Menjadikan jualan
sebagai satu profesion pastinya mempunyai skil, pengetahuan, praktis dan
pengalaman sebagai seorang pakar apabila bertemu dengan pelanggan-pelanggan.
Sebagai seorang yang profesional melakukan jualan berpengetahuan dan memahami
segala fakta yang berkaitan dengan karier sebagai seorang yang melakukan jualan
sememangnya berkait rapat dan amat diperlukan. Kesemua data-data yang
saintifik, perundangan dan mendalami mempelajari skil-skil yang ada sememangnya
memainkan peranan yang penting juga.
Dalam memahami
tugasan jualan yang diberikan peranan SOS (Science of Selling) amat diperlukan
yang mana ia nya sama sekali berkait rapat dengan sains, nombor dan data.
Permainan bermain dengan nombor akan lebih memudahkan lagi melakukan jualan
sebagai satu tahap bagi mengukur prestasi dan kejayaan sama ada boleh atau
tidak untuk dicapai.
Kenapa angka-angka
ini sangat diperlukan dan bagi memudahkan lagi mengukur prestasi yang ada
adalah seperti contoh di bawah
Berapa banyak produk yang ditawarkan
Proses jualan yang terjadi dan
berlaku
Bilangan panggilan dan temu
janji
Berapa lama masa yang diambil
(TAT – Turnaround Time)
Dalam sehari berapa ramai yang
ditemui melakukan jualan
Berapa banyak temu janji yang di
perolehi setiap hari
Dari segi puratanya
Purata jualan
yang berjaya dilakukan
Purata berapa
banyak penutupan jualan
Purata amaun
pembiayaan yang di perolehi
Purata komisen
yang di perolehi setiap bulan
Dari sini semuanya
adalah berfakta dan benar dan sudah tentu segala andaian dan merasakan fikir
dan rasa sahaja tidak wujud sama sekali. Data-data perlu disediakan agar kita
lebih mengetahui dan memahami kedudukan sebenar kita sama ada kita benar-benar
berjaya melakukannya ataupun tidak. Jangan sama sekali melawan hukum kerana
data-data yang ada semestinya mengikut prestasi semasa kita yang boleh dibuat
ukuran dan perbandingan sama ada kita berjaya atau tidak melakukannya.
Sentiasa ingat,
kejayaan adalah satu permainan nombor yang boleh diukur dan disukat prestasinya
tanpa boleh ditipu sama sekali daripada perkara-perkara yang asas, purata dan
seterusnya konsisten menjadi peningkatan seperti mana yang dikehendaki.
Kesemuanya berdasarkan kepada nombor yang berfakta yang pastinya boleh
diketahui dan sama sekali tidak boleh dan dapat dikelentong dan ditipu mengikut
sesuka hati sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan