Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 22 Jun 2012

APABILA HARGA TELAH RENDAH


Kalau dikatakan harga yang di tawarkan sekarang dirasakan sudah rendah dan cukup murah dipasaran apa lagi, jangan ditangguh-tangguh lagi, aktikan lagi diri kita perbanyakkan lagi aktiviti kaut sebanyak yang termampu dan boleh agar semua prospek dan pelanggan yang kita temui agar ia nya mudah untuk kita melakukan lagi tawaran yang sepatutnya. Kalau dulu dirasakan agar sukar untuk melakukan jualan hanya di sebabkan pesaing gila-gila merendahkan harga penawaran  tetapi kini apa pula alasan yang perlu diberikan lagi? Bolehkah kita memberikan alasan masih terlalu sukar lagi untuk melakukan jualan?

Pergunakan kelebihan terbaik ini yang tiada dipasaran ini, gunakan kekuatan yang ada sekarang ini untuk berkempen dan menarik seramai yang termampu dan jangan sama sekali melengah-lengahkan lagi tindakan yang ada. Teruskan usaha promosikan habis-habisan sebelum ada pesaing lain pula meniru kita. Selagi kita tangguh tindakan kita, tiada siapapun yang akan menanggng kerugiannya melainkan kita.

Oleh itu, ambil kesempatan apa yang ada sekarang ini bagi tujuan

i.                     Kempen habis-habisan
Tabur sebanyak mana yang boleh flyer-flyer di serata tempat, hubungi pelanggan-pelanggan lama kita, lakukan pencarian semula keatas pelanggan-pelanggan yang selama ini cukup sukar kita takluki dan kuasai hanya dengan penawaran harga yang termurah kali ini. Tanpa promosi yang baik bagaimana kita boleh lakukan pencapaian yang terbaik. Ini bukan lagi masanya kita berputus asa ataupun mengeluh sukar dapatkan lagi pelanggan kita tapi inilah masanya sebaik mungkin untuk memikat dan menarik minat mereka kepada produk yang kita tawarkan pula.

ii.                   Dapatkan pelanggan seramai yang termampu
Jangan tangguh dan jangan sama sekali beri pelbagai alasan lagi. Teruskan sahaja usaha untuk memancing apatah lagi menjala sahaja mereka yang ada untuk menjadi pelanggan setia kita. Gunakan segala kepakaran dan kelebihan bukan setakat produk yang ditawarkan tetapi apa juga yang ada pada diri kita. Inilah masa yang terbaik untuk kita mendapatkannya.

iii.                  Tunjukkan gaya perkhidmatan yang sepatutnya
Masa yang terbaik buktikan kepada pelanggan kita yang kita mempunyai satu gaya, cara dan mutu perkhdmatan melayan dan meyelenggara mereka ini semua menjadi satu kelompok dan kumpulan pelanggan kita menjadi satu yang cukup setia dengan kita. Kalau kita gagal bermakna tidak hairan jika satu hari nanti pelanggan tersebut pasti lari pula ketempat lain. lakukanlah ia dengan sebaik yang mungkin.

iv.                 Jangan gelojoh dan tamak
Mentang-mentang harga penawaran tengah rendah sekarang ini, habis tamak haloba dan gelojok tidak terkira dibuatnya sehingga tidak memberi peluang langsung kepada rakan sekerja kita yang lain. hanya kerana kita terlalu tamak dan mementingkan kepentingan pada diri kita, kita tidak menjaga kualiti perkhidmatan kita kepada pelanggan-pelanggan kita sendiri. Kalau beginilah jadinya dikhuatiri nanti setakat ini sahajalah kita dapat berurusan dengan mereka nanti.

v.                   Tonjolkan kehadiran diri kita di pasaran
Masa terbaik maklumkan dan beritahu kepada pasaran yang kita ada menawarkan produk yang mereka cari selama ini. Taburkan flyers dengan memampangkan nama kita sebanyak yang boleh, beri kad perniagaan sebanyak yang mampu dan paparkan nama kita di kain-kain rentang memaklumkan kewujudan diri kita. Biar mereka dengan mudah dan senang mencari kita. Mereka tahu bagaimana hendak berhubung dengan kita dan mereka sudah pasti sudah tahu di mana mereka boleh bertemu dengan kita.

vi.                 Jaga nama baik organisasi kita
Terlalu ghairah hendak menjual jangan sama sekali kita abaikan dan lupakan tanggung jawab kita kepada majikan kita pula. Jaga dengan baik nama majikan kita dan jangan sama sekali kita sendiri pula yang melakukan pencemaran nama yang tidak baik kepada organisasi yang kita wakili. Tanpa kita yang memulakan dahulu menjaga nama baik majikan kita hanya kerana kita adalah kakitangannya, tiada siapa yang akan memeliharanya pula. Jangan majikan kita umpama menjaga diri kita sendiri juga. Kerana setiap kakitangan yang ada pasti akan dikaitkan sekali dengan nama majikan kita.

vii.                Tambah pendapatan gila-gila
Tiada limit ataupun had yang dibenarkan untuk mencapai seberapa banyak pendapatan tambahan yang boleh diterima dan diperolehi. Belasah betul-betul kudrat kita yang ada ini untuk mencari komisen semaksima yang termampu untuk diperolehi. Jangan sama sekali hiraukan orang lain tetapi buatlah, tuailah dan lakukanlah sebaik yang mungkin tanpa berbelah bagi. 

Dimasa inilah peluang telah terbuka dengan mudah dan senangnya. Jangan pandang belakang lagi. Teruskan sahaja usaha yang ada agar kita dapat memaksimakan lagi pendapatan kita melalui komisen dan ganjaran yang bakal kita boleh perolehi secepat yang mungkin. Jangan salahkan lagi keadaan apatah lagi merasakan produk yang kita tawarkan ini masih terlalu sukar untuk dijual. Teruskan perjuangan, teruskan usaha secara konsisten dan teruskan sahaja kaut semaksima yang termampu. Tiada siapa akan berani menghalang apa tah lagi menyekat pergerakan kita kali ini untuk melakukannya sebaik yang mungkin bagi mendapatkan pelanggan yang dulunya sukar untuk kita dapati dan perolehi. Permudahkan dan jangan sama sekali disukarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan