Mengetahui dan
memahami yang setiap jualan yang kita lakukan adalah berfakta dan bermain
dengan nombor tanpa adanya sebarang andaian, ketidakpastian dan penipuan
beberapa langkah perlu kita ambil dengan segera agar kejayaan yang dicapai dan
dinikmati kelak adalah betul-betul berpandukan kepada prestasi yang benar-benar
kita lakukan sama sekali. Tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah
i.
Pelajari dan
dalami segala perkara asas yang boleh dibuat ukuran agar segala tindakan yang
dilakukan nanti tiada menemui kesilapan dan kesalahan yang diingini yang boleh
mencacatkan lagi prestasi jualan kita sendiri
ii.
Gunakanlah sebaik
mungkin kuasa permainan nombor ini sebagai satu strategi dan cara kita
melakukan jualan
iii.
Adanya berlaku
kelemahan dan kesilapan dapat kita kesan dan perbaiki segera dengan mudah dan
mengelakkan pula dari diulangi semula
iv.
Membolehkan kita
melakukan penilaian prestasi semasa dan sebenarnya bagi tujuan semata-mata
untuk memperbaiki lagi ke tahap sepatutnya
v.
Membentuk diri
kita agar lebih konsisten melakukan jualan
vi.
Sebagai satu
pendorong dan motivasi untuk diri kita sendiri
Tidak
perlu punyai kelulusan dan pengetahuan yang tinggi dalam matematik tetapi
cukuplah sekadar memahami bagaimana nombor-nombor yang dikehendaki terjadi dan
berlaku hanya dari hasil usaha kita sendiri. Selagi kita tahu berapa nombor
kita kalau berada di kedudukan yang terkebawah dan tidak baik adalah masanya
untuk kita mengambil tindakan segera untuk diperbaiki dan perbetulkan semula.
Cari di mana silap dan salahnya agar pembetulan dapat dilakukan. Jangan
dibiarkan sahaja sehingga melarat langsung tidak boleh dibaiki sama sekali.
Kita tentukan nombornya agar nombor tersebut dapat sama sekali membantu kita
perolehi sebanyak mana komisen yang kita perlukan dan mahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan