan dan cabaran sudah pasti ditempuhinya tanpa
merasa sukar dan payah. Bukan semua perkara yang dilakukan boleh dianggap mudah
dengan senang begitu sahaja. Setiap pekerjaan mesti ada masalahnya yang perlu
ditempuh dengan sabar dan tenang sama sekali. Begitulah tugasan jualan, setiap
halangan dan dugaan yang ditempuh perlu yang amat sangat untuk ditempuhi
terlebih dahulu sebelum keputusan akhir boleh dijelmakan. Jangan lari dari
masalah dan dugaan sebagai halangan yang tidak perlu ditempuh. Hadapilah dan
berhadapanlah halangan tersebut. Selagi kita gagal untuk hadapi halangan
tersebut sudah pasti sampai bila pun halangan tersebut akan mengatasi diri kita
selama-lamanya dan kita sama sekali tiada hak untuk mengatakan ‘saya sudah
berusaha dengan bersungguh-sungguh’. Jelas di sini halangan yang adapun kita
sukar nak lepaskan diri inikan pula kita boleh mendabik dada yang kita telah
berusaha secara bersungguh.
iii.
Tukar cara yang baru
Dah dicuba
berusaha dengan cara yang ada tetapi gagal jangan ditunggu dan digunakan lagi
kaedah yang ada. Bertukarlah segera kaedah dan caranya dengan cara yang lain
pula untuk ia nya boleh diterjemahkan kepada usaha yang telah dilakukan. Jangan
sama sekali berputus asa tapi fikirkan apa strategi yang terbaik untuk
digunakan asalkan ada pulangan yang terbaik kepada diri kita terutamanya untuk
mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Jangan terasa malu
untuk berusaha pula menukar strategi yang lain dan baru pula bagi menggantikan
pula usaha kita yang telah gagal selama ini.
iv.
Jangan disalahkan takdir
Ya memang betul
jangan dikaitkan sama sekali kegagalan yang dialami dengan takdir Ilahi hanya
disebabkan dengan usaha yang telah dilakukan. Sedarilah bahawa di saat ketika
mengatakan bahawa kita telah pun berusaha dengan baik dan bersungguh-sungguh
tetapi tiada hasil seperti mana yang dikehendaki hanya disebabkan takdir
bermakna di sini kita sebenarnya tidak memperbaiki cara dan kaedah yang telah
kita lakukan. Sememangnya apa yang telah berlaku tersebut adalah takdir, tapi
kita juga telah ditakdirkan untuk berusaha dengan lebih bersungguh lagi supaya
menghasilkan satu kaedah yang terbaik untuk kita guna pakai bagi mencapai
kejayaan dalam jualan.
Firman Allah bermaksud “Allah
sama sekali tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”(Surah Ar Rad Ayat ke 11).
Jangan di tangguh lagi berusaha ke arah yang lebih cemerlang dan bukannya
berusaha ke arah yang telah gagal kita
lakukan. Selagi kita kemukakan alasan selagi itu namanya kita belum bersedia
untuk berjaya dengan sepenuh hati. Dah tahu segala usaha kita lakukan tidak
berhasil jangan ditunggu lagi temui kegagalan tetapi berusahalah lebih giat
lagi atau menukar cara baru yang pasti menghasilkan apa yang kita hajati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan