Detik paling menggembirakan
seseorang yang melakukan jualan adalah apabila berjaya mendapatkan seorang
pelanggan yang bersetuju menerima tawaran yang dikemukakan menerusi penutupan
jualan yang dilakukan. Terasa syukur yang amat sangat. Seronoknya mengatasi
kesusahan dan kesukaran yang dihadapi kita selama ini. Walaupun terdapat
beberapa halangan dan dugaan yang menimpa, hanya penutupan jualan sahaja yang
dirasakan dapat mengubati segala penat jerih yang kita lalui selama ini.
Walaupun begitu bagi mendapatkan
penutupan jualan bukannya semudah yang dijangka dan dirasakan. Pelbagai
halangan yang perlu ditempuhi terlebih dahulu. Halangan yang perlu ditempuh
adalah dari prospek/pelanggan itu sendiri yang mana terpaksa kita hadapi. Kebanyakan prospek/pelanggan yang ditemui
sudah tentu ramai yang mahu membelinya tetapi mereka sama sekali tidak mahu
untuk dijual begitu sahaja.
Berikut adalah halangan-halangan
yang perlu kita tempuhi dan kenal pasti terlebih dahulu ke atas apa yang
dirasakan oleh prospek/pelanggan yang kita hadapi ini sebelum penutupan jualan
dapat kita lakukan iaitu
i.
Takut menanggung kerugian
Satu pengalaman
prospek/pelanggan yang lepas setelah menanggung kerugian atau hanya dari cerita
pengalaman seseorang mengakibatkan mereka begitu takut dan risau untuk menerima
tawaran yang ditawarkan. Kerana itu kita di saran agar sentiasa menunjukkan perkara-perkara
yang berfakta dan tunjukkan apa penjimatan yang boleh prospek/pelanggan boleh
dapati hasil dari produk yang ditawarkan. Keyakinan diri kita akan lebih mudah
mempengaruhi dan meransang seseorang apabila mendenganya.
ii.
Takut ditipu
Tiada manusia yang
sanggup ditipu. Cukup berhati-hati dengan tindakan yang dilakukan supaya
penipuan dapat dihindari dan dijauhi. Kerana itu kita di saran agar tidak
menipu kepada prospek/pelanggan yang ditemui kerana kesannya sudah pasti
berpanjangan dan sampai bila-bila tidak akan percaya sama sekali.
iii.
Takut dikritik
Sedikit
sebanyak perasaan malu dalam diri seseorang pasti wujud. Bimbang kerana
mengambil dan bersetuju menerima tawaran dari kita prospek/pelanggan tersebut
terus merasakan dan membuat andaian yang beliau akan dikritik dan dikutuk oleh
kenalan dan rakan sepejabatnya. Cukup berhati-hati dalam melakukan penerimaan
tawaran. Di sinilah terletak segala manfaat dan kelebihan produk yang
ditawarkan dapat dilakukan agar mereka lebih faham dan jelas apa yang boleh mereka
perolehi dari produk tersebut.
iv.
Takut berlaku penolakan
Dah beria-ia
prospek/pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan dari kita, rupa-rupanya tak
boleh pula hanya disebabkan komitmennya yang tinggi ataupun mempunyai sejarah
rekod pembayaran hutang yang tidak berapa elok. Nasihat dan pandangan kita amat
diperlukan agar prospek/pelanggan yang ditemui segera memahami apa yang kita
perlukan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
v.
Terlalu sibuk
Terlalu melayan
kesibukannya langsung tiada masa untuk kita. Ambil tahu bila masa yang
bersesuaian untuk bertemu dan melakukan presentasi. Jangan mudah mengalah
kerana tiada manusia pun di dunia ini yang sentiasa sibuk memanjang 24 jam
sehari. Pasti ada sedikit ruang untuk kita memberikan presentasi kepadanya.
Terus berusaha kerana kesungguhan tiada mengenal penat lelah.
vi.
Sudah merasa terlalu selesa
Dah terlalu
percaya dengan satu-satu produk sampai bila-bila terasa begitu selesa
menggunakannya. Terlalu yakin dan setia yang amat sangat sehingga produk yang serupa
atau yang lebih baik dari itu langsung tidak mahu menggunakannya hanya kerana
keyakinan yang sudah tersemat dan tersemai di pemikirannya. Kena teruskan usaha
berikan keyakinan kepada mereka tanpa mengenal putus asa. Hanya penerangan yang
terbaik menjelaskan apa yang beliau akan perolehi akan membuatkan mereka
berfikir semula dan tergerak hati untuk memikirkannya.
vii.
Mudah dipengaruhi
Hanya percaya
apa yang diperkatakan oleh pihak ketiga apa juga yang kita perkatakan langsung
tidak dipercayai. Lebih mudah mempercayai hebahan mulut dari segala-galanya
sehingga terasa begitu sukar melakukan keputusan dengan sendirinya. Jagai tahap
perkhidmatan kita, jalinkan perhubungan yang baik dengan sesiapa juga agar apa
yang kita lakukan sentiasa menjadi bualan orang ramai mempercayai apa yang kita
lakukan selama ini.
Dapat kenali halangan-halangan
yang menimpa mereka ini terlebih dahulu dan cari jalan penyelesaiannya pasti
akan memudahkan lagi kita melakukan penutupan jualan yang diharapkan. Jangan
mudah sangat berputus asa apatah lagi merasa kecewa. Teruskan perjuangan kerana
setiap yang pahit itu lambat laun pasti ada manisnya. Bersungguh dalam
melakukan tugasan, kenali lebih baik apa yang diperlukan dan bantu untuk
selesaikan permasalahan mereka. Pasti penutupan jualan akan muncul juga
akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan