Pasti merasa gembira bila temujanji dapat dilaksanakan. Apa tidaknya
peluang untuk mendapatkan penutupan jualan terbuka luas dihadapan mata nanti.
Ini belum melakukan lagi presentasi yang diperlukan. Semuanya mendatangkan
keyakinan diri bahawa 90% peluang telah terbuka luas. Menanti waktu dan hari
untuk melaksanakannya pula.
Jangan terlalu yakin. Terlalu yakin pasti akan meranapkan dan menjahanamkan
impian kita untuk mendapatkan penutupan jualan. Bertenang dahulu. Fikirkan
persiapan terbaik sebelum temu janji itu dapat dilangsungkan. Fikirkan kenapa
temujanji tersebut mudah sangat di peroleh. Mungkin disebabkan
1. Bakal pembeli telahpun menemui pelbagai
pesaing kita
2. Bakal pembeli senang nak lakukan
perbandingan produk, harga dan perkhidmatan
3. Sengaja nak menguji kita dalam kita
melakukan jualan
4. Pesaing semua sudah tidak mahu berurusan
dengan bakal pembeli yang bakal kita temui ini
5. Bakal pembeli terlalu cerewet semuanya
tidak kena dengan apa yang beliau cari selama ini
Bertenang dan sabar dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal digalas.
Jangan fikirkan yang negatif tetapi bersangka baik sentiasa. Sentiasa fokus dan
beri tumpuan untuk lakukan yang terbaik asalkan jangan terlalu yakin untuk
mendapatkan penutupan jualan dengan mudah. Sekurang-kurangnya bila telah
mendapat temujanji ini sebenarnya peluang terbaik buat kita memberikan
penerangan sewajarnya untuk membantu mereka selesaikan segala masalah mereka
menerusi produk yang ditawarkan.
Buang segala sikap dan sifat mudah kecewa dan putus asa. Selagi penyakit
ini ada dalam diri kita selagi itulah kita akan mudah mengeluh kesah dan
memberikan pelbagai ulasan dan alasan untuk tidak mahu melakukannya. Kita semua
manusia biasa. Mana yang lemah kita perbaiki segera agar satu hari nanti kita
menjadi seorang yang hebat dan pakar untuk mendapatkan temu janji dengan mudah
dan senang.
Usaha tangga kejayaan. Lakukan dilandasan yang betul bukan merapu yang kita
berikan. Bila kita fokus bermakna kita sepenuh hati akan melakukan yang terbaik
buat kita dihadapan bakal pembeli yang kita temui. Asalkan yang terbaik kita
berikan sudah tentu hasilnya nanti akan turut sama menjadi baik buat diri kita
juga. Yakin kita boleh melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan