Kata-kata hikmah yang perlu kita sedari
dan fahami kenapa dan apa perlunya kita jangan terlalu fikirkan dan layankan jika
terdapatnya kegagalan menempuh diri kita. Antaranya :
Jika berfikir
tidak boleh pasti ia nya tidak boleh dilakukan. Ini adalah kerana telah
diyakini pada diri sendiri bahawa tidak boleh. Kenapa tidak di cuba terlebih
dahulu.
Jangan sama sekali
jadikan kegagalan semalam sebagai penentu hari ini. Semangat untuk membuatkan
hari esok lebih baik dengan melalui hari ini.
Tiada yang salah
jika cita-cita tinggi, yang salahnya apabila usaha yang dilakukan tidak
setanding dengan tingginya cita-cita.
Jangan sama sekali
hidup dengan terus menyesal apa yang telah dilakukan tetapi lebih baik
persiapkan diri untuk apa yang akan datang.
Orang yang berjaya
sentiasa bersyukur mengatakan ‘semuanya kerana Allah’, bukannya menyatakan itu
kerana ‘usaha saya sendiri’
Orang-orang yang
gagal dibahagi kepada dua keadaan iaitu sama ada mereka yang berfikir gagal
padahal ia tidak melakukan apa-apa atau mereka yang pernah gagal dan tidak
pernah memikirkannya.
Sering ragu-ragu
terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak perlu diragukan pasti akan menjadikan
kita sukar melakukan keputusan.
Jangan menyalahkan
keadaan ketika masalah datang menghampiri kita tetapi salahkan diri kita yang
membiarkan masalah datang dengan sendirinya.
Bertindak dan
berjaya bermula dari yang kecil akan pasti menarik kejayaan yang besar pula.
Biasakan untuk berjaya.
Terlalu banyak mutiara kata yang
memberikan kata-kata semangat supaya kita tidak sentiasa berada di dalam
keadaan kegagalan. Kegagalan merupakan satu pengalaman yang terlalu pahit bagi
sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya. Baik ketika gagal dalam peperiksaan,
gagal dalam bercinta, gagal dalam memperoleh pendapatan ataupun gagal dalam
mendapatkan penutupan jualan. Habis semua difikirkan tentang kegagalan tersebut
dan mengatakan ‘apalah nasib ku ini’. Menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan
apa juga yang ada di sekeliling kita menjadikan kita seorang yang pasif dan
hilang terus menerus tentang keyakinan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan