Jangan terlalu difikirkan tentang
kegagalan yang telah dihadapi tetapi hadapilah ia dengan tabah dan tenang,
fikirkan semula agar kegagalan yang dihadapi diterjemahkan semula untuk
mencapai kejayaan. Mungkin tindakan-tindakan berikut dapat dilakukan untuk mengatasi
kegagalan tidak terus menerus menghambat diri kita lagi iaitu
i.
Belajar dari kesilapan yang dilakukan
Pelajari apa yang
telah silap dan tidak betulnya agar tidak diulang semula. Jadikan sebagai satu
iktibar dan pengajaran yang terbaik sebagai satu panduan supaya tidak berlaku
lagi. Semakin banyak kita pelajari semakin akan mematangkan lagi kita untuk
bertindak ke arah cara dan kaedah yang sepatutnya kita lakukan. tidak salah
untuk belajar Cuma yang salahnya kita masih tidak mahu lagi untuk belajar hanya
kerana hasil dari kesilapan kita sendiri.
ii.
Jangan menyerah sebelum berjuang
Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bila dah mulakan melakukan
jualan biarlah sampai mendapat penutupan jualan apabila bertemu prospek. Jangan
sama sekali buat separuh jalan atau apabila menghadapi kesukaran sedikit
langsung kita tinggalkan begitu sahaja. Tabah, tenang dan sabar merupakan kunci
kejayaan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
iii.
Lakukan perencanaan semula
Perancangan kena
betul. Kalau sudah ketahui perancangan itu salah dan membuatkan kita temui
kegagalan, ubahkan segera pelan yang ada untuk mencari kejayaan yang diingini.
Tidak salah mempunyai pelan yang banyak asalkan kita hendak melakukannya
daripada kita langsung tiada mempunyai pelan langsung untuk bertindak
iv.
Berikan keyakinan diri semula
Selagi kita tidak
mempunyai keyakinan diri selagi itulah kita akan menemui kegagalan. Berubah
untuk mencapai kejayaan dengan mengukuhkan lagi diri kita menjadi yakin atas
apa juga yang kita hadapi dan lakukan. selagi kita tidak yakin sudah pasti
prospek/pelanggan juga pasti tidak yakin dengan keupayaan kita. Lakukan jualan
dengan penuh keyakinan dengan memahami segera kehendak pasaran, pengetahuan
produk dan skil melakukan juala dipertingkatkan lagi. Jangan malas dan
bertangguh untuk bertindak perbetulkan diri kita semula.
v.
Ingatkan sentiasa yang terbaik
Selagi kita
terbawa-bawa dengan kegagalan selagi itu kita tidak akan mencapai kejayaan.
Banyak lagi cara dan kaedah yang ada untuk kita mencapai kejayaan. Lakukan yang
terbaik supaya hasilnya menjadi kejayaan seperti mana yang diingini.
vi.
Memahami manfaat kegagalan
Setiap kegagalan
tersebut pasti ada hikmah nya yang Allah berikan. Mesti ada sebabnya dan tidak
sama sekali berlaku senang-senang sahaja. Lakukan bedah siasat dan muhasabah
diri kita untuk mencari jalan dan kaedah untuk diperbetulkan semula. Yang sudah
berlalu bukannya boleh ditarik balik cuma perbetulkan semula keadaannya agar
kegagalan dapat diatasi dengan kejayaan pula.
vii.
Cari seseorang
Sesiapa yang kita
percayai sebagai tempat untuk mengadu nasib dan memberikan motivasi semula
kepada kita, pencetus dan pendorong diri kita untuk bangkit dari kegagalan yang
kita tempuhi. Jangan bila gagal sahaja habis satu kampung riuh kerana gagal
tetapi bila sudah berjaya buat tak tahu sahaja.
viii.
Usaha dahulu bukan takdir
Jangan sama sekali
salah takdir Allah SWT. Salahkan diri sendiri dan tidak sama sekali merasakan
diri teraniaya disebabkan kegagalan. Bangun dan bangkit semula untuk hadapi dan
minta bantuan Allah untuk banyak dipermudahkan jangan tidak disukarkan segala
laluan kita.
ix.
Bertindak sekarang
Jangan bertangguh
lagi berusaha segera dan berpatah balik temui kejayaan. Seperti cerita Yunani
kuno yang pergi berperang membakar kapalnya supaya tiada siapa pun yang boleh
lari dari menghadapi pertempuran. Mahu tak mahu mesti hadapi walaupun kematian
ditakdirkan. Itulah semangat juang yang perlu disemai bagi mencapai satu
kejayaan.
Kalau semasa kita belajar di sekolah
atau pusat-pusat pengajian tinggi kita boleh melakukannya kenapa tidak semasa
kita di dalam pekerjaan pula? Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal
selama-lamanya. Berubah untuk kejayaan dan bukannya membiarkan kejayaan datang
dan muncul begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Orang-orang tua selalu
mengatakan ‘Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit sakit dahulu
bersenang lenang di hari kemudian’. Sudah sampai masanya untuk kita
tidak terlalu memikirkan kegagalan bermaharajalela sesuka hati bersarang dalam
ingatan kita. Buang jauh-jauh jadikan iktibar dan panduan hidup kita agar tidak
diulangi semula bagi menjamin diri kita mencapai kejayaan seperti mana yang
dikehendaki. Tunggu apa lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan