Penat menjual peroleh pendapatan melebihi
apa yang disangka-sangka kan rupa masih lagi tidak mencukupi. Semuanya gara-gara
terlebih belanja demi memuaskan kemahuan, kepuasan dan nafsu serakah yang ingin
kita penuhi sebanyak yang mungkin. Mulalah rasa kebingungan dan hairan
bagaimana pendapatan yang diperoleh rasa tidak cukup pula untuk kita
berbelanja.
Bukan satu masalah baru bagi orang yang
menjual menghadapi situasi seperti ini. Masalah kewangan sememangnya masalah
semua orang di dunia ini tidak kira kedudukan, jawatan atau pekerjaan. Semuanya
pasti menemui betapa ada ketikanya merasa tidak cukup wang ringgit dari wang
pendapatan yang diterima. Bagi yang makan gaji bergaji tetap sememangnya akan
menimbulkan masalah besar tapi bagi mereka yang menjual dan berniaga kemampuan
untuk menambah pendapatan masih terbuka luas kalau kena dengan caranya.
Semuanya bergantung pada usaha yang
dilakukan. Terdapat 3 cara dan kaedah untuk memastikan agar setiap pendapatan
yang diterima membolehkan melebihi perbelanjaan yang boleh menggoncang iman kita
merasa diri rasa cukup atau pun tidak dengan cara
1.
Menambah lagi usaha untuk menjual sebanyak yang mungkin bagi menampung
perbelanjaan besar yang telah kita cipta sendiri. Tidak kira siang atau malam
asalkan ada peluang yang terhidang sudah pasti akan digenggamnya untuk
diperoleh. Pantang ada masa lapang sahaja terus-terusan melakukan jualan
asalkan matlamat mendapat pendapatan dan menambah keuntungan dapat dilakukan.
2.
Mengharapkan pendapatan pasif berkembang membiak mengikut apa yang telah
kita lakukan seperti pelaburan dalam hartanah, mengharapkan anak buah atau
pekerja menjual sebaik mungkin seperti mana kita lakukan seperti dalam MLM atau
direct selling. Pengharapan memang diharapkan agar apa yang
dirancang menjadi dan terus menjadi seperti mana yang diidamkan selama ini.
3.
Muhasabah semula diri kita tentukan sama ada punyai keberkatan ataupun
tidak. Sudah kah kita melakukan sedekah melakukan amal jariah, zakat yang telah
disempurnakan dan melakukan jualan mengikut syariah benarkan. Semuanya perlu
disemak dan dikaji semula setiap masa agar kita tidak terjebak dengan
ketamakan, kelalaian atau mementingkan diri kita sahaja. Mencari keberkatan
adalah penting dari kita mencari keuntungan yang tidak pasti sama ada berkat
ataupun tidak.
Semuanya di tangan kita semua. Pilih lah
mana yang bersesuaian dengan kita mengikut tahap keimanan yang ada. Semakin kita
mendekatkan diri pada Allah semakin jauh kita tinggalkan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah. Pilihlah jalan sebaik-baiknya agar setiap sen yang
diperoleh menjadi satu keberkatan kita di dunia dan menjadi penolong pula buat
kita semasa di akhirat pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan