Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 4 Ogos 2015

JANGAN TERLEKA DAN TERLENA


Mudah lupa diri bila berada di puncak mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang mungkin. Seolah-olahnya kita yang paling hebat sehingga rakan setugas dan pesaing dapat kita tumbangkan begitu sahaja. Semua orang memuji dan memberikan penghargaan yang tidak berbelah bagi. Mulalah episod mendabik dada tidak terperi betapa hanya kita sahaja yang paling hebat, cekap dan terror mengatasi yang lain.

Ini yang digerunkan dan ditakuti yang amat sangat. Memang manusia suka dipuji dan di semburkan dengan kata-kata penghargaan. Berapa lama boleh kita bertahan? Selama-lamanya kah atau sepanjang hidup kita di dunia ini? Jangan mudah mendabik dada merasakan dan mudah melakukan anggapan dan tanggapan yang kita sentiasa terror dalam melakukan jualan.

Hidup umpama putaran roda. Ada masa kita di atas dan tidak mustahil pula akan berada di bawah pula. Semuanya ada putaran yang perlu untuk kita ketahui dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku dan terjadi. Hari ini hari kita esok lusa mungkin orang lain pula. Sentiasa beringat bila sudah berada di atas jangan mudah berbangga diri tetapi lakukan persiapan bukan pula untuk menerima kejatuhan sebaliknya bersedia bagaimana untuk pertahankan kedudukan kita yang berada di atas dan kemuncak dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk.

Jangan jadikan diri kita hanya sekali sahaja hebat tetapi banyak kali pula kecundang berada di bawah. Sentiasa merancang dengan tindakan-tindakan sewajarnya melakukan jualan mendapat sambutan yang terbaik dari bakal pembeli yang mahukan tawaran dikemukakan diterima oleh mereka. Makin banyak yang diterima bermakna semakin bertambah dana perolehan dan keuntungan dari kita menjualnya. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pujian dan penghargaan yang diterima melainkan terus menerus usaha kita sendiri yang menentukan kita mampu atau tidak untuk terus bergerak ke hadapan.

Firman Allah bermaksud ‘Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri’ (Surah Al-Qashash, ayat 76). Rasulullah juga ada bersabda ‘Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain’ (Hadis Riwayat Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan