Satu perkara yang mesti kita kena hadapi walaupun ia nya boleh mendatangkan
kemarahan dan merasa sesal yang amat sangat adalah apabila kita berhadapan
dengan prospek/pelanggan yang akhirnya kita ketahui lebih banyak kelentongnya dari
kejujuran yang diberikan. Pasti ada yang telah kita hadapi situasi
begini. Sesuatu yang tidak mustahil. Mahu atau tidak, suka atau tidak kita kena
hadapi juga situasi sebegini.
Antara sebab-sebabnya kenapa
perkara sebegini boleh berlaku mungkin disebabkan
i.
Prospek/pelanggan masih
belum dapat mempercayai kewujudan diri
kita lagi
ii.
Pasti prospek/pelanggan
tidak yakin akan kehadiran diri kita
iii.
Dah sampai masa kita perlu
diuji oleh prospek/pelanggan yang kita temui
iv.
Prospek/pelanggan sengaja
sahaja melayan kerenah kita disebabkan dia tidak berminat dengan produk yang
kita tawarkan
v.
Menguji sejauh mana
kesabaran kita
Ketenangan amat diperlukan.
Kesabaran amat dituntut. Jangan mudah berputus asa dan mesti ada cara bagaimana
untuk atasinya. Kerenah orang yang ditemui mempunyai pelbagai ragam dan gaya
yang perlu dihadapi. Jangan merungut apa tah lagi menimbulkan kemarahan.
Hadapilah dengan baik dan timbulkan suasana yang harmoni dan tenang agar
prospek/pelanggan merasakan yang kehadiran kita ini adalah satu situasi yang
betul-betul serius yang kita ingin menjual dan bukannya satu keadaan yang mudah
dipermainkan apatah lagi sebagai satu bahan gurauan atau usikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan