Menyasarkan pelanggan amat dituntut dalam
melakukan jualan. Satu kaedah yang popular di guna pakai sehingga kini. Amat
memudah tugasan menjual bila bakal pembeli dapat dikenal pasti melalui prospek yang
kita wujudkan melalui pencarian sumber leads terlebih dahulu.
Memang menyeronokkan bilamana apa yang
dilakukan menjadi dan terjadi memudahkan lagi kita melakukan jualan. Beringat
sentiasa itu sepatutnya yang kita perlu lakukan. Terdapat beberapa penyebab leads
yang ada kadang-kadang tidak boleh menjadi seperti mana yang kita harapkan.
Antara penyebab utamanya adalah
1.
Jangan terlalu bergantung pada satu punca senarai leads
sahaja. Pelbagaikan sumbernya agar lebih mudah membuat pilihan, tapisan dan
saringan yang sewajarnya.
2.
Pergunakan senarai leads yang terkini bukan sepuluh atau dua
puluh tahun yang lepas yang berkemungkinan besar tidak bersesuaian dengan masa
kini senarai-senarai nama yang boleh kita sasarkan.
3.
Elakkan fokus pada satu-satu nama dalam senarai leads yang
ada. Berkemungkinan kalau prospek tidak bersetuju mahu menerima tawaran yang
dikemukakan sekurang-kurangnya masih terdapat pelbagai pilihan lain untuk kita
sasarkan yang lain pula.
4.
Jangan main tepuk dada tanyalah selera tapi lakukan saringan dan tapisan
sewajarnya mengikut apa yang benar-benar kita sasarkan dan mahukan. Tidak tepat
itu memang ada tapi sekurang-kurangnya kemungkinan tersasar silap boleh
dikurangkan sama sekali.
5.
Ketahui apa yang kita mahukan terlebih dahulu untuk sasarkan bakal pembeli
sepatutnya dan bukan sama sekali terpengaruh dari apa yang orang lain
perkatakan.
Manusia memang tidak akan terlepas dari
melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun tidak mustahil sama sekali jika kita
mampu mengurangkan kesilapan dan kesalahan tersebut dengan mengambil masa yang
diperuntukkan untuk melakukan saringan dan tapisan yang sewajarnya. Bukan untuk
mendabik dada tapi ambil sikap berhati-hati itu adalah jalan yang terbaik.
Jangan membuang masa begitu sahaja tapi pergunakan setiap masa tanpa ada
pembaziran sewajarnya. Tekun berusaha sudah tentu tindakan yang betul
memberikan satu keputusan yang amat-amat diperlukan di kemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan