Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 4 Jun 2012

Presentasi - Apa yang perlu di elakkan


Presentasi sememangnya satu tugasan yang boleh dianggap sebagai satu cabaran yang menguji skil kita dalam berkomunikasi kepada prospek/pelanggan. Penerangan yang terbaik dalam memberikan kefahaman yang diperlukan oleh prospek/pelanggan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Jangan sama sekali menganggap mudah sahaja kerana untuk menarik perhatian mereka, penerangan yang memuaskan  hati dan mendapatkan keputusan yang diperlukan bagi menerima produk yang kita tawarkan.

Tiada sesiapapun yang memerlukan kegagalan melainkan kejayaan sahaja. Namun bagi mendapatkan kejayaan bukannya satu tugasan yang mudah yang boleh di perolehi dengan cara dan kaedah yang begitu sahaja. Bukan mengharapkan takdir atau bernasib baik sahaja untuk mendapatkan penutupan jualan dan presentasi yang diberikan mendapat sambutan yang baik dari prospek/pelanggan yang ditemui tetapi juga terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa presentasi yang dilakukan tidak menjadi hambar dan diterima baik oleh prospek/pelanggan.

Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa presentasi diadakan supaya kegagalan dapat dielakkan adalah dengan cara

i.                    Tiada persiapan
Apa pun perkara yang dilakukan, semuanya memerlukan persiapan yang rapi dan jitu agar apa yang dilakukan dan dipersembahkan kepada orang lain mempunyai kesempurnaannya agar pendengar yang ada tidak memberikan kebosanan yang melampau hanya hasil dari persiapan kita yang tidak sempurna yang terlalu banyak cacat celanya. Jangan dibiarkan kita tiada persiapan asas agar prospek/pelanggan tidak merasa dikecewakan.

ii.                  Terlalu banyak maklumat yang disampaikan
Terlalu banyak info yang disampaikan akan membuatkan prospek/pelanggan merasa jemu dan bosan sehingga mereka nak bertanya atau mengemukakan permasalahan mereka agar sukar dan payah. Kurangkan presentasi tapi lebihkan banyak bertanya dan kemukakan soalan-soalan yang sepatutnya yang ada kaitan dengan keperluan dan kemahuan mereka yang mendengarnya. Penerangan biarlah ringkas, jelas dan padat.

iii.                Masa yang terlalu lama diperuntukkan
Elakkan dari mengambil masa yang terlalu lama, fikirkan tentang prospek/pelanggan dan jangan sama sekali fikirkan tentang masa luang kita kepada mereka. Semakin kita ringkaskan masa penerangan kita kepada mereka semakin banyak masa kita ketahui segala masalah mereka untuk kita bantu mereka se maksimum yang termampu.

iv.                 Topik yang disentuh banyak sekali
Adunkan agar tiada topik-topik yang boleh menghilangkan minat orang untuk mendengarnya kerana mereka yang mendengarnya bukannya di dalam sesi pembelajaran seperti di sekolah atau di kolej. Ringkaskan sebaik yang mungkin agar mereka merasa mudah difahami dan tahu apa yang boleh kita bantu mereka.

v.                   Antara nyata dan penyeri persembahan
Bila memberi penerangan biarlah berfakta tentang produk yang ditawarkan dengan memberikan segala kelebihan dan manfaat produk yang ditawarkan kepada mereka. Bukan yang mendengarnya bukan hendak melihat gaya persembahan yang menarik dari kita tetapi hanya untuk mendapat tahu apa yang mereka dapati dari produk yang kita tawarkan kepadanya.

vi.                 Tidak teratur
Susunlah dan aturkan presentasi kita sebaik yang mungkin yang dirasakan dapat diterima dan difahami dengan baik dan jelasnya tentang segala kelebihan dan manfaat yang bakal diterima oleh prospek/pelanggan yang mendengarnya. Jangan biarkan dan bagi mereka keliru dan pening kepala dibuatnya hasil daripada kecelaruan kita menyampaikan maklumat yang dikehendaki. Susunan yang betul dan memudahkan lagi kefahaman memberikan impak dan kesan yang terbaik untuk mereka mendapatkan kefahaman dan sampai segala info kepada mereka apa yang ingin kita utarakan. Bila mereka telah fahami dan ketahui maka semakin mudah untuk kita mendapatkan penutupan jualan dari mereka.
 
vii.               Terlalu banyak kesilapan
Kita yang menjual tunjukkan profesionalnya kita kepada mereka. Sifar kan segala kesilapan dan kesalahan yang boleh dielakkan agar prospek/pelanggan lebih yakin dengan keupayaan kita dalam memberikan penerangan. Kalau kita tidak yakin dan asyik memberikan maklumat yang tidak betul, keyakinan mereka kepada kita pasti akan luntur begitu sahaja. Elakkan dari perkara sebegini berlaku dengan mudah dan senangnya.

Elakkan dari berlaku kegagalan dalam presentasi dan persembahan kita kepada prospek/pelanggan yang ditemui kerana ia melibatkan kredibiliti dan tanggungjawab kita kepada prospek/pelanggan tersebut. Ia nya adalah bermula dengan latihan dan seterusnya pengalaman yang ditempuhi untuk diperbaiki dari masa ke semasa. Semakin kita menguasai kemahiran melakukan presentasi dan persembahan yang diharapkan semakin mudah pula untuk kita mendapatkan penutupan jualan yang dikehendaki.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan