Memang mengejutkan apabila
1.
Tak sempat bercakap lagi bila bertemu terus pelanggan bersetuju untuk
menerima tawaran yang dikemukakan.
2.
Tanpa disangka ingatkan satu produk sahaja yang dipersetujui tapi
sebenarnya lebih dari itu sanggup untuk membelinya.
3.
Walaupun agak tergagap-gagap dan sedikit panik namun bakal pembeli yang
ditemui menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran yang diperkatakan
kepadanya.
4.
Dah lakukan temu janji tapi tak ada perancangan tiba-tiba terjumpa sebelum
temu janji diperkenalkan oleh sahabat kita di tempat yang biasa sahaja tanpa
sebarang persiapan rapi.
5.
Baru nyatakan produk bakal pembeli terus mengenalinya dan sanggup untuk
menerimanya.
Pernah kah melaluinya tanpa di duga sama
sekali? Tuah ayam nampak di kaki tuah badan tiada siapa pun yang mengetahuinya.
Itulah satu keajaiban anugerah dari Allah SWT tanpa di sangka-sangka. Firman
Allah SWT yang bermaksud “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka
Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikan Nya
rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal
kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq
ayat 2-3). Yakin pada Allah sudah pasti Allah akan membantu kita dalam
bagaimana cara sekalipun mengikut apa yang kita mahukan dan kehendaki. Betapa
sayangnya Allah pada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan