Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 31 Mei 2012

Terlupa pula bila Terima Panggilan Masuk


‘Helo”

“Helo”

“Ada apa ni?”

“Saya Mariasa, bukan kah encik yang minta saya menelefon semula kepada saya?”

“telefon balik? Pasal apa ya?”

“Manalah saya tahu fasal apa. Encik tinggalkan pesanan dalam mel suara saya untuk saya hubungi semula”

“La maaflah Cik, hampir terlupa saya, maklumlah terlalu ramai yang saya hubungi semalam, sebenarnya Cik........”

Mungkin perbualan telefon seperti ini mungkin berlaku kepada kita semua. Kita yang menghubungi prospek/pelanggan tersebut, tinggalkan mesej melalui mel suara telefon bimbitnya atau menelefon pejabatnya lalu meninggalkan pesan kepada rakan sekerjanya lalu beliau menghubungi kita semula tapi malangnya kita pula tidak mengingatinya. Tidakkah itu akan menghampakan prospek/pelanggan tersebut? Dahlah beliau menghubungi kita tapi malangnya kita buat endah tak endah sahaja.

Inilah satu oportuniti yang mungkin akan kita terlepas begitu sahaja hanya kerana kita gagal mengingati tindakan semalam dari kita. Prospek/pelanggan sudah pasti begitu kecewa dengan tindakan kita yang kita gagal mengingati tindakan kita semalam hanya kerana kita memberi alasan terlalu ramai yang kita hubungi prospek. Satu tindakan yang sepatutnya kita jangan sama sekali biarkan ia nya mudah berlaku.

Bagi mengelakkan keadaan seperti ini berlaku lagi, pastikan setiap penerimaan semula panggilan kepada kita langkah-langkah berikut perlu dilakukan iaitu

i.                    Berhati-hati dengan panggilan yang diterima
Biasakan nombor-nombor yang tidak disimpan dalam buku alamat telefon kita beri maklum balas yang positif dahulu, jangan teragak-agak terlebih dahulu menanyakan kepada pemanggil kenapa menghubungi kita. Kita yang lakukan jualan bermakna kita sentiasa bersiap sedia menerima siapa juga yang menelefon kita.

ii.                  Sentiasa bersedia menerima panggilan telefon
Nampak sahaja nombor yang tidak dikenali langsung kita buat tidak tahu sahaja mengandaikan nombor tersebut tidak penting untuk dijawab. Perlu diketahui yang nombor kita ini adalah nombor yang telah disebarkan di serata tempat bagi memudahkan prospek/pelanggan menghubungi kita. Jangan biarkan telefon kita berdering lama dan apabila bercakap dengan siapa pun juga yang menelefon kita pastikan secara berhemah dan bernada baik kita menjawab kan kepada mereka.

iii.                Jangan jadi seseorang yang cepat pelupa
Kita yang memulakan langkah bukankah dari kita yang memohon prospek/pelanggan tersebut menelefon kita semula ataupun melalui pengedaran flyers bermakna kita sentiasa perlu ingat apa tindakan yang telah kita lakukan. Amat mengecewakan mereka nanti jikalau kita katakan yang kita sudah melupai tindakan kita walaupun baru sepuluh minit berlalu meninggalkan pesanan. Jangan mudah memberi alasan kerana ini menunjukkan kita tidak serius dengan tindakan kita sendiri dan prospek/pelanggan bukannya mahu mendengar alasan dari kita.

iv.                 Ketahui apa yang kita telah lakukan
Setiap yang telah kita lakukan pastilah diketahui agar tindakan kita tidak dipandang rendah dan remeh oleh orang lain. kalau agak-agaknya kita ini jenis orang yang pelupa tindakannya belajarlah untuk mencatat dalam diari jualan kita sendiri supaya kita boleh sentiasa ingat dan tahu apa aktiviti yang telah kita lakukan. hanya kerana kita lupa dikhuatiri akan hilang begitu sahaja tindakan kita

v.                   Jangan cepat melatah
Elakkan sama sekali dan jangan dibiarkan menjadi satu tabiat yang perlu dikekalkan. Walaupun kita bukannya sesempurna manusia yang dijadikan Allah tapi biarkan sempurna di hati dan pandangan prospek/pelanggan kita sendiri. Prospek/pelanggan  sentiasa merasakan dan mengandaikan bahawa segala tindakan kita akan apa yang telah kita lakukan sentiasa diketahui dan diingati oleh kita sendiri.

Walaupun telefon yang diterima oleh kita adalah peluang pertama dari prospek/pelanggan jangan sama sekali disia-siakan begitu sahaja kerana ditakuti nanti tiada peluang yang kedua pula muncul dari prospek/pelanggan yang sama. Biarlah pembuka kata dari kita mempunyai nilai yang boleh menarik minat pemanggil untuk lebih berinteraksi dengan kita dan cuba jangan dibuang sama sekali mod baik mereka terhadap tindakan kita sendiri. Jangan sama sekali kita cipta rasa hormat mereka kepada kita akan hilang begitu sahaja.

Pastikan untuk berjaya melakukan jualan, kita telah benar-benar bersedia sepenuhnya untuk setiap panggilan kembali kepada kita dan memastikan bahawa layanan pertama kita menjawab panggilan tidak sama sekali membunuh peluang dan oportuniti jualan kita sendiri. 







Read more >>

Rabu, 30 Mei 2012

Jangan mudah lakukan andaian apatah lagi tanggapan


Tiada siapa pun inginkan kegagalan, tetapi kalau kegagalan sering dihadapi maka pelbagai dan berbagai-bagai andaian dan sangkaan akan berlaku dan terjadi kepada kita. Jangan impikan kegagalan tetapi kena berusaha mencapai dan mendapatkan kejayaan seperti mana yang dimahukan. Banyak buruknya dari baiknya jika kita sering melakukan dan berada di dalam kegagalan.

Antara andaian dan sangkaan yang tidak elok itu adalah

i.                    Pandang rendah
Orang yang gagal sentiasa dipandang rendah dan dipandang hina oleh orang lain. orang yang gagal apa jua pendapatnya pasti tidak diterima dan dipersetujui tindakannya kerana orang akan sentiasa merasakan apa yang dilakukan dan dibuatnya pasti menemui kegagalan.  Lekeh sungguh kedudukan orang-orang yang gagal walaupun kemukakan pendapat yang terbaik namun tiada siapa yang mahukannya. Perbaiki diri agar kita tahu kedudukan sebenar kita agar orang lain tidak begitu mudah memandang rendah keupayaan diri kita.

ii.                  Kepercayaan
Orang kalau dah tahu kita ini orang yang gagal sudah pasti kepercayaan seseorang ke atas kita akan hilang begitu sahaja. Kepercayaan pasti tergugat kerana hasil usaha kita sendiri yang mahukan kegagalan sehingga seorang demi seorang akan cuba menjauhkan diri mereka daripada kita. Tiada siapa mahukan berkawan dengan orang yang gagal kerana orang percaya akan menyusahkan diri mereka kelak. Bila prospek/pelanggan mengetahui kita adalah seorang yang gagal dalam melakukan jualan terhadapnya sudah pasti sampai bila-bila mereka pasti tidak mahu bertemu apatah lagi untuk berurusan dengan kita kelak.

iii.                Kemarahan
Prospek/pelanggan akan mengamuk dan marah jika kita gagal dalam tugasan kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Majikan dan organisasi tempat kita bernaung pasti akan kecewa dan menimbulkan kemarahannya jika prestasi kita asyik dibendung dengan kegagalan kita mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Hanya kerana kegagalan kita, habis semuanya melibatkan semua pihak merasa marah dan kecewa keran tindak tanduk kita mengalami kegagalan.

iv.                 Geram
Kita gagal pasti menimbulkan kegeraman yang amat sangat kepada pihak lain.  Bila orang dah geram kepada kita pasti memberi kesan yang negatif yang tidak baik akan apa juga yang kita lakukan setiap masa. Berilah apa juga alasan yang benar dan betul pasti orang akan tidak mempercayai tindakan kita. Perbaiki segera agar keadaan ini tidak berlaku kepada kita.

v.                   Memang lemah
Memang dah ada kebenarannya orang yang gagal adalah orang yang lemah dan menanggung kesukaran untuk mencapai kejayaan. Orang-orang yang lemah akan dipinggirkan begitu sahaja tanpa diberi peluang lagi untuk bertindak mencapai kejayaan. Bersemangat dan kuat macam mana pun kalau orang dah anggap dan melakukan andaian bahawa diri kita ini lemah sampai bila-bila pun orang tidak akan percaya kita boleh berjaya walaupun kejayaan mencapai prestasi kita rasakan boleh dicapai.

vi.                 Tidak bersungguh
Lakukan jualan dengan bersungguh dan fokus apa yang kita lakukan. kalau kita tidak berjaya memang orang yang akan sangka kan kita tidak melakukannya dengan bersungguh seperti mana yang dikehendaki. Kerana untuk kita perlu berjaya melakukan jualan bukan setakat menambahkan lagi pendapatan kita tetapi juga memberikan kepercayaan orang lain kepada kita yang kita cukup bersungguh melakukan jualan seperti mana yang diarahkan. Tidak bersungguh maknanya kita sahaja masanya kita mendapat padahnya pula.

vii.               Tidak berfikir sebelum bertindak
Buat penat buat perancangan, lakarkan pelan tindakan dan aktiviti yang telah disusun tetapi hasilnya langsung tiada hanya kerana kita gagal semua menganggap kita lakukan tanpa perancangan tanpa berfikir untuk apa kita lakukan tindakan melakukan jualan. Tindakan tanpa perancangan umpama menaiki sampan tanpa pendayungnya hanya mengharapkan arus air yang membawa sampan tersebut tanpa mengetahui ke mana yang harus dituju dan destinasinya.
 



Berubahlah untuk mencapai kejayaan dan bukannya kegagalan. Banyak buruknya dari baiknya jika kita terlalu kerap sangat mengalami kegagalan. Sampai bila-bila orang tidak akan percaya kepada kredibiliti dan integriti kita kepada orang lain dan organisasi tempat kita bertugas. Jangan ditangguhkan lagi sampai berpenyakit sehingga tidak boleh disembuhkan lagi. Berusaha menjadikan diri menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa dahagakan kejayaan agar suatu hari nanti bukan sahaja kita dihormati tetapi juga kita digeruni hanya disebabkan kita sentiasa berusaha mencapai kejayaan mengatasi orang lain.



Read more >>

Selasa, 29 Mei 2012

Pentingnya memberikan PENGHARGAAN


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa, , itulah pepatah orang-orang Melayu kita yang masih perlu dikekalkan lagi oleh kita semua. Jangan kerana pelanggan telah menerima tawaran yang telah kita tawarkan perkataan terima kasih dan ucapan penghargaan kerana sudi berurusan dengan kita langsung kita abaikan sama sekali. Jangan jadi seperti kera sumbang yang telah mendapat hasil dari ihsan orang lain langsung ditinggalkannya begitu sahaja. Memang terkilan sungguh dibuatnya sedangkan si peminta sedekah kalau kita hulurkan sedikit sumbangan pasti ucapan terima kasih akan dihulurkan kepada kita berserta dengan senyuman manis tanda syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT.

Tahukah kita kenapa penghargaan perlu diberikan kepada pelanggan? Banyak sebabnya yang perlu kita ketahui antaranya adalah disebabkan

i.                    Tanda terima kasih kita kepada pelanggan
Tindakan menghargai pelanggan amat diperlukan bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan lagi sesudah pelanggan tersebut menerima tawaran produk kita bagi tujuan di masa hadapan pula. Selagi kita tidak hargai tindakannya menerima produk yang ditawarkan rasanya setakat ini sahajalah pelanggan akan berurusan dengan kita melainkan telah dibuktikan bahawa cara perkhidmatan yang telah kita berikan kepada beliau sememangnya memuaskan hatinya.

ii.                  Menghargai pengorbanan pelanggan ke atas kita
Amat sukar mendapatkan pelanggan yang menerima tawaran dari kita dan semestinya ia adalah merupakan satu pengorbanan dari pelanggan kita sendiri menerima tawaran di atas kesudian pelanggan tersebut melakukan keputusan bagi menerima apa yang telah kita tawarkan kepadanya. Sentiasa diingati selalu bahawa pelangga sbelum melakukan keputusan sudah pasti yang produk yang ditawarkan dapat selesaikan permasalahan dan juga produk yang diterimanya bukanlah satu penipuan terhadap dirinya pula.

iii.                Tunjukkan yang kita seorang yang cukup berhemah dan bersopan santun
Budi pekerti melambangkan keperibadian seseorang ketika berinteraksi dengan pelanggan. Menghargai orang walaupun orang yang berada di hadapan kita cukup kita membencinya amat dituntut sama sekali kita menghargainya. Bukan setakat menghargai keputusannya menerima produk kita tetapi juga kena raikan pelanggan tersebut. Raikan pelanggan di sini bukan bermakna adakan satu parti ataupun belanja makan tetapi cukup sekadar mengatakan kepada pelanggan yang kita benar-benar ikhlas mengucapkan penghargaan kita kepadanya. Ketika itu di waktu pelanggan tengah seronok menerima produk dari kita bertambah gembira rasanya kita mengucapkan penghargaan kita kepadanya dan insyaAllah sampai bila-bila pun pelanggan tersebut akan mengenang sampai bila-bila akan apa yang telah kita sampaikan kepadanya.

iv.                 Mengujudkan rasa terharu ke atas pelanggan atas perkhidmatan yang diberikan
Sesiapapun tatkala berada dalam satu situasi yang memberikan seseorang terasa sungguh terharu mendengar ucapan penghargaan kita sudah pasti beliau akan mengingati diri kita apatah lagi organisasi yang kita wakili. Hanya ucapan terima kasih sebagai satu penghargaan yang sememangnya keluar pengucapan yang ikhlas dari kita akan membuatkan pelanggan tersebut sememangnya akan cuba sedaya upaya mengekalkan diri beliau menjadi pelanggan utama dan jika di masa hadapan ada produk lain yang ingin ditawarkan maka semakin mudah untuk kita melakukan jualan lagi atau berulang kepadanya.

v.                   Dapatkan keyakinan pelanggan
Penghargaan yang baik memberikan impak yang cukup besar kepada pelanggan untuk kita tarik keyakinannya kepada kita. Biarlah sentiasa kita merendah diri dan bersikap bertolak ansur kepada pelanggan sehingga pelanggan merasakan dirinya benar-benar kita hargai kehadirannya. Bila pelanggan sudah yakin dan percaya kepada kita, tidak mustahil segala referral dan jualan berulang sudah pasti boleh kita perolehi dengan mudah dan senang sekali.

vi.                 Wujudkan budaya memberi penghargaan di kalangan tim jualan
Pergilah mana sekalipun pasti pelanggan menemui corak tugasan dan budaya yang sama yang begitu mengambil berat akan kehadiran pelanggan terhadap kita. Jenama yang dibawa ke hulu hilir oleh kita akan disambut baik oleh pelanggan apabila beliau temui walaupun ia nya adalah sebuah papan tanda di tepi jalan. Apa pun yang kita lakukan pastikan kita mempunyai budaya dan cara yang sama tidak kira di mana juga cawangan tempat kita bertugas dan menjual. Menghargai dari mencaci dan mengutuk adalah satu perbuatan yang sepatutnya kita lakukan tanpa jemu-jemu lagi

Sebagai satu tugasan bagi jangka masa yang panjang dan lama, perhubungan dengan pelanggan yang sedia ada perlu dipertahankan oleh kita supaya pelanggan yang ada tidak lari ke mana menjadi setia dan melakukan sebarang rujukan kepada kita. Sekurang-kurangnya pelanggan mengerti yang kita bukan setakat ingin melakukan jualan terhadapnya tetapi juga sedia membantu dan menolong dirinya di samping menjadi seorang konsultan kepada dirinya juga. Sesungguhnya hebahan mulut beliau kepada kenalannya dan memberikan referral kepada kita pasti akan lebih memudahkan lagi tugasan kita melakukan jualan dengan lebih hebat lagi.

Begitulah hebatnya kenapa kita perlu memberikan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kita. Jangan rasa menyusahkan tapi jadikan satu tabiat dan amalan sentiasa untuk berikan penghargaan kepada mereka walaupun dalam sehari mungkin terlalu banyak yang kita temui pelanggan yang berurusan dengan kita. Jangan sama sekali kita merasa berat mulut, kedekut dan sukar untuk mengeluarkan kata-kata baik tersebut tapi fikirkan untuk satu jangka masa yang panjang pelanggan tersebut sekurang-kurangnya akan setia semula kepada kita tidak lari ke mana.




Read more >>

Isnin, 28 Mei 2012

Hadapi kegagalan


Jangan terlalu difikirkan tentang kegagalan yang telah dihadapi tetapi hadapilah ia dengan tabah dan tenang, fikirkan semula agar kegagalan yang dihadapi diterjemahkan semula untuk mencapai kejayaan. Mungkin tindakan-tindakan berikut dapat dilakukan untuk mengatasi kegagalan tidak terus menerus menghambat diri kita lagi iaitu

i.                    Belajar dari kesilapan yang dilakukan
Pelajari apa yang telah silap dan tidak betulnya agar tidak diulang semula. Jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran yang terbaik sebagai satu panduan supaya tidak berlaku lagi. Semakin banyak kita pelajari semakin akan mematangkan lagi kita untuk bertindak ke arah cara dan kaedah yang sepatutnya kita lakukan. tidak salah untuk belajar Cuma yang salahnya kita masih tidak mahu lagi untuk belajar hanya kerana hasil dari kesilapan kita sendiri.

ii.                  Jangan menyerah sebelum berjuang
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bila dah mulakan melakukan jualan biarlah sampai mendapat penutupan jualan apabila bertemu prospek. Jangan sama sekali buat separuh jalan atau apabila menghadapi kesukaran sedikit langsung kita tinggalkan begitu sahaja. Tabah, tenang dan sabar merupakan kunci kejayaan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

iii.                Lakukan perencanaan semula
Perancangan kena betul. Kalau sudah ketahui perancangan itu salah dan membuatkan kita temui kegagalan, ubahkan segera pelan yang ada untuk mencari kejayaan yang diingini. Tidak salah mempunyai pelan yang banyak asalkan kita hendak melakukannya daripada kita langsung tiada mempunyai pelan langsung untuk bertindak

iv.                 Berikan keyakinan diri semula
Selagi kita tidak mempunyai keyakinan diri selagi itulah kita akan menemui kegagalan. Berubah untuk mencapai kejayaan dengan mengukuhkan lagi diri kita menjadi yakin atas apa juga yang kita hadapi dan lakukan. selagi kita tidak yakin sudah pasti prospek/pelanggan juga pasti tidak yakin dengan keupayaan kita. Lakukan jualan dengan penuh keyakinan dengan memahami segera kehendak pasaran, pengetahuan produk dan skil melakukan juala dipertingkatkan lagi. Jangan malas dan bertangguh untuk bertindak perbetulkan diri kita semula.

v.                   Ingatkan sentiasa yang terbaik
Selagi kita terbawa-bawa dengan kegagalan selagi itu kita tidak akan mencapai kejayaan. Banyak lagi cara dan kaedah yang ada untuk kita mencapai kejayaan. Lakukan yang terbaik supaya hasilnya menjadi kejayaan seperti mana yang diingini.

vi.                 Memahami manfaat kegagalan
Setiap kegagalan tersebut pasti ada hikmah nya yang Allah berikan. Mesti ada sebabnya dan tidak sama sekali berlaku senang-senang sahaja. Lakukan bedah siasat dan muhasabah diri kita untuk mencari jalan dan kaedah untuk diperbetulkan semula. Yang sudah berlalu bukannya boleh ditarik balik cuma perbetulkan semula keadaannya agar kegagalan dapat diatasi dengan kejayaan pula.

vii.               Cari seseorang
Sesiapa yang kita percayai sebagai tempat untuk mengadu nasib dan memberikan motivasi semula kepada kita, pencetus dan pendorong diri kita untuk bangkit dari kegagalan yang kita tempuhi. Jangan bila gagal sahaja habis satu kampung riuh kerana gagal tetapi bila sudah berjaya buat tak tahu sahaja.

viii.             Usaha dahulu bukan takdir
Jangan sama sekali salah takdir Allah SWT. Salahkan diri sendiri dan tidak sama sekali merasakan diri teraniaya disebabkan kegagalan. Bangun dan bangkit semula untuk hadapi dan minta bantuan Allah untuk banyak dipermudahkan jangan tidak disukarkan segala laluan kita.

ix.                 Bertindak sekarang
Jangan bertangguh lagi berusaha segera dan berpatah balik temui kejayaan. Seperti cerita Yunani kuno yang pergi berperang membakar kapalnya supaya tiada siapa pun yang boleh lari dari menghadapi pertempuran. Mahu tak mahu mesti hadapi walaupun kematian ditakdirkan. Itulah semangat juang yang perlu disemai bagi mencapai satu kejayaan.

Kalau semasa kita belajar di sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi kita boleh melakukannya kenapa tidak semasa kita di dalam pekerjaan pula? Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Berubah untuk kejayaan dan bukannya membiarkan kejayaan datang dan muncul begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Orang-orang tua selalu mengatakan ‘Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersenang lenang di hari kemudian’. Sudah sampai masanya untuk kita tidak terlalu memikirkan kegagalan bermaharajalela sesuka hati bersarang dalam ingatan kita. Buang jauh-jauh jadikan iktibar dan panduan hidup kita agar tidak diulangi semula bagi menjamin diri kita mencapai kejayaan seperti mana yang dikehendaki. Tunggu apa lagi!!!




Read more >>

Ahad, 27 Mei 2012

Jangan di fikirkan KEGAGALAN


Kata-kata hikmah yang perlu kita sedari dan fahami kenapa dan apa perlunya kita jangan terlalu fikirkan dan layankan jika terdapatnya kegagalan menempuh diri kita. Antaranya :

Jika berfikir tidak boleh pasti ia nya tidak boleh dilakukan. Ini adalah kerana telah diyakini pada diri sendiri bahawa tidak boleh. Kenapa tidak di cuba terlebih dahulu.

Jangan sama sekali jadikan kegagalan semalam sebagai penentu hari ini. Semangat untuk membuatkan hari esok lebih baik dengan melalui hari ini.

Tiada yang salah jika cita-cita tinggi, yang salahnya apabila usaha yang dilakukan tidak setanding dengan tingginya cita-cita.

Jangan sama sekali hidup dengan terus menyesal apa yang telah dilakukan tetapi lebih baik persiapkan diri untuk apa yang akan datang.

Orang yang berjaya sentiasa bersyukur mengatakan ‘semuanya kerana Allah’, bukannya menyatakan itu kerana ‘usaha saya sendiri’

Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua keadaan iaitu sama ada mereka yang berfikir gagal padahal ia tidak melakukan apa-apa atau mereka yang pernah gagal dan tidak pernah memikirkannya.

Sering ragu-ragu terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak perlu diragukan pasti akan menjadikan kita sukar melakukan keputusan.

Jangan menyalahkan keadaan ketika masalah datang menghampiri kita tetapi salahkan diri kita yang membiarkan masalah datang dengan sendirinya.

Bertindak dan berjaya bermula dari yang kecil akan pasti menarik kejayaan yang besar pula. Biasakan untuk berjaya.

Terlalu banyak mutiara kata yang memberikan kata-kata semangat supaya kita tidak sentiasa berada di dalam keadaan kegagalan. Kegagalan merupakan satu pengalaman yang terlalu pahit bagi sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya. Baik ketika gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta, gagal dalam memperoleh pendapatan ataupun gagal dalam mendapatkan penutupan jualan. Habis semua difikirkan tentang kegagalan tersebut dan mengatakan ‘apalah nasib ku ini’. Menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan apa juga yang ada di sekeliling kita menjadikan kita seorang yang pasif dan hilang terus menerus tentang keyakinan diri. 


Read more >>