Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 29 Jun 2012

Lakukan dengan KOMITED


Komited dalam Kamus Dewan membawa pengertian kepada mempunyai atau menunjukkan ko­mitmen (terhadap sesuatu) atas usaha dan tanggungjawab yang diberikan dan di percayai. Jelas disini apabila seseorang yang melakukan jualan sudah pasti amat diperlukan agar kita sentiasa komited dalam melakukan tugasan yang diamanahakan dan diberikan tanggungjawab yang sepenuhnya. Sama sekali tidak dipermainkan atapatah lagi untuk memungkirinya pula.

Komited dalam mendapatkan jualan. Komited dalam memberikan penghasilan penutupan jualan membawa pelanggan-pelanggan yang berkualiti kepada organisasi. Komited menentukan sasaran yang diberikan dapat dicapai dengan sempurnanya tanpa berbelah bagi. Komited melakukannya tanpa perlu dipaksa dan di beri kata dua oleh pihak pengurusan. Komited kepada amanah dan komited bukan setakat menjaga nama sendiri tetapi juga menjaga nama baik organisasi yang di wakili.

Oleh itu, dalam memastikan kita sentiasa dalam keadaan komited pada tugasan perkara-perkara sebegini jangan di amalkan iaitu

i.                     Melakukan hanya sebagai satu tanggung jawab sahaja
Sememangnya menjadi satu tanggung jawab buat kita untuk menunaikannya. Tidak seperti melepaskan batuk ditangga. Bukan paksaan kerana kita sendiri yang memilih bidang ini untuk kita ceburi. Tiada sesiapa yang mengajak masuk secara percuma dan suka-suka hati sahaja melainkan kita telah menghadiri satu sesi temu duga yang terpaksa kita lalui dahulu. Kalau kita benar-benar merasakan ianya satu tanggung jawab yang perlu di pikul dan di laksanakan, tunggu apa lagi lakukan dengan segera. Tunjukkan kita begitu komited dengan apa yang kita lakukan.

ii.                   Takut kena marah
Kalau kita begitu komited dengan tugasan kita. Tidak perlu ditakuti untuk dimarahi apatah lagi di hemburi dengan kata-kata nista yang menyakitkan hati apabila kita gagal melakukan jualan. Memang tiada siapapun yang mahukan kegagalan tapi kalau kegagalan itu datangnya dari diri kita sendiri adakah kejayaan boleh menjelma begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Melakukan jualan bukannya umpama mengosok teko megeluarkan si Jin yang boleh mengabulkan tiga permintaan kita. Takkan dalam karier pun cerita donggeng perlu di jadikan sebagai satu sandaran dan rujukan.

iii.                  Dah kena buat
Sememangnya menjadi urusan kita untuk melakukan jualan. Karier jualan semenangnya penuh cabaran dan dugaan. Kalau bukan kita siapa lagi? Memang kena buat. Kita dah setuju terima syarat-syarat menjadi kakitangan jualan, kena tunggu apa lagi teruskan sahaja usaha kita. Lakukan dengan penuh iltizam dan konsisten dalam melakukannya. Jangan beri pelbagai dan sebarang alasan, dah kena buat tapi beri macam-macam masaalah sehingga kita lupa tanggung jawab sebenar kita melakukan jualan. Tiada segan taida malu tapi teruskan usaha sehingga kejayaan yang di ingini dapat diperolehi juga.

Perkataan paing sesuai dalam memberikan komited kita kepada jualan adalah KETABAHAN. Tabah dalam mengharungi segala dugaan, cabaran dan dugaan yang di hadapi agar segala permasalahan dan kesukaran yang kita tempuhi dapat di hadapi dengan tenang dan sabar. Itulah peranan penting dalam menuju kejayaan. Tiada siapa yang inginkan kegagalan. Komited untuk melakukannya pasti hasil yang di ingini sudah pasti menjelma juga akhirnya. Percaya pada diri sendiri yang kita pasti boleh melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud ‘Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang yang mengkhianati diri mu’ (Hadis di riwayatkan oleh Abu Daud)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan