Bertemu dengan prospek/pelanggan memang
mendebarkan apatah lagi untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang
dikehendaki. Dahlah tak berapa nak kenal orangnya entah macam mana pula layanan
beliau kepada kita. Kerana itu kita di saran agar pada tempat yang pertama kali
kita dibenarkan masuk ke premisnya mata perlu liar sedikit mencari info dan
maklumat untuk diguna pakai bagi tujuan pembuka kata ataupun memuji apa yang
diminatinya pendorong sebab mempermudahkan lagi komunikasi antara
prospek/pelanggan.
Mungkin contoh-contoh di bawah ini
boleh memberi idea kepada kita dalam memberi pujian yang ikhlas terlebih dahulu
bagi memastikan satu tarikan komunikasi dan interaksi kita kepada
prospek/pelanggan untuk terus berhubung dengan kita iaitu antaranya adalah
Mungkin
kata-kata sebegini boleh dimanfaatkan secara bersama.....
“Susun
atur pejabat Encik ini sungguh kemas dan teratur, pasti ramai yang
menghargainya”
“Pemandangan
di luar tingkap Encik ini begitu cantik pemandangannya”
“Di
mana Encik dapat lukisan dinding ini, sungguh menarik dan mempesonakan”
“Comel
anak-anak Encik di dalam gambar ini. Berapa ramai semuanya?”
“Tahniah
Encik dikurniakan darjat kebesaran, pingat apa yang Encik dapat ini?”
“Cantik
piala ini, pertandingan apa yang Encik menangi ini?”
Apa tujuan kita perlu memberikan ujian
secara ikhlas ini kepada prospek/pelanggan yang kita temui? Banyak hikmah nya
kalau kita dapat praktik kan pujian yang ikhlas dan yang benar dari dalam hati
kita sendiri. Yang pentingnya mana yang kita tidak berkenan atau tidak kita
gemari jangan sama sekali kita perkatakan pula di hadapan prospek/pelanggan
tersebut ditakuti jadi lainlah pula jadinya nanti. Antara penyebabnya adalah
kerana
i.
Laluan permulaan bagi memudahkan lagi
interaksi kita merapatkan lagi perhubungan dan komunikasi dengan
prospek/pelanggan
ii.
Tunjukkan kepentingan prospek/pelanggan
terlebih dahulu
iii.
Wujudkan suasana harmoni dahulu sebelum
jualan dapat dilakukan
iv.
Kembalikan mod yang baik kepada
prospek/pelanggan untuk mereka bersedia mendengar dan melalui proses jualan
nanti
v.
Kita akan lebih berkeyakinan untuk
melakukan jualan apabila prospek/pelanggan yang ditemui berada di dalam keadaan
ceria dan bersedia menerima kehadiran kita
Sememangnya prospek/pelanggan telah
mengetahui yang kita mahu untuk menjual, tetapi jika pujian yang ikhlas tidak
disertakan hanya semata-mata hanya ingin menjualnya sahaja maka
prospek/pelanggan akan memandang endah tak endah sahaja seperti tidak berminat
mana. Ingat sentiasa agar kita sentiasa mampu untuk memenangi hati seseorang
dahulu dari mencari kemenangan dipihak kita terlebih dahulu. Ubah persepsi
mereka dahulu terhadap kita dengan mencari apa yang mereka sukai, gemari dan
seronok untuk mendengarnya terlebih dahulu. Semakin kita membodek semakin
prospek/pelanggan merasa rimas, tidak suka dan akan menjauhkan dirinya dari
kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan