Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 30 Mei 2012

Jangan mudah lakukan andaian apatah lagi tanggapan


Tiada siapa pun inginkan kegagalan, tetapi kalau kegagalan sering dihadapi maka pelbagai dan berbagai-bagai andaian dan sangkaan akan berlaku dan terjadi kepada kita. Jangan impikan kegagalan tetapi kena berusaha mencapai dan mendapatkan kejayaan seperti mana yang dimahukan. Banyak buruknya dari baiknya jika kita sering melakukan dan berada di dalam kegagalan.

Antara andaian dan sangkaan yang tidak elok itu adalah

i.                    Pandang rendah
Orang yang gagal sentiasa dipandang rendah dan dipandang hina oleh orang lain. orang yang gagal apa jua pendapatnya pasti tidak diterima dan dipersetujui tindakannya kerana orang akan sentiasa merasakan apa yang dilakukan dan dibuatnya pasti menemui kegagalan.  Lekeh sungguh kedudukan orang-orang yang gagal walaupun kemukakan pendapat yang terbaik namun tiada siapa yang mahukannya. Perbaiki diri agar kita tahu kedudukan sebenar kita agar orang lain tidak begitu mudah memandang rendah keupayaan diri kita.

ii.                  Kepercayaan
Orang kalau dah tahu kita ini orang yang gagal sudah pasti kepercayaan seseorang ke atas kita akan hilang begitu sahaja. Kepercayaan pasti tergugat kerana hasil usaha kita sendiri yang mahukan kegagalan sehingga seorang demi seorang akan cuba menjauhkan diri mereka daripada kita. Tiada siapa mahukan berkawan dengan orang yang gagal kerana orang percaya akan menyusahkan diri mereka kelak. Bila prospek/pelanggan mengetahui kita adalah seorang yang gagal dalam melakukan jualan terhadapnya sudah pasti sampai bila-bila mereka pasti tidak mahu bertemu apatah lagi untuk berurusan dengan kita kelak.

iii.                Kemarahan
Prospek/pelanggan akan mengamuk dan marah jika kita gagal dalam tugasan kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Majikan dan organisasi tempat kita bernaung pasti akan kecewa dan menimbulkan kemarahannya jika prestasi kita asyik dibendung dengan kegagalan kita mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Hanya kerana kegagalan kita, habis semuanya melibatkan semua pihak merasa marah dan kecewa keran tindak tanduk kita mengalami kegagalan.

iv.                 Geram
Kita gagal pasti menimbulkan kegeraman yang amat sangat kepada pihak lain.  Bila orang dah geram kepada kita pasti memberi kesan yang negatif yang tidak baik akan apa juga yang kita lakukan setiap masa. Berilah apa juga alasan yang benar dan betul pasti orang akan tidak mempercayai tindakan kita. Perbaiki segera agar keadaan ini tidak berlaku kepada kita.

v.                   Memang lemah
Memang dah ada kebenarannya orang yang gagal adalah orang yang lemah dan menanggung kesukaran untuk mencapai kejayaan. Orang-orang yang lemah akan dipinggirkan begitu sahaja tanpa diberi peluang lagi untuk bertindak mencapai kejayaan. Bersemangat dan kuat macam mana pun kalau orang dah anggap dan melakukan andaian bahawa diri kita ini lemah sampai bila-bila pun orang tidak akan percaya kita boleh berjaya walaupun kejayaan mencapai prestasi kita rasakan boleh dicapai.

vi.                 Tidak bersungguh
Lakukan jualan dengan bersungguh dan fokus apa yang kita lakukan. kalau kita tidak berjaya memang orang yang akan sangka kan kita tidak melakukannya dengan bersungguh seperti mana yang dikehendaki. Kerana untuk kita perlu berjaya melakukan jualan bukan setakat menambahkan lagi pendapatan kita tetapi juga memberikan kepercayaan orang lain kepada kita yang kita cukup bersungguh melakukan jualan seperti mana yang diarahkan. Tidak bersungguh maknanya kita sahaja masanya kita mendapat padahnya pula.

vii.               Tidak berfikir sebelum bertindak
Buat penat buat perancangan, lakarkan pelan tindakan dan aktiviti yang telah disusun tetapi hasilnya langsung tiada hanya kerana kita gagal semua menganggap kita lakukan tanpa perancangan tanpa berfikir untuk apa kita lakukan tindakan melakukan jualan. Tindakan tanpa perancangan umpama menaiki sampan tanpa pendayungnya hanya mengharapkan arus air yang membawa sampan tersebut tanpa mengetahui ke mana yang harus dituju dan destinasinya.
 



Berubahlah untuk mencapai kejayaan dan bukannya kegagalan. Banyak buruknya dari baiknya jika kita terlalu kerap sangat mengalami kegagalan. Sampai bila-bila orang tidak akan percaya kepada kredibiliti dan integriti kita kepada orang lain dan organisasi tempat kita bertugas. Jangan ditangguhkan lagi sampai berpenyakit sehingga tidak boleh disembuhkan lagi. Berusaha menjadikan diri menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa dahagakan kejayaan agar suatu hari nanti bukan sahaja kita dihormati tetapi juga kita digeruni hanya disebabkan kita sentiasa berusaha mencapai kejayaan mengatasi orang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan