Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 29 Ogos 2014

APA JUGA KEADAAN BERDOALAH




Fitrah manusia pasti berkehendakkan yang banyak. Tak mainlah sikit-sikit. Kalau boleh nak dapat tu biar kita seorang sahaja yang punya seolah-olah usaha orang lain tak perlu tahu tapi kita sahaja yang menikmatinya. Itu lah kita dalam apa hal sekalipun pasti hendak kan yang banyak dan yang besar. Rasulullah juga menuntut agar apabila berdoa minta banyak-banyak bukan sedikit-sedikit sahaja seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang pula. bersesuaian dengan Rasulullah SAW bersabda Apabila seseorang antara kamu berdoa, maka hendaklah memperbesarkan keinginannya, sebab sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatu pun yang di anggap besar (Hadis Riwayat Ibnu Hubban).

Alangkah baiknya betapa kerapnya kita sering melakukan doa terhadap Allah agar Allah bukan setakat permudahkan urusan kita tetapi mengabulkan setiap permintaan kita juga. Mintalah sebelum melakukan tugasan, sedang dan selepas melakukan jualan. Benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah dalam apa keadaan dan situasi sekalipun. Bukankah Allah menuntut kita berdoa kepadanya meminta dan memohon apa juga yang kita inginkan dan mahukan daripada Nya. Firman Allah bermaksud ‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku’ (Surah Al-Baqarah Ayat 186).

Berdoalah dan yakinlah dengan janji Allah. Berdoa kena dengan cara dan gayanya. Jangan main hentam kromo begitu sahaja. Dah kita berkehendakkan sesuatu, maka biarlah beradab dan bersopan bila kita memohon. Firman Allah bermaksud ‘Berdoalah kepada Tuhan mu dengan merendahkan diri dan (dengan suara) perlahan’ (Surah Al-Araf’ Ayat 55). Sentiasalah merendah diri bukan setakat manusia sahaja tetapi dengan Allah kena di lebihkan lagi.

Lakukanlah berdoa dengan sebaik yang mungkin. Mintalah apa saja pada Allah akan di makbulkan. Kalau tidak diperoleh apa yang kita minta di dunia, di akhirat kelak pasti akan dipenuhi juga. Hendak dimakbulkan dengan Allah pastikan segala amalan dan ibadah kita hanya pada Allah. Bukan apabila terdesak baru nak ingat Allah dan apabila sedang menikmati kesenangan habis Allah kita lupakan. Biar senang ataupun susah hanya Allah sahaja tempat kita bergantung sesungguhnya.

Read more >>

Khamis, 28 Ogos 2014

BUKAN SEKADAR MENJUAL




Majoriti mengatakan orang yang menjual pasti nak dapatkan income yang tinggi memperoleh pendapatan dan ganjaran se maksimum yang termampu jika dibandingkan dengan orang yang makan gaji atau berpendapatan tetap. Semuanya bersangka yang bukan-bukan pada orang yang menjual kerana inilah realiti sebenar yang perlu kita hadapi. Tidak kira baru bermula atau pun sudah dikira cukup otai namun persepsi orang ramai tidak mampu untuk ditolak lagi. Segala tohmahan perlu dihadapi dengan berlapang dada pada kita yang menjual.

Fahami segera pada kita yang menjual. Bukan sekadar menjual untuk mendapat dan menambahkan pendapatan tapi sebenarnya terlalu luas skop kita yang melakukan jualan. Apa yang dimaksudkan dengan bukan sekadar menjual sahaja adalah kerana

i.             Kita sebenarnya menghulurkan bantuan dan pertolongan pada mereka yang memerlukan produk yang ditawarkan bagi tujuan untuk menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi.

ii.           Memberikan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam lagi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui produk yang ditawarkan. Selagi ilmu tidak disampaikan sudah tentu kefahaman mereka tidak ke mana.

iii.          Per mudahkan dan menyenangkan mereka untuk peroleh produk yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan kesenangan mereka peroleh produk yang ditawarkan. Jangan disukarkan tapi disenangkan setiap cara dan kaedah yang diberikan.

iv.          Lagi ramai yang ditemui lagi banyak silaturahim terjalin antara kita dan mereka di luar sana. Bukan berkempen untuk menjadi wakil rakyat memerlukan sokongan ramai tapi satu cara mudah semakin ramai dikenali semakin mudah untuk melakukan jualan.

v.            Semakin banyak produk yang ditawarkan di pasaran semakin memudahkan lagi untuk kita mendapatkan keuntungan dan perolehan yang diidam-idamkan. Ganjaran dan imbuhan tambahan dari pengeluar produk di atas kebolehan dan kehebatan kita melakukan jualan mungkin boleh diterima tanpa kita duga seperti hadiah penghargaan, melancung ataupun bayaran bonus.

vi.          Melakukan setiap tugasan hanya kerana Allah SWT. Bukan setakat untung di dunia sahaja tetapi untung juga apabila di akhirat kelak. Untung dua dalam satu pekerjaan semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita melakukannya.

Berilah yang terbaik. Niat yang baik sudah pasti tindakan yang ditunjukkan akan memberikan impak yang baik juga kepada mereka yang memerlukannya. Selagi kita ikhlas melakukannya apa orang lain perkatakan jangan dihiraukan. Bertindak mengikut apa yang di rancangkan agar setiap jualan kita mudah menjadi kenyataan pada akhirnya nanti. Sentiasa berhemah dan bersopan walau dengan siapa pun juga kita bertemu dan berinteraksi dengan mereka. Bersungguh untuk melakukannya sudah pasti ganjaran dan imbuhan akan menjelma juga pada akhirnya juga. Yakinilah dengan apa yang dilakukan.


Read more >>

Rabu, 27 Ogos 2014

BILA DAH MALAS




Bila ada peluang pergunakan segera. Hidu cepat segala oportuniti yang berada di hadapan mata kita. Jangan main agak-agak atau main tak apa sahaja dikhuatiri nanti akan terlepas begitu sahaja segala peluang yang terhidang dan terbuka buat diri kita. Kerana kelalaian dan sikap tidak mengambil berat sudah pasti yang ruginya adalah diri kita sendiri. Adakah ini yang kita mahukan? Tidak kah ada sedikit rasa tanggungjawab dan bersalah atas kegagalan kita menyedari apa yang telah kita lakukan? Tepuk dada tanyalah selera. 

Bila lambat bertindak sudah pasti perkara berikut akan kita hadapi

i.             mudah hilang bakal pembeli

ii.           orang lain akan cepat bertindak pantas hanya kerana kelemahan diri kita sendiri

iii.          hilang kepercayaan orang lain pada kita 

iv.          nampak sangat kita ni seorang yang pemalas orangnya

v.            tidak menjaga karier kita dalam bidang jualan

vi.          lebih banyak kesusahan dari kesenangan yang bakal kita hadapi nanti

vii.        mudah hilang mood untuk melakukan jualan

Kalau ini lah yang ada dalam diri kita sudah pasti tidak ke mana segala usaha dan tindakan kita. Yang ruginya nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain pun. Hal yang demikian eloklah segera kita berubah dan perbetulkan demi kebaikan diri kita sendiri. Tiada orang yang sanggup berubah demi orang lain melainkan diri sendiri. Tak salah pun berubah, yang salahnya jika sampai sekarang masih tidak mahu berubah-ubah lagi. Buanglah sikap malas kita itu kerana yang untungnya nanti bukannya orang lain pun.


Read more >>

Selasa, 26 Ogos 2014

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN




Pelanggan datang dan pergi. Sesenang datang untuk hadir melihat sendiri produk yang dicarikan dengan apa yang kita tawarkan semudah itulah mereka akan lenyap begitu sahaja. Di masa kini mencari maklumat dan informasi yang dimahukan semudah melayari laman sesawang sahaja atau mencari komen dari orang ramai tentang produk yang diminatinya. Betapa senang dan mudahnya mereka mendapatkan apa sahaja yang dimahukan dengan menaip apa bentuk produk sekalipun hanya meminta bantuan dari Google atau Yahoo sahaja. Semuanya dengan pantas dan cepat segala maklumat yang di mahukan pasti menjelma di hadapan komputer atau telefon bimbit mereka begitu sahaja.

Pilihlah sewenang-wenangnya hanya melayari Internet sebelum membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk membelinya.  Betapa mudahnya mendapatkan pengetahuan produk tanpa perlu bantuan dari mana-mana jurujual dan penerang produk yang boleh memberikan kefahaman yang jitu. Segala spesifikasi, jenis, jenama, bentuk dan sebagainya bagai berada di hujung jari sahaja untuk mendapatkannya.

Inilah peranan kita yang melakukan jualan secara konvensional yang masih memerlukan bertemu bakal pelanggan secara bersemuka atau berinteraksi dengan mereka. Tak perlu berikan mereka pandai dan faham tentang apa produk yang ditawarkan cukuplah dengan mencipta hubungan yang baik dan akrab terlebih dahulu. Hubungan yang baik pasti akan menanamkan kepercayaan mereka terhadap kita memudahkan lagi mereka menerima produk yang ditawarkan dengan cara

i.             Per banyakkan soalan yang membolehkan kita tahu apa sebenarnya mereka cari selama ini untuk kita sesuaikan dengan produk yang ditawarkan.

ii.           Bina kredibiliti kita di hadapan mereka untuk hulurkan sebarang bantuan yang diperlukan bagi memudahkan lagi proses menerima akan apa yang ditawarkan

iii.          Pastikan setiap janji mesti dipenuhi walaupun berjanji untuk bertemu di masa hadapan. Setiap janji yang diberikan perlu dikotakan kerana sekali kita memungkiri janji sampai bila-bila mereka tidak akan percayai lagi tindakan kita

iv.          Tunjukkan kesungguhan dan komitmen kita pada mereka agar komitmen mereka boleh pula kita peroleh

Jangan buang masa dan mendabik dada mengatakan kita tahu segala-galanya tentang produk yang ditawarkan andai kata jalinan hubungan dengan mereka tidak dapat kita genggam. Sia-sia sahaja kehebatan kita dalam mengetahui produk sebagai seorang pakar andai kata nak menjual pun masih gagal dan mendapatkan kepercayaan mereka. Belajar membina hubungan dan silaturahim secara akrab dan intim agar kepercayaan dan keyakinan mudah untuk diperoleh. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah “Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya (kebaikannya) maka jalinkanlah silaturahim” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Terlalu banyak hikmahnya.

Read more >>