Sememangnya harga memainkan peranan penting
untuk mempengaruhi dan mendapatkan keyakinan pembeli dalam menerima tawaran. Cukup
syok rasanya jika menjual harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari
pesaing yang ada. Janji laku dan boleh jual itu sudah dikira amat baik sama
sekali. Biarlah apa orang lain nak kata asalkan boleh jual dengan harga yang
rendah tapi bukan komisen dan pendapatan yang rendah di peroleh sama itu memang
menyeronokkan.
Terdapat beberapa faktor kenapa harga yang
rendah cukup mudah dan senang untuk dijual. Di antara penyebabnya adalah kerana
1.
Mentaliti orang kebanyakan cukup gemar mencari harga yang rendah. Kadang-kadang
kualiti terpaksa diabaikan hanya kerana faktor harga memainkan peranan paling penting
dan utama membuat keputusan untuk menerima tawaran dan membeli.
2.
Cukup mudah berbicara untuk menjual bilamana produk yang ditawarkan adalah
rendah dari pesaing. Seperti satu jalan pintas pula dalam menjual dengan
meletakkan terus awal perbualan dengan harga yang rendah bagi menarik minat
segera bakal pembeli untuk menerimanya.
3.
Memberi keyakinan dalam menjual bila harga produk begitu rendah dalam
pasaran dan pesaing. Hilang rasa gerun, bimbang, risau dan takut bila menjual
merasakan pasti laris dan mudah diterima oleh bakal pembeli boleh berlaku dan
terjadi.
4.
Jimat masa dan tenaga. Tak perlu panjang berjela menerangkan ciri-ciri dan
kelebihan produk. Harga penentu segala-galanya dan kemampuan mudah milik
menjadi unsur utama dalam menjual.
5.
Mudah untuk menguasai pasaran dengan segera menarik lebih ramai lagi
peminat untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Dengan hanya faktor harga,
penaklukan pasaran akan lebih mudah berlaku dan terjadi. Jualan berdasarkan
kuantiti penerima tawaran itu lebih diutamakan.
Bila harga rendah memang menjadi tumpuan
tapi bila kos semakin meningkat bermakna harga terpaksa dinaikkan pula. Di
pasaran memang mampu untuk dikuasai dengan harga tapi berapa lama boleh
bertahan? Bagi yang menjual jangan ingat harga yang rendah selama-lamanya boleh
bertahan dengan harga yang ditawarkan. Pesaing sudah pasti tidak akan berdiam
diri membiarkan harga produk kita sahaja yang menguasai pasaran. Pasti suatu
hari nanti giliran mereka pula menguasai pasaran kalau kita asyik terleka dan
terus terlena melakukan andaian produk kita masih diterima umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan